KUANTAN: Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyarankan golongan wanita mementingkan aspek kesihatan supaya dapat menjaga keluarga dengan baik.
Baginda bertitah wanita merupakan tonggak dalam sebuah keluarga yang memainkan peranan penting melibatkan pelbagai aspek antaranya berkaitan kesihatan keluarga.
"Saya nak rakyat Pahang semua sihat, kurangkan makan gula, makan sayur kerana kesihatan paling penting, kalau tak sihat macam mana nak jaga rumah tangga kita... semua (ahli) persatuan yang ada jaga kesihatan," titah Tunku Azizah.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Santapan/Jamuan Malam Sempena Memuliakan Keberangkatan Balik Tengku Ampuan Pahang ke Negeri Pahang Setelah Selamat Menyempurnakan Tanggungjawab Sebagai Raja Permaisuri Agong.
Hadir sama Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Pahang Datin Seri Burhah Mohammed, yang juga isteri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Selain aspek kesihatan, Tunku Azizah turut mengingatkan golongan wanita memberikan pendidikan yang baik kepada anak masing-masing, kerana menerusi pelajaran dapat mengubah nasib hidup dan membasmi kemiskinan.
"Perjuangan kita untuk perkasakan wanita selain anak-anak, kita perlu tentukan mereka ini terima pelajaran demi masa depan, kerana tanpa pelajaran kita tak boleh basmi kemiskinan... ini merupakan tanggungjawab kita sebagai ibu untuk tentukan anak kita menerima pendidikan setinggi yang kita mampu," titah baginda.
Baginda turut berkongsi hasrat akan berkunjung ke setiap daerah di Pahang, dan akan menerbitkan buku masakan Air Tangan Tengku Ampuan Pahang yang menghimpunkan koleksi resipi daripada 'dapur' baginda sendiri yang telah dikumpul sejak kecil.
Dalam pada itu, Tunku Azizah menzahirkan penghargaan kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sentiasa menyokong dan memberikan galakan kepada baginda dalam melaksanakan pelbagai perkara.
"Di belakang setiap wanita juga ada seorang lelaki... Tuanku (Al-Sultan Abdullah) beri kepercayaan untuk saya jalankan tugas, saya rasa setiap isteri di sini pun, suami kitalah yang jadi pendorong yang kuat," titah baginda.
Pada majlis itu, Tunku Azizah turut dipersembahkan tarian sewang diikuti nyanyian daripada Dayang Nurfaizah selain baginda berkenan meluangkan masa menyantuni para jemputan.
Majlis berkenaan dihadiri seramai 576 wanita yang mewakili 38 pertubuhan wanita di Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024
![Tunku Azizah saran wanita pentingkan kesihatan agar dapat jaga keluarga Tunku Azizah saran wanita pentingkan kesihatan agar dapat jaga keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708036380_TBTunkuAzizah.jpg)
Tunku Azizah hadir pada Majlis Santapan/Jamuan Malam Sempena Memuliakan Keberangkatan Balik Tengku Ampuan Pahang ke Negeri Pahang Setelah Selamat Menyempurnakan Tanggungjawab Sebagai Raja Permaisuri Agong, 15 Feb 2024. - Foto BERNAMA
Istiadat pertabalan: Agong persembah warkah persilaan kepada Sultan Brunei
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mempersembahkan warkah persilaan ke Istiadat Pertabalan Baginda kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei.
Tebang 90 pokok berisiko tinggi, dijangka selesai seawal Julai
Proses penebangan 90 pokok berisiko tinggi yang disyorkan untuk ditebang di sekitar Kuala Lumpur sedang dijalankan dan dijangka selesai seawal Julai ini.
Menerusi kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa di Facebook pada Selasa, beliau berkata sebanyak 240 pokok turut dalam proses penilaian tahap risiko dan proses berkenaan dijangka selesai awal Ogos depan.
Menerusi kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa di Facebook pada Selasa, beliau berkata sebanyak 240 pokok turut dalam proses penilaian tahap risiko dan proses berkenaan dijangka selesai awal Ogos depan.
IPMA buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan sahaja cukup meluas, malah ia turut mencakupi bidang yang berkemahiran tinggi, dan amat menepati kehendak industri pada masa kini.
Katanya lagi, ia juga sejajar dengan Dasar TVET Negara yang mahu mengurangkan ketidakpadanan graduan dengan kehendak pasaran, dan memastikan pembangunan modal insan berkemahiran seperti mana yang sering ditekankan Pengerusi TVET Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya lagi, ia juga sejajar dengan Dasar TVET Negara yang mahu mengurangkan ketidakpadanan graduan dengan kehendak pasaran, dan memastikan pembangunan modal insan berkemahiran seperti mana yang sering ditekankan Pengerusi TVET Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
!['Bunuh saudara-mara tidak pengaruhi Hamas' - Haniyeh 'Bunuh saudara-mara tidak pengaruhi Hamas' - Haniyeh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712830381_IsmailHaniyeh.jpg)
'Bunuh saudara-mara tidak pengaruhi Hamas' - Haniyeh
Tegas Haniyeh, membunuh saudara-maranya tidak akan mempengaruhi tindakan pejuang Hamas di mana-mana peringkat.
KPM jalankan siasatan kes pelajar wanita ditampar rakan - Fadhlina
Peraturan-peraturan sedia ada dalam menangani kes buli di sekolah tidak dipandang ringan, sebaliknya akan sentiasa diperhalusi dan ditambah baik. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi penegasan itu sebagai respon kepada kejadian buli pelajar wanita di sebuah sekolah dipercayai di daerah Kerian, Perak. Ujarnya, pihak KPM telah menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.
Siasatan rasuah: PROLINTAS jamin beri kerjasama kepada SPRM
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dakwaan salah laku: SPRM ambil keterangan Khairuddin hari ini
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan akan memberikan kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok, susulan laporannya berhubung salah laku membabitkan bekas Peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
PM seru perjuang kebangkitan selatan global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru untuk memperjuangkan kebangkitan selatan global, bagi memupuk dunia yang setiap negara mempunyai tempat dan suara dalam membentuk masa hadapan yang kolektif.
Parlimen: ISU PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan hari ini
Pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV), cadangan membenarkan bukan bumiputera menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan nilai ringgit antara perkara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kekejaman zionis: Protes pro Palestin dijangka hangatkan hari penamaan Biden
Gerakan protes pro Palestin dijangka menenggelamkan konvensyen parti Demokrat, di Mana Joe Biden akan dinamakan secara rasmi sebagai calon parti itu untuk Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
![Tunku Azizah saran wanita pentingkan kesihatan agar dapat jaga keluarga Tunku Azizah saran wanita pentingkan kesihatan agar dapat jaga keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708036380_TBTunkuAzizah.jpg)
Tunku Azizah saran wanita pentingkan kesihatan agar dapat jaga keluarga
Wanita tonggak dalam sebuah keluarga yang memainkan peranan penting melibatkan pelbagai aspek antaranya berkaitan kesihatan keluarga.
![Yang di-Pertuan Agong sentiasa zahir ucapan terima kasih kepada juruterbang, anak kapal Yang di-Pertuan Agong sentiasa zahir ucapan terima kasih kepada juruterbang, anak kapal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706607881_Agong.jpg)
Yang di-Pertuan Agong sentiasa zahir ucapan terima kasih kepada juruterbang, anak kapal
Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil berkata Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga memiliki keperibadian sama.
![#AgongKita: Teruja dapat bersalam dengan Al-Sultan Abdullah #AgongKita: Teruja dapat bersalam dengan Al-Sultan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706587940_Terujadapatbersala.jpg)
#AgongKita: Teruja dapat bersalam dengan Al-Sultan Abdullah
Turut kedengaran suara beberapa individu yang mahu bersalam dengan baginda berdua yang diarak kira-kira jam 9 pagi.
![#AgongKita: Selamat pulang ‘jantung hati’, rakyat Pahang teruja sambut Al-Sultan Abdullah #AgongKita: Selamat pulang ‘jantung hati’, rakyat Pahang teruja sambut Al-Sultan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706512547_YangdiPertuanAgon.jpg)
#AgongKita: Selamat pulang ‘jantung hati’, rakyat Pahang teruja sambut Al-Sultan Abdullah
Seperti rakyat di seluruh negara, perasaan rindu kepada Seri Paduka Baginda berdua turut dirasai oleh rakyat di Pahang.
![Raya mengejut, Tunku Azizah 'bersengkang mata' masak juadah Raya mengejut, Tunku Azizah 'bersengkang mata' masak juadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706239018_Agong.jpg)
Raya mengejut, Tunku Azizah 'bersengkang mata' masak juadah
Kejutan malam raya 2022 menyebabkan Tunku Azizah 'tidak senang duduk' kerana belum menyiapkan juadah untuk dihidangkan pada 1 Syawal.
![Raja Permaisuri Agong dilantik semula Ketua Perlembagaan UIAM Raja Permaisuri Agong dilantik semula Ketua Perlembagaan UIAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702260336_tunkuazizah.jpg)
Raja Permaisuri Agong dilantik semula Ketua Perlembagaan UIAM
Pelantikan semula Tunku Azizah telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
![Tunku Azizah dianugerah Diploma Kehormat Seni Kraf Batik Tunku Azizah dianugerah Diploma Kehormat Seni Kraf Batik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705562828_TBTUNKUAZIZAHjp.jpg)
Tunku Azizah dianugerah Diploma Kehormat Seni Kraf Batik
Raja Permaisuri Agong dianugerahkan Diploma Kehormat Seni Kraf Batik oleh Kraftangan Malaysia melalui Institut Kraf Negara (IKN).
![Raja Permaisuri Agong terima anugerah Darjah Kerabat Selangor Raja Permaisuri Agong terima anugerah Darjah Kerabat Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702539066_TBPermaisurijpg.jpg)
Raja Permaisuri Agong terima anugerah Darjah Kerabat Selangor
Raja Permaisuri Agong berkenan menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) iaitu darjah kebesaran dan anugerah tertinggi di Selangor.
![Raja Permaisuri berangkat ke majlis ceramah agama sempena Maulidur Rasul Raja Permaisuri berangkat ke majlis ceramah agama sempena Maulidur Rasul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696309555_tunkuazizah.jpg)
Raja Permaisuri berangkat ke majlis ceramah agama sempena Maulidur Rasul
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke ceramah agama sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Istana Negara.
![Raja Permaisuri menangis penduduk Sabah sanggup tunggu dalam hujan Raja Permaisuri menangis penduduk Sabah sanggup tunggu dalam hujan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694189532_TBtunkuaminah.jpg)
Raja Permaisuri menangis penduduk Sabah sanggup tunggu dalam hujan
Tunku Azizah menangis melihat kesanggupan rakyat Sabah menanti keberangkatan tiba baginda berdua dalam cuaca hujan lebat.