MARAN: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa untuk menutup kilang yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata PBT boleh menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bersama Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
"Pada 29 Jun lepas, kerajaan Pusat telah menurunkan kuasa kepada PBT untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak termasuk individu, syarikat dan kilang yang tidak mematuhi SOP dengan mereka boleh dikompaun mengikut Akta 342.
"PBT di seluruh negara boleh menguatkuasakannya, jadi tidak ada isu PBT tidak boleh tutup kilang kerana mereka boleh menggunakan Akta 342 dan disokong Akta 171, bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menutup dan mengambil tindakan mahkamah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Program Outreach Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Kampung Serengkam dan Kampung Orang Asli Merbau di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Ti Lian Ker.
Semalam media melaporkan Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor Ng Sze Han berkata PBT tidak mempunyai kuasa bagi menutup kilang dalam membendung penularan COVID-19 kerana kuasa tersebut di bawah kerajaan Persekutuan.
BACA: PBT tiada kuasa batal, tamat, tarik lesen kilang di Selangor - Exco
Sementara itu, Zuraida berkata Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi telah memperuntukkan 225,000 dos vaksin COVID-19 kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Perpaduan Negara bagi memberi suntikan vaksin antaranya kepada Orang Asli, peneroka Felda, kampung tradisional, penjaja dan penduduk Program Perumahan Rakyat.
"Bagi Sabah dan Sarawak, Kementerian Perpaduan Negara akan menerajuinya melalui Komuniti Rukun Tetangga iaitu pengerusi penduduk akan membuat panggilan telefon kepada penduduk bagi memastikan mereka mendaftar serta hadir menerima vaksin," katanya.
Mengulas mengenai MOVAK di Maran, Zuraida berkata ia diadakan selama tiga hari bermula semalam dengan kira-kira 1,000 penduduk kawasan itu akan menerima suntikan vaksin COVID-19.
Bernama
Thu Jul 15 2021
Zuraida berkata, pada 29 Jun lepas, kerajaan Pusat telah menurunkan kuasa kepada PBT untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak termasuk individu, syarikat dan kilang yang tidak mematuhi SOP. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
SPRM tahan penguat kuasa PBT minta rasuah pemilik restoran letak kerusi, meja di parkir
SPRM menahan seorang pegawai penguat kuasa sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada pemilik restoran.
Rancangan untuk kurangkan masa kelulusan pembangunan disambut baik - REHDA
Ia akan membantu mengurangkan kos pegangan pemaju dan membolehkan mereka menyalurkan penjimatan kepada pembeli hartanah.
MBPP buat laporan polis lelaki menyamar petugas minta 'angpau'
MBPP membuat laporan polis berhubung lelaki menyamar sebagai petugas pembersihan PBT itu dipercayai untuk meminta 'angpau' daripada penduduk di kawasan Batu Lancang.
Melaka tempatkan polis jaga pematuhan SOP bazar Ramadan
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka yang mempunyai kuasa juga sedia mengeluarkan kompaun.
Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis
Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 41 tahun didakwa tidak berpuas hati selepas pihak polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap mereka.
PKPP: PBT kini sertai polis dan tentera dalam Task Force Pematuhan SOP
Dengan penyertaan PBT, lesen pemilik premis perniagaan yang masih degil boleh dibatalkan serta-merta.
PBT sertai operasi, ini lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan
PBT akan sertai Task Force Operasi Pematuhan, agar lesen pemilik premis yang ingkar PKP dapat dibatalkan serta-merta.
DPIM gesa tindakan tegas terhadap pencemar sungai di Selangor
Siasatan awal mendapati punca pencemaran adalah disebabkan kilang yang gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat.
Penduduk kecewa enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan
Itu keadaan yang dihadapi lebih 30 keluarga di Kampung Ganding, Alor mengkudu, Alor Setar.
Peniaga pasar borong akur waktu perniagaan dipendekkan
Para peniaga mula mengemas dan mencuci premis perniagaan mereka seawal 8.30 pagi dan semua premis perniagaan ditutup sepenuhnya pada 9 pagi.