Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa keputusan terkini status penempatan Israel dalam wilayah Palestin adalah tidak masuk akal.

Dr Mahathir menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Perdana Menteri berkata, ini kerana ia seolah-olah mengizinkan rampasan tanah oleh sesebuah negara jiran.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo yang mengumumkan pentadbiran Trump tidak menganggap penempatan Israel di Tebing Barat sebagai haram.

"Tanggapan itu secara terang-terangan tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa serta resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

"Kita tidak lagi selamat. Jika sesebuah negara mahu masuk ke negara kita dan membina penempatan, kini ia adalah sah dan dihalalkan. Kita tidak boleh buat apa-apa,” tambahnya.

Dr Mahathir menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Perdana Menteri berkata, ini kerana ia seolah-olah mengizinkan rampasan tanah oleh sesebuah negara jiran.

Jelasnya, langkah yang dilakukan Trump ini menyebabkan kemarahan pada peringkat antarabangsa kerana ia bertentangan dengan keputusan Pentadbiran Amerika Syarikat pada tahun 1978 di mana penempatan tersebut adalah haram dan tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Dr Mahathir turut melahirkan perasaan bimbang kerana pengumuman ini akan menggalakkan lagi kekejaman tentera Israel yang ketika ini sering melakukan serangan ganas ke atas Gaza sehingga menyebabkan ramai kanak-kanak terkorban.



“Anda mengumumkan bahawa penempatan haram mereka adalah sah semasa mereka sedang melakukan keganasan di Gaza… tidakkah ini akan menggalakkan mereka untuk membunuh kanak-kanak dan orang awam dan mereka tidak akan dihukum?

"Sebaliknya mereka diberi ganjaran untuk membina penempatan di tanah penduduk yang telah mati mereka bunuh," katanya.