KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak pernah lupa untuk menzahirkan penghargaan kepada juruterbang dan anak kapal sebelum berangkat keluar dari pesawat khas yang dinaiki Seri Paduka.
Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil berkata Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga memiliki keperibadian sama kerana sentiasa 'acknowledged' setiap kru kapal yang bertugas.
"Setiap kali penerbangan, Seri Paduka akan ke ruangan kokpit untuk menzahirkan ucapan terima kasih.
"Ucapan seperti 'Good landing' dan 'Good flight' juga sering dizahirkan selain pernah menitahkan saya untuk menjaga pesawat dengan baik.
"Keperibadian Seri Paduka berdua menjadikan setiap penerbangan begitu selesa dan semua anak kapal juga memberitahu (kepada saya) mereka rasa dihargai dan tidak akan melupakan pengalaman bertugas di pesawat Diraja," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Ahmad Najhan, 60, berkata demikian semasa ditemui selepas selesai menerbangkan pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua ke Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini, bagi Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka berdua ke Pahang.
Pesawat ACJ320 (Airbus Corporate Jet 320) yang dinaiki Seri Paduka berdua selamat tiba di Pangkalan Udara itu pada 11.55 pagi, dan selain Ahmad Najhan, turut bertugas pada hari bersejarah ini ialah Kapten Nazri Elias, pengurus anak kapal Syed Tariq Alsagoff bersama empat anak kapal dan seorang jurutera.
Khusus untuk hari ini, Ahmad Najhan berkata penerbangan ke Kuantan yang lazimnya mengambil masa selama setengah jam (30 minit) menjadi lebih panjang iaitu 40 minit kerana diiringi dua pesawat pejuang F/A-18 D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), selain berdepan cuaca kurang baik.
Ahmad Najhan yang pernah berkhidmat dengan TUDM juga merupakan juruterbang yang menerbangkan pesawat dinaiki Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah untuk ke Kuala Lumpur bagi melafaz sumpah dan menandatangani jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019.
Walaupun nampak tenang, anak jati Alor Setar, Kedah itu mengakui tekanan menerbangkan pesawat dinaiki Seri Paduka berdua memang dirasai, kerana menyedari dirinya telah dipertanggungjawabkan kepada keselamatan 'individu paling penting' negara.
"Saya juga masih ingat, pengalaman pertama membawa pesawat diraja pulang ke Kuantan selepas Seri Paduka bergelar Yang di-Pertuan Agong. Pendaratan semasa itu 'agak sukar' disebabkan landasan di sini (Pangkalan Udara TUDM) pendek (daripada kebiasaan).
"Seri Paduka bagaimanapun tidak murka, tetapi saya tetap memohon ampun. Seri Paduka semasa itu bertitah: ini mesti juruterbang pesawat pejuang yang mendarat," katanya yang yang turut menyifatkan pengalaman menerbangkan pesawat diraja sebagai penghormatan serta kepercayaan terhadap dirinya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
Al-Sultan Abdullah tidak pernah lupa untuk menzahirkan penghargaan kepada juruterbang dan anak kapal sebelum berangkat keluar dari pesawat khas yang dinaiki Seri Paduka. -Bernama
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
'Titah adendum itu benar, abang saya takkan fitnah Sultan sendiri' - Nooryana
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.
Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Kakanda Sultan Pahang dahului senarai 27 penerima darjah kebesaran Pahang
Kakanda Sultan Pahang Tengku mendahului senarai 27 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang.
Kekalkan keindahan, kecantikan Bukit Fraser - Sultan Pahang
Baginda bertitah aspek kebersihan juga perlu diberi tumpuan, bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung selain seni bina bangunan sedia ada perlu dijaga dan dipelihara sentiasa.
Muhyiddin akan didakwa mengikut Akta Hasutan di mahkamah esok
Ucapan Muhyiddin tempoh hari seolah-olah mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong ke-16 melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.
Sultan Pahang sebak puterinya bakal melangsungkan perkahwinan
Al-Sultan Abdullah menahan sebak ketika bertitah mengenai perkahwinan puterinya Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.
Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah bawa lembaran baharu Pulau Keladi
Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah akan menjadi destinasi tumpuan peminat kraf serta mengangkat dan memelihara warisan tenun negeri Pahang.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan cemar duli ke Pesta Kuantan 188
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mencemar duli ke Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Kuantan 18, malam tadi.