KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif akan diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya, Rabu ini (17 Jan).
Firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dalam kenyataan media hari ini memaklumkan prosiding petisyen penerimaan masuk peguam bela dan peguam cara atau dikenali sebagai upacara ‘long call’ akan berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada 9.30 pagi.
"Pada upacara itu, Tun Md Raus akan dipakaikan jubah peguam oleh bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin," menurut firma berkenaan.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun pula akan mengusulkan kemasukan Md Raus sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya.
Md Raus memegang jawatan Ketua Hakim Negara bermula April 2017 dan meletak jawatan pada Julai 2018.
Beliau yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya pada 1976, pernah memegang jawatan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dari September 2011 hingga April 2017.
Pada 1994, Md Raus dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi sejak 1996 dan menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 2006.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif akan diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya, Rabu ini (17 Jan). -Gambar fail/Bernama

Usahawan Digital TM perkasa lebih 2,000 usahawan B40
Purata RM5,000 bagi setiap usahawan disampaikan dalam bentuk peranti, penyelesaian digital dan sumber latihan.

Unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik kepada 4.5 peratus pada 2025, 4.0 peratus pada 2026 - IMF
Menurut IMF, unjuran pada 2025 adalah 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran rujukan dalam WEO April 2025.
Naskhah terjemahan mampu tampung karya agung dunia
Sejarawan dan penterjemah Rusia, Dr. Victor Pogadaev melihat usaha menerbitkan naskhah terjemahan dalam sebarang bahasa sastera, tanpa terkecuali bahasa Melayu mampu menjadikan bahasa berkenaan menampung karya agung dunia.
Lebih ramai warga Rusia minat Bahasa Melayu
Ratusan warga Rusia yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia semakin meminati Bahasa Melayu didorong kejayaan beberapa acara yang dianjurkan oleh Rumah Rusia di Jalan Ampang.
Isu tribunal hak asasi, TMM 2026 dan tenaga nuklear tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat hari ini fokus kepada status tribunal hak asasi, promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, dan kesiapsiagaan negara meneroka tenaga nuklear.
IMF naikkan unjuran pertumbuhan global & AS bagi 2025, 2026
IMF jangka pertumbuhan ekonomi global lebih tinggi hingga 2026, dipacu rangsangan fiskal dan tarif lebih rendah. AS diramal terus berkembang meski tekanan inflasi kekal.

19 terbunuh dalam serangan udara Rusia ke atas penjara, hospital di Ukraine
Serangan turut mengorbankan seorang wanita hamil berusia 23 tahun dan dua individu lain.
Guru Besar maut, warga emas dihempap pokok di Bera
Dua kematian dilaporkan di Bera — seorang guru besar maut dalam kemalangan jalan raya, manakala warga emas dihempap pokok ketika menunggang motosikal.
KPDN peruntuk RM3.3 juta di Pos Brooke & Kuala Betis untuk penyelarasan harga
Masalah harga barangan keperluan asas yang tinggi di kawasan perkampungan orang asli diberi perhatian apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan lebih RM3.3 juta bagi program pengedaran barang perlu di dua kawasan masyarakat orang asli di Pos Brooke dan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan
Korban genosid Gaza cecah 60,000, serangan Israel berterusan
Lebih 60,000 rakyat Palestin terkorban sejak serangan Israel bermula Oktober 2023. Angka korban terus meningkat meskipun usaha bantuan dan gencatan senjata gagal dilaksana.

Pemergian Tun Mohamed Dzaiddin kehilangan besar negara, Badan Kehakiman
Pemergian bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah merupakan satu kehilangan besar kepada negara terutama badan kehakiman dan perundangan, kata pengamal undang-undang.

Bekas Ketua Hakim Negara Md Raus akan diterima masuk sebagai peguam bela, peguam cara
Prosiding petisyen penerimaan masuk peguam bela dan peguam cara akan berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Tun Abdul Hamid nafi sertai 'Dialog Pulangkan Najib' di Melaka
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menafikan beliau akan menjadi seorang daripada ahli panel dalam program 'Dialog Pulangkan Najib'.

Tun Arifin tiba untuk menghadap YDP Agong
Bekas Ketua Hakim Negara itu dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara menggunakan kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam.

Tun Zaki nafi audio tegur Dr Noor Hisham adalah dirinya
Tun Zaki Azmi menegaskan audio seorang individu menegur Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang tular di media sosial bukan dirinya.

May Day For Justice - Tribut buat Tun Salleh Abas
Bagi Tun Salleh Abas, kisah pemecatan sebagai Ketua Hakim Negara daripada pandangan dan kaca mata adalah satu titik hitam dalam kehidupannya.

Mahkamah batal saman difailkan oleh Sangeet Kaur terhadap bekas Ketua Hakim Negara
Hakim mendapati saman yang difailkan oleh peguam Sangeet Kaur Deo sebagai pemohon adalah bersifat akademik selepas Mahkamah Persekutuan membebaskan Karpal Singh.

Mantan Ketua Hakim Negara persoal keupayaan EAIC
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mempersoal keupayaan EAIC dalam mengendali aduan daripada orang ramai berhubung salah laku pegawai-pegawai penguatkuasa dan agensi kerajaan.