KUALA LUMPUR: Percubaan terkini pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu untuk merampas aset yang didakwa milik Malaysia di Belanda disifatkan sebagai satu lagi tindakan mengambil kesempatan dan melanggar perundangan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tindakan tersebut bertentangan dan melanggar peraturan timbang tara dan norma di bawah Konvensyen New York dan The United Nations Commission on International Trade Law (UNCITRAL).
“Kerajaan melalui Pasukan Khas Bagi Menangani Isu Tuntutan Waris Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap kerajaan Malaysia telah membincangkan perkara ini dan mempunyai langkah-langkah strategik yang akan dilaksanakan.
“Namun, perkara tersebut tidak dapat saya dedahkan di sini,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu - Beaufort) ketika sidang Dewan Rakyat pada Khamis.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, waris Kesultanan Sulu telah mengemukakan permohonan bagi mengiktiraf dan menguatkuasakan perintah (final award) di Mahkamah Belanda terhadap aset-aset Malaysia di sana, termasuk rangkaian aset milik Petronas.
Dalam pada itu Wan Junaidi menjelaskan, pasukan peguam penuntut dalam proses untuk menguatkuasakan final award oleh penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa di Belanda bagi menuntut melalui proses sitaan aset syarikat-syarikat Malaysia di negara itu.
Justeru katanya, kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara sentiasa berusaha dan akan mencabar segala proses perundangan yang perlu dihadapi.
Sementara itu mengulas mengenai peranan rakyat Sabah untuk memahami isu sebenar serta mengutuk tindakan penuntut, Wan Junaidi menegaskan, tanggungjawab untuk menjaga kepentingan negara adalah peranan bersama.
“Dalam erti kata lain, rakyat Sabah juga berperanan untuk menapis dan menghalang penyebaran berita tidak tepat mengenai isu tuntutan oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu serta memastikan fokus diberikan terhadap maklumat sah daripada sumber kerajaan.
“Kerajaan mengalu-alukan bantuan daripada masyarakat umum untuk sentiasa mempertahankan kepentingan negara walaupun melalui media sosial,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 06 2022

Wan Junaidi berkata, kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara sentiasa berusaha dan akan mencabar segala proses perundangan yang perlu dihadapi dalam kes tuntutan pihak yang mengaku waris Kesultanan Sulu. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

DUN Sabah: Shafie Apdal hantar semula usul bahas tuntutan waris Sultan Sulu
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menghantar semula usul membahas dan membincangkan mengenai ancaman keselamatan daripada waris Kesultanan Sulu.

DUN Sabah: Usul bahas tuntutan waris Kesultanan Sulu ditolak
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini menolak usul untuk membincang dan membahas mengenai ancaman keselamatan waris Kesultanan Sulu.

AGC perlu guna keputusan Mahkamah Tinggi KK tolak tuntutan waris Kesultanan Sulu - Pakar
Jika tiada tindakan lanjut, berkemungkinan besar aset lain milik Malaysia terdedah kepada risiko tindakan penguatkuasaan timbang tara itu

Dua aset Petronas dirampas Waris Kesultanan Sulu - Laporan
Peguam pihak yang menuntut itu dilaporkan merampas aset syarikat petroleum itu yang didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus.

Wakil 'Sultan Sulu' mohon izin ke Sabah
Wakil kepada waris Kesultanan Sulu berharap Malaysia memberi kebenaran untuk ke Kota Kinabalu merundingkan penyelesaian krisis di Sabah.