ANKARA: Turkiye berharap peningkatan hubungannya dengan Malaysia kepada perkongsian strategik yang menyeluruh akan terus memperkukuh kerjasama ekonomi dan komersial termasuk pembangunan vaksin.
Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata antara pelan segera republik itu, yang menjadi negara kesembilan di dunia mampu menghasilkan sendiri vaksin COVID-19 tahun lepas, ialah melancarkan vaksin TURKOVAC di Malaysia.
"Kami berhasrat memindahkan teknologi dan menjalankan kajian berkaitan vaksin bersama-sama," katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Turkiye.
Semasa mesyuarat pemimpin yang berlangsung di Kompleks Presiden di ibu negara Turkiye, Erdogan berkata mereka membincangkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pelaburan, perdagangan, industri pertahanan, teknologi, kesihatan dan komunikasi.
"Pada kesempatan itu, kami sekali lagi mengesahkan tekad untuk meneruskan kerjasama yang semakin hari semakin erat.
"Atas cadangan Perdana Menteri, kami memutuskan untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara daripada perkongsian strategik kepada perkongsian strategik yang menyeluruh," katanya.
Erdogan juga berkata hubungan Malaysia-Turkiye telah mencapai satu tahap yang luar biasa dengan nilai dagangan melebihi US$3.5 bilion dan menjadikan Malaysia pemegang kepentingan komersial terbesar republik itu di Asia Tenggara.
Beliau berkata nilai dagangan meningkat sebanyak 50 peratus tahun lepas meskipun berdepan cabaran pandemik COVID-19 dan angka bagi tempoh enam bulan pertama 2022 turut menunjukkan peningkatan lanjut selaras dengan sasaran mereka iaitu US$5 bilion menjelang 2024.
Presiden Turkiye itu percaya langkah memperluas Perjanjian Perdagangan Bebas untuk memasukkan perkhidmatan, pelaburan dan perdagangan elektronik akan terus memperkukuh hubungan dari segi ekonomi serta komersial selain menjadikan perdagangan barangan dan perkhidmatan lebih seimbang.
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan kemungkinan model kerjasama baharu dan projek pelaburan seperti dalam bidang keselamatan makanan, tenaga serta alam sekitar.
"Saya ingin menegaskan bahawa kami sentiasa merasakan sokongan Malaysia di pihak kami," katanya sambil menambah beliau dan Ismail Sabri turut membincangkan isu Rohingya serta Islamofobia.
Menurut Erdogan, kedua-dua negara akan memperkukuh solidariti masing-masing di platform seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kerjasama Islam dan D8.
"Kami sedang berusaha memperkukuh kerjasama dengan semua saudara kami di Asia melalui persefahaman menang-menang dengan inisiatif Asia Again kami.
"Kami berhasrat meningkatkan kerjasama dengan ASEAN iaitu daripada status rakan dialog sektoral kepada rakan kongsi dialog," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan kemungkinan model kerjasama baharu dan projek pelaburan seperti dalam bidang keselamatan makanan, tenaga serta alam sekitar. - Foto Astro AWANI
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.