Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad pada Isnin mempersoal keupayaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (EAIC) dalam mengendali aduan daripada orang ramai berhubung salah laku pegawai-pegawai penguatkuasa dan agensi kerajaan.
Beliau menarik perhatian bahawa sejak penubuhannya, dari 347 kes yang diterima EAIC, 110 ditolak, sembilan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hanya 60 dirujuk untuk siasatan penuh.
Dari jumlah itu, hanya tiga disiasat sepenuhnya, dengan satu kes dikemukakan kepada Lembaga Disiplin Polis Diraja Malaysia dan dua kes ditutup atas alasan berlaku pendakwaan kali kedua atas kesalahan sama.
"Pokoknya, sejak penubuhannya hingga penghujung 2012, hanya satu tindakan disiplin diambil dan dua amaran diberikan. Untuk bajet RM14 juta bagi tempoh dua tahun, ini pastinya satu perbelanjaan amat besar," kata beliau.
Abdul Hamid menimbulkan perkara itu dalam kertas analisisnya yang dibentangkan pada forum dianjurkan bersempena konvensyen EAIC, di sini.
Beliau berkata, Seksyen 4 Akta Suruhanjaya itu, antara lain menegaskan bahawa tugas suruhanjaya itu ialah menerima aduan salah laku pegawai penguatkuasa dan agensi secara umumnya dan menjalankan siasatan dan pendengaran tentang aduan seumpama itu.
"Di bawah akta itu, siasatan penuh mesti dijalankan oleh sebuah pasukan petugas. Tetapi malangnya suruhanjaya itu tidak pernah menubuhkan sebarang pasukan petugas, dan siasatan penuh dilakukan oleh pegawai penyiasat," katanya.
Turut membentangkan kertas di forum itu ialah bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan bekas naib pengerusi SUHAKAM, Datuk Dr Khaw Lake.
Sidek dalam kertasnya berkata budaya integriti harus dijadikan sifat kekal dan perlu diterapkan pada setiap orang di negara ini.
"Sebagai sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam dan dengan kebudayaan timur yang menitik beratkan nilai-nilai murni, kita sepatutnya tidak ada masalah dengan integriti.
"Isu ini sepatutnya lebih menghantui negara-negara barat yang lebih liberal," katanya.
Bernama
Mon May 20 2013


Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.
![[KOLUMNIS] Aplikasi MyJalan: Pemangkin kecekapan, kerjasama antara agensi dalam penyelenggaraan jalan raya [KOLUMNIS] Aplikasi MyJalan: Pemangkin kecekapan, kerjasama antara agensi dalam penyelenggaraan jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-03/41741534678_myjalan.jpg)
[KOLUMNIS] Aplikasi MyJalan: Pemangkin kecekapan, kerjasama antara agensi dalam penyelenggaraan jalan raya
SEHINGGA Disember 2024, aplikasi MyJalan telah menerima sebanyak 26,205 aduan daripada lebih 40,000 pengguna berdaftar.

China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS
Tindakan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China dilihat melanggar peraturan WTO secara serius.

'Ini kali pertama dalam karier tidak terima gaji tujuh bulan'
Mohd Amer tidak tolak kemungkinan dia dan rakan sepasukan akan membuat aduan rasmi kepada pihak sepatutnya jika masih tidak ada jalan penyelesaian.

KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.

99 aduan pelupusan bahan buangan terjadual secara haram direkodkan - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata daripada jumlah itu, 13 kes didapati mempunyai asas kukuh dan telah diambil tindakan penguatkuasaan.

Pemantauan pergerakan lori di seluruh negara diperketat
Menerusi aduan diterima, terdapat pemandu lori ini yang melanggar tempoh masa pergerakan dan membawa muatan berlebihan.

Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.

Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.

Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris
Antara aduan adalah tentang kekurangan makanan tertentu, selain soal kualiti, termasuk kes daging mentah yang dihidangkan kepada atlet.

Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.