SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mencadangkan kilang-kilang yang mempunyai kes positif COVID-19, ditutup 14 hari bagi memastikan kluster industri di negeri itu dapat dikawal.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, cadangan itu dikemukakan kepada agensi penguatkuasa bagi mengurangkan kes jangkitan akibat wabak maut itu, di Negeri Sembilan.
"Kita mohon pihak tersebut pertimbangkan cadangan ini, dan mengambil tindakan seterusnya supaya kluster industri dapat dikawal, sekali gus memutuskan rantaian pandemik ini," katanya pada sidang media secara dalam talian selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri, hari ini.
Sementara itu Aminuddin berkata, Kompleks Belia Dan Sukan Paroi (KOMBES) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Rembau, dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV) dan akan dibuka pada Isnin depan.
Katanya pembukaan PPV itu, akan mempercepatkan sasaran 20,000 vaksin diberikan kepada rakyat di negeri ini, dalam masa sehari.
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 655,865 individu di negeri itu, telah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 dan daripada jumlah itu 177,793 individu telahpun menerima dos pertama manakala 90,203 penerima, sudah melengkapkan dua dos vaksin setakat ini.
Hari ini, Negeri Sembilan merupakan negeri kedua tertinggi merekodkan kes positif COVID-19 harian, iaitu 644 kes manakala Selangor kekal dengan catatan kes harian tertinggi, 2,836.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 30 2021
![Cadang kilang ada kes COVID-19 tutup 14 hari - Aminuddin Cadang kilang ada kes COVID-19 tutup 14 hari - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623977499_aminuddinharun.jpg)
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, cadangan itu dikemukakan kepada agensi penguatkuasa bagi mengurangkan kes jangkitan akibat wabak maut itu, di negeri Sembilan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Negeri Sembilan telah tunaikan 95 peratus manifesto PRN - Aminuddin Negeri Sembilan telah tunaikan 95 peratus manifesto PRN - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723582288_Anugerah.jpg)
Negeri Sembilan telah tunaikan 95 peratus manifesto PRN - Aminuddin
Katanya, sebahagian inisiatif itu termasuk bantuan perkahwinan RM500 kepada anak negeri yang mendirikan rumah tangga untuk kali pertama.
![Rakyat Negeri Sembilan diminta terus kibar Jalur Gemilang, semarakkan Bulan Kebangsaan Rakyat Negeri Sembilan diminta terus kibar Jalur Gemilang, semarakkan Bulan Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694230755_HariKebangsaan.jpg)
Rakyat Negeri Sembilan diminta terus kibar Jalur Gemilang, semarakkan Bulan Kebangsaan
Katanya pengibaran Jalur Gemilang perlu dilihat sebagai cerminan jati diri selain menghargai pengorbanan pejuang kemerdekaan terdahulu.
![Negeri Sembilan akan adakan pertemuan bincang Koridor Ekonomi Anjung Selatan Negeri Sembilan akan adakan pertemuan bincang Koridor Ekonomi Anjung Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722161319_AminuddinHarun.jpg)
Negeri Sembilan akan adakan pertemuan bincang Koridor Ekonomi Anjung Selatan
Negeri Sembilan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Melaka dan Johor dalam masa terdekat bagi membincangkan secara terperinci cadangan mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan.
![Aminuddin nafi PKR N.Sembilan bergolak Aminuddin nafi PKR N.Sembilan bergolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716280235_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Aminuddin nafi PKR N.Sembilan bergolak
Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata kepimpinan parti berada dalam keadaan baik dan pihaknya tidak dimaklumkan berhubung rasa tidak puas hati mana-mana pihak.
![Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716280235_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB
Ia susulan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program termasuk kerjasama dengan syarikat bagi menyediakan pekerjaan kepada miskin tegar.
![Dua lagi premis jalankan aktiviti sisa elektronik diserbu - Aminuddin Dua lagi premis jalankan aktiviti sisa elektronik diserbu - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716809090_AminuddinHarun.jpg)
Dua lagi premis jalankan aktiviti sisa elektronik diserbu - Aminuddin
Dua lagi premis haram menjalankan aktiviti peleraian bahan buangan elektronik di Negeri Sembilan diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di Kampung Ribu, Rantau tengah hari tadi.
![FAMA sasar RM7.3 juta jualan FAMA Fest tahun ini FAMA sasar RM7.3 juta jualan FAMA Fest tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716562610_AminuddinHarun.jpg)
FAMA sasar RM7.3 juta jualan FAMA Fest tahun ini
Sasaran itu melibatkan lapan penganjuran FAMA Fest bermula Februari lepas hingga Disember ini.
![Kenaikan gaji: Negeri Sembilan perlu wujudkan kaedah nilai prestasi penjawat awam - MB Kenaikan gaji: Negeri Sembilan perlu wujudkan kaedah nilai prestasi penjawat awam - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716458170_TBAminuddinHarun.jpg)
Kenaikan gaji: Negeri Sembilan perlu wujudkan kaedah nilai prestasi penjawat awam - MB
Kerajaan Negeri Sembilan perlu mewujudkan kaedah penilaian prestasi kerja dan kecekapan penjawat awam bagi menentukan sama ada mereka berhak menerima kenaikan gaji atau tidak.
![Port Dickson bakal jadi hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan ekopelancongan Port Dickson bakal jadi hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan ekopelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716281553_ManivananGowin.jpg)
Port Dickson bakal jadi hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan ekopelancongan
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan menjadikan Port Dickson sebagai hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) serantau untuk sektor pelancongan.
![Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714643155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB
Kerajaan Negeri Sembilan membuat 16 pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran kerajaan negeri.