KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020 dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan itu bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan.
"Mahkamah Rayuan Paris juga mendapati penimbang tara (Stampa) telah terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya.
"Keputusan ini juga, yang muktamad serta mengikat, adalah satu kemenangan yang nyata buat Malaysia dalam perjuangannya untuk mendapatkan remedi dari segi perundangan dan Malaysia yakin penuntut serta pembiaya mereka akan kalah," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, Malaysia percaya keputusan semalam juga akan menghentikan usaha penuntut serta pembiaya mereka iaitu Therium untuk menguatkuasakan award tidak sah itu serta cuba mendapatkan pampasan yang besar daripada Malaysia.
BACA: Mahkamah Rayuan Paris berpihak kepada Malaysia, ketepikan anugerah waris Sulu
Azalina berkata, antara strategi agresif penuntut, mereka sebelum ini menyasarkan aset-aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk kedutaan negara ini) atas alasan ia adalah sebahagian daripada award yang diperoleh.
Bagaimanapun, beliau berkata, Malaysia telah menentang kaedah ini atas alasan imuniti diplomatik.
"Mereka kini perlu menarik diri susulan keputusan hari ini yang enggan memberikan sebarang kesan terhadap award yang diputuskan di Perancis itu," katanya.
Apa yang lebih penting ialah keputusan semalam membayangkan bahawa Mahkamah Rayuan Paris akan membatalkan award final berjumlah hampir US$15 bilion yang diberikan oleh Stampa kepada penuntut.
Azalina berkata, Malaysia kini berusaha agar pembatalan itu direkodkan dalam keputusan mahkamah secepat mungkin yang akan menggagalkan usaha untuk menguatkuasakan award tersebut di seluruh dunia oleh penuntut.
"Stampa mengeluarkan award final itu meskipun pelantikan beliau dibatalkan oleh Mahkamah Sepanyol yang sebelum ini melantiknya...
"Meskipun Mahkamah Sepanyol mengarahkan beliau agar berhenti bertindak sebagai penimbang tara, Stampa telah memindahkan prosiding timbang tara itu ke Perancis dan mengeluarkan award final itu yang menyebabkan berlaku penyalahgunaan yang ketara dalam proses timbang tara antarabangsa," katanya.
Azalina turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan berterusan beliau dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha berterusan bagi mengekalkan pendirian Malaysia,
"Kami juga ingin merakamkan penghargaan keapda Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Peguam Negara, Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Peguam Negara, Kedutaan Besar Malaysia di Perancis, kementerian serta agensi berkaitan dan pihak-pihak lain yang terlibat," katanya.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia akan terus mengambil tindakan sewajarnya termasuk dari segi perundangan bagi menghentikan tuntutan itu dan memastikan kepentingan, kekebalan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
Kumpulan yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu itu dilaporkan mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah, yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878.
Mereka kemudian membawa perkara itu kepada penimbang tara Sepanyol pada 2019 dan penimbang tara terbabit iaitu Stampa, telah membuat keputusan memihak kepada mereka.
Stampa telah mengeluarkan award akhir berjumlah US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia dan Malaysia telah menggunakan segala remedi perundangan untuk membatalkan award itu di mahkamah-mahkamah di Sepanyol, Perancis, Luxembourg serta Belanda.
Pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan Paris telah mengekalkan perintah penggantungan yang diperoleh kerajaan Malaysian di Perancis pada 12 Julai 2022 terhadap penguatkuasaan award itu.
Justeru, perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia berhubung penguatkuasaan award itu adalah kekal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023

Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan itu bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan. - Gambar BERNAMA

China kenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk import dari AS
China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa 10 Mac, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negeri pada Selasa, lapor Xinhua.

Presiden Abbas tiba di Kaherah untuk Sidang Kemuncak Tergempar Arab
Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Kaherah pada Isnin malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Lebih 50 peratus dewasa dijangka obes menjelang 2050 - Kajian
Unjuran itu dibuat dalam kajian global yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, yang menganalisis data dari lebih 200 negara.

Autonomi Parlimen: Dewan Rakyat lulus RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025
Dewan Rakyat luluskan RUU Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, bertujuan untuk memberi laluan kepada pembentukan Majlis Parlimen Malaysia
Perdana Menteri akan melawat Bazar bagi melihat harga dan kualiti makanan
Perdana Menteri juga mengarahkan pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan dipertingkat bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar.
#AWANInews
#AWANInews

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Gandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025
Perdana Menteri mengarahkan KPDN untuk menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025. Ini termasuk memastikan pemantauan dilakukan lebih kerap bagi menjamin bekalan barangan keperluan rakyat sepanjang Ramadan dan Aidilfitri sentiasa mencukupi.
#AWANInews
#AWANInews
Elakkan polemik 3R dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan
Perdana Menteri memberi teguran kepada semua pihak dan menegaskan bahawa tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara dan tidak seharusnya berulang
#AWANInews
#AWANInews

PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Jelas Perdana Menteri, perkara yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan Raja tidak seharusnya berulang.

PAC cadang LTAT tambah baik polisi dividen, panduan rizab, rangka kerja SAA
PAC mencadangkan kepada LTAT untuk menambah baik polisi dividen serta panduan rizab dan Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik (SAA).

Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.

Video persoal status Sabah tidak berasas, cubaan mengelirukan - Wisma Putra
Wisma Putra sedang menjalankan siasatan menyeluruh dengan kerjasama kementerian dan agensi yang berkaitan tentang penularan video itu.

Tuntutan Sulu, isu ‘dark side’ dan projek LCS tumpuan hari pertama sidang Dewan Rakyat
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, soalan-soalan berkenaan akan diajukan pada sesi Soal Jawab Lisan persidangan Dewan Rakyat.

Tuntutan Sulu: Malaysia mahu Stampa dipenjara - Azalina
Malaysia mahu Mahkamah Madrid menjatuhi hukuman penjara ke atas Gonzalo Stampa yang didakwa menghina mahkamah.

Kerajaan cadang bentang RUU Imuniti Negara pada sidang Parlimen Oktober - Azalina
Ia antara lain mencerminkan prinsip am undang-undang antarabangsa mengenai kekebalan beraja, dan perkhidmatan berkesan kepada negara asing.

Tuntutan Sulu: Siri kemenangan Malaysia bukti kejayaan pertahan kedaulatan negara - Fahmi
Siri kemenangan di mahkamah antarabangsa dalam kes tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia membuktikan bahawa kerajaan berjaya mempertahan hak, harta serta kedaulatan negara ini.

Tuntutan Sulu: Keputusan Mahkamah The Hague kemenangan penting buat Malaysia
Keputusan oleh Mahkamah Rayuan The Hague dalam kes Sulu disifatkan sebagai kemenangan penting buat kerajaan Malaysia.

Tuntutan Sulu: PDRM beri jaminan keselamatan di Sabah terkawal - Saifuddin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan negeri bawah bayu itu.

Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di Mahkamah Rayuan Paris
Keputusan itu bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan.

Kerajaan guna semua cara hentikan tuntutan Sultan Sulu - Azalina
Kerajaan akan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada bagi menghentikan tuntutan Sultan Sulu ke atas negara ini.