KUALA LUMPUR: Keputusan oleh Mahkamah Rayuan The Hague memihak kepada Malaysia dalam kes Sulu disifatkan sebagai kemenangan penting buat kerajaan Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu sekali gus menghalang apa-apa usaha oleh pihak yang mahu menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap kerajaan Malaysia di Belanda.
“Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague ini merupakan satu lagi kemenangan penting kepada Kerajaan Malaysia rentetan daripada keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun 2023.
“Kerajaan Malaysia yakin bahawa dengan keputusan ini, kerajaan adalah semakin hampir untuk membatalkan sepenuhnya ‘final award’ yang tidak sah dan disalahgunakan oleh pihak yang menuntut yang berjumlah hampir AS$15 bilion yang dikeluarkan oleh Dr. Gonzalo Stampa, dan sekali gus menjadikan tuntutan tersebut hanyalah sebagai sebahagian daripada sejarah,” ujar Perdana Menteri.
Tambahnya, kerajaan percaya bahawa keputusan ini serta keputusan Mahkamah Rayuan Paris baru-baru ini akan menamatkan usaha sia-sia pihak yang menuntut untuk menguatkuasakan ‘final award’ di negara-negara lain.
“Sehingga kini, kerajaan Malaysia tidak pernah berhenti dalam usaha untuk melindungi kedaulatan, keselamatan negara dan kepentingan negara.
“Kes Sulu ini membuktikan bahawa terdapat pencabulan yang nyata terhadap kekebalan kedaulatan Malaysia yang merupakan suatu perkara penting bagi setiap warganegara Malaysia madani,” tegas Anwar.
Ujar beliau, kerajaan akan meneruskan usaha melalui apa-apa cara bagi menentang eksploitasi dan penyalahgunaan sistem timbang tara antarabangsa termasuk mengambil sebarang tindakan yang perlu bagi mendapatkan kembali segala kos perundangan dari sumber kewangan negara yang terpaksa dibelanjakan dalam menangani tuntutan ini.
Pada tahun lalu, individu yang mendakwa sebagai waris Filipina kepada Sultan Sulu terakhir dianugerahkan AS$14.9 billion bersamaan RM62.59 bilion oleh mahkamah timbang tara Paris dalam pertikaian dengan Malaysia berhubung perjanjian tanah.
Pihaknya berusaha merampas aset negara di beberapa mahkamah termasuk di Perancis, Luxembourg dan Belanda.
Astro Awani
Tue Jun 27 2023
![Tuntutan Sulu: Keputusan Mahkamah The Hague kemenangan penting buat Malaysia Tuntutan Sulu: Keputusan Mahkamah The Hague kemenangan penting buat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687077948_AmanatAnwarIbrahi.jpg)
Anwar berkata, keputusan oleh Mahkamah The Hague sekaligus menghalang apa-apa usaha oleh pihak yang menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap kerajaan Malaysia di Belanda.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Israel bersedia untuk kemungkinan waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, Gallant Israel bersedia untuk kemungkinan waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, Gallant](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719242369_BenjaminNetanyahu.jpg)
Israel bersedia untuk kemungkinan waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, Gallant
Israel sedang bersedia untuk kemungkinan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant.
![Perbicaraan di ICJ: Palestin ucap terima kasih atas sokongan Malaysia Perbicaraan di ICJ: Palestin ucap terima kasih atas sokongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709549730_WalidAbuAli.jpg)
Perbicaraan di ICJ: Palestin ucap terima kasih atas sokongan Malaysia
Palestin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan teguh mereka terhadap negara itu semasa sesi pendengaran awam di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague.
![Pendengaran awam mengenai dasar Israel di wilayah Palestin bermula Pendengaran awam mengenai dasar Israel di wilayah Palestin bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708336866_TBICJjpg.jpg)
Pendengaran awam mengenai dasar Israel di wilayah Palestin bermula
ICJ di The Hague pada Isnin mula mengadakan pendengaran awam mengenai akibat undang-undang yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin.
![Peguam Perancis berkata terdapat bukti mencukupi untuk ICC keluar waran tangkap ke atas pegawai Israel Peguam Perancis berkata terdapat bukti mencukupi untuk ICC keluar waran tangkap ke atas pegawai Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704665495_IsraelPalestinians.jpg)
Peguam Perancis berkata terdapat bukti mencukupi untuk ICC keluar waran tangkap ke atas pegawai Israel
Peguam Perancis Gilles Deversberkata terdapat bukti kukuh untuk mewajarkan waran tangkap dikeluarka n ke atas pihak berkuasa Israel.
![ICJ akan dengar kes genosid ke atas Israel minggu depan ICJ akan dengar kes genosid ke atas Israel minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687992882_Netherlands.jpg)
ICJ akan dengar kes genosid ke atas Israel minggu depan
Kes genosid di Gaza yang didakwa dilakukan oleh Israel akan dibentangkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), di The Hague minggu depan.
![MyAQSA bakal kemuka bukti kekejaman Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa MyAQSA bakal kemuka bukti kekejaman Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699001508_WalidAbuAli.jpg)
MyAQSA bakal kemuka bukti kekejaman Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Duta Palestin ke Malaysia melihat tindakan itu sebagai sebahagian daripada komitmen Malaysia untuk membela nasib rakyat Palestin yang tertindas
![Tuntutan Sulu: Keputusan Mahkamah The Hague kemenangan penting buat Malaysia Tuntutan Sulu: Keputusan Mahkamah The Hague kemenangan penting buat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687077948_AmanatAnwarIbrahi.jpg)
Tuntutan Sulu: Keputusan Mahkamah The Hague kemenangan penting buat Malaysia
Keputusan oleh Mahkamah Rayuan The Hague dalam kes Sulu disifatkan sebagai kemenangan penting buat kerajaan Malaysia.
![Mahkamah The Hague tolak tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia Mahkamah The Hague tolak tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687844834_TBCourtHammer.jpg)
Mahkamah The Hague tolak tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia
Pada 14 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini, penuntut Sulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di empat negara.
![Mahkamah The Hague putuskan esok tuntutan kumpulan Sulu kuat kuasa award AS$14.9 bilion terhadap Malaysia Mahkamah The Hague putuskan esok tuntutan kumpulan Sulu kuat kuasa award AS$14.9 bilion terhadap Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687769488_TBCourtHammer.jpg)
Mahkamah The Hague putuskan esok tuntutan kumpulan Sulu kuat kuasa award AS$14.9 bilion terhadap Malaysia
Mahkamah Rayuan The Hague memutuskan esok mengenai permohonan kumpulan Sulu untuk pengiktirafan dan penguatkuasaan tuntutan award sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia.
![Malaysia mohon The Hague tolak tuntutan kumpulan Sulu kuat kuasa award A$14.9 bilion Malaysia mohon The Hague tolak tuntutan kumpulan Sulu kuat kuasa award A$14.9 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681119254_Generic.jpg)
Malaysia mohon The Hague tolak tuntutan kumpulan Sulu kuat kuasa award A$14.9 bilion
Pembelaan yang difailkan Malaysia menegaskan, tuntutan kumpulan Sulu berhubung perkara itu tidak boleh diterima dan perlu ditolak.