KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah yang meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court malam tadi disebabkan komplikasi jantung.
Anak bongsu Allahyarham Datuk Azlan Mohamed Dzaiddin, 50, berkata bapanya dimasukkan ke hospital sejak Selasa lepas.
"Tun juga pernah mengalami serangan strok tiga tahun lepas. Ketika Tun menghembuskan nafas terakhir, kami saudara mara ada bersama disisinya," katanya kepada pemberita sebelum solat jenazah dilakukan di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail di sini hari ini.
Berkongsi keperibadian bapanya, Azlan berkata Allahyarham seorang yang tegas namun sangat terbuka dan tidak pernah memaksa anak-anak mengikut jejak langkahnya sebagai pengamal undang-undang.
"Walaupun Tun seorang yang tegas tetapi beliau sentiasa menyokong apa yang saya minati dan tidak pernah paksa kami ikut kemahuannya. Bagaimanapun kakak saya mengikut jejaknya menjadi seorang peguam," katanya.
Mohamed Dzaiddin ialah tokoh bidang kehakiman dan perundangan yang cukup disegani dan peguam sedang berkhidmat pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.
Azlan berkata antara kenangan tidak dapat lupakan bersama Allahyarham ketika bapanya sanggup membawa beliau ke Singapura dengan menaiki kapal terbang semata-mata untuk menonton siaran langsung pertandingan golf British Championship pada tahun 1993.
"Tun memang suka sukan golf dan peminat Manchester United. Pada masa itu, sedang berlangsung pertanding golf terbabit tetapi di dalam negara tiada siaran langsung di siaran televisyen tempatan.
"Tun tanya saya nak tengok tak? Beliau terus beli tiket kapal terbang dan malam itu juga kami berdua pergi Singapura untuk menonton siaran langsung yang bermula 9 malam hingga 2 pagi dan balik semula ke Kuala Lumpur pada 6 pagi," katanya sambil menambah Allahyarham ketika itu menyandang jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan di Bangunan Sultan Abdul Samad.
Jenazah Mohamed Dzaiddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024

Datuk Azlan Tun Mohd Dzaiddin (tengah) hadir memberi penghormatan terakhir terhadap jenazah bapanya, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini. - Foto Bernama

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

Pemergian Tun Mohamed Dzaiddin kehilangan besar negara, Badan Kehakiman
Pemergian bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah merupakan satu kehilangan besar kepada negara terutama badan kehakiman dan perundangan, kata pengamal undang-undang.

Bekas Ketua Hakim Negara Md Raus akan diterima masuk sebagai peguam bela, peguam cara
Prosiding petisyen penerimaan masuk peguam bela dan peguam cara akan berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Tun Abdul Hamid nafi sertai 'Dialog Pulangkan Najib' di Melaka
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menafikan beliau akan menjadi seorang daripada ahli panel dalam program 'Dialog Pulangkan Najib'.

Tun Arifin tiba untuk menghadap YDP Agong
Bekas Ketua Hakim Negara itu dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara menggunakan kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam.

Tun Zaki nafi audio tegur Dr Noor Hisham adalah dirinya
Tun Zaki Azmi menegaskan audio seorang individu menegur Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang tular di media sosial bukan dirinya.

May Day For Justice - Tribut buat Tun Salleh Abas
Bagi Tun Salleh Abas, kisah pemecatan sebagai Ketua Hakim Negara daripada pandangan dan kaca mata adalah satu titik hitam dalam kehidupannya.

Mahkamah batal saman difailkan oleh Sangeet Kaur terhadap bekas Ketua Hakim Negara
Hakim mendapati saman yang difailkan oleh peguam Sangeet Kaur Deo sebagai pemohon adalah bersifat akademik selepas Mahkamah Persekutuan membebaskan Karpal Singh.

Mantan Ketua Hakim Negara persoal keupayaan EAIC
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mempersoal keupayaan EAIC dalam mengendali aduan daripada orang ramai berhubung salah laku pegawai-pegawai penguatkuasa dan agensi kerajaan.