Enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan bukan hanya sekadar meletihkan penduduk, namun menyebabkan mereka mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit.
Itu keadaan yang dihadapi lebih 30 keluarga di Kampung Ganding, Alor mengkudu, Alor Setar, yang rumah mereka dinaiki air hampir setiap kali hujan lebat melebihi dua jam.
Terbaharu, pada malam Ahad banjir kilat mencecah kedalaman hampir semeter melanda kawasan itu.
Seorang pemilik rumah, Zainal Abidin Mustafa, 54, mendakwa masalah itu bermula sejak tahun 2016 dipercayai berpunca daripada projek pembinaan jalan berhampiran kawasan berkenaan.
"Sistem peparitan yang kecil dan tidak diselenggara dengan baik kemudian menyebabkan masalah banjir kilat di kawasan ini berterusan dan menjadi lebih buruk beberapa bulan kebelakangan ini.
"Kejadian malam tadi (Ahad) adalah paling teruk apabila air naik hampir semeter. Sampai bila kami perlu hadapi keadaan seperti ini, kami mohon sangat pihak berwajib beri perhatian.
"Kami bukan minta wang, cuma selesaikan masalah kami termasuk selenggara sistem perparitan dengan sempurna," katanya di sini, pada Isnin.
Sementara itu, pemilik bengkel di kawasan itu, Irwan Mohd Noor, 42, mendakwa dia trauma setiap kali hujan lebat.
"Saya terpaksa mengalihkan motosikal dan peralatan membaiki motosikal ke tempat lebih tinggi setiap kali hujan lebat kerana bimbang air naik.
"Setiap kali banjir kilat, air masuk ke dalam bengkel... habis semua barang yang tidak sempat dialihkan rosak.
"Lama sangat masalah ini berlarutan. Pihak berwajib perlu kenal pasti punca masalah dan selesaikan. Kalau perlu dalamkan longkang atau naik taraf sistem perparitan, buatlah segera," katanya
Sementara itu, Mohd Fahmi Mohd Fauzi, 43, berharap pihak berwajib mendengar rintihan penduduk dan segera melakukan kerja pengorekan longkang yang tersumbat supaya air dapat mengalir dengan lancar.
Dakwanya, beliau telah mengemukakan permasalahan itu kepada wakil rakyat serta pihak berkuasa tempatan (PBT) namun ia ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’.
"Saya selaku wakil penduduk ingin beritahu kepada pihak berwajib supaya ambil perhatian masalah ini. Ini adalah perkara serius sebab setiap kali hujan lebat banjir kilat akan berlaku.
"Tindakan segera yang berkesan perlu diambil," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jun 01 2020

Penduduk kecewa masalah banjir kilat lebih empat tahun tidak diselesaikan pihak berwajib. Gambar Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penduduk, pengunjung Rantau Panjang buntu lihat paras air terus naik
Salah seorang penduduk Taman Wira Lubok Jong, Rantau Panjang memaklumkan terkejut melihat situasi banjir kali ini.

LPT1 dibuka semula kepada semua lalu lintas
Fazlyaton berkata, operasi itu melibatkan semua lorong di kilometer (km) 198 di kedua-dua arah.

Air pasang besar: Pelanggan terus nikmati juadah walaupun restoran dinaiki air
Kawasan Terminal Feri Kuala Kedah dan pelantar ikan di Kampung Seberang Kota dinaiki air sedalam antara 0.3 hingga satu meter.

Penduduk kecewa enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan
Itu keadaan yang dihadapi lebih 30 keluarga di Kampung Ganding, Alor mengkudu, Alor Setar.

Sembilan kampung ditenggelami air, dua jalan ditutup di Jeli
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Jeli, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Adni Ibrahim berkata, air naik mendadak bermula jam 11 malam sehingga jam tiga pagi tadi.

Hujan lebat di beberapa kawasan, pemandu diingatkan berhati-hati
Pemandu diingatkan agar berhati-hati melalui beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur yang mula dinaiki air akibat hujan lebat.

17 kampung di Kota Belud dinaiki air
Antara kampung yang terlibat dan terjejas adalah Kampung (Kg) Bobot, Kg Kota Belud, Kg Siasai, Kg Tempasuk Satu, Kg Taun Gusi, Kg Linau, Kg Karanjangan, Kg Sembirai, Kg Kawang-Kawang dan Kg Labuan.