Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ceramah khas mengenai media sosial dan masa depan bersempena Minggu Media Sosial 2015 di Berjaya Times Square, di sini minggu hadapan.
Naib Presiden Dewan Media Sosial Malaysia, Chris Daniel Wong berkata Minggu Media Sosial Keempat itu akan berlangsung dari 22 hingga 24 April.
"Tun Dr Mahathir akan bercakap mengenai media sosial dan masa depannya pada 23 April," katanya kepada Bernama hari ini.
Chris berkata minggu berkenaan dengan tema 'Engage, Educate and Entertain' (Libat, Didik dan Hibur) akan membimbing peserta untuk melihat bagaimana menggunakan media sosial dengan lebih berkesan.
Antara aspek yang akan diberi fokus ialah 'the crowdsourcing' atau kaedah menggunakan media sosial sebagai alat merangsang pertumbuhan pelbagai industri seperti pelancongan dan bisnes, daripada setakat tujuan politik dan gosip.
Kira-kira 30 penceramah antarabangsa dari negara-negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Singapura, dan 10 penceramah tempatan terdiri daripada blogger terkenal dan pengamal industri media sosial akan memperkongsikan idea pada majlis itu.
Minggu Media Sosial 2015 mensasarkan 500 peserta, dari peringkat antarabangsa dan tempatan untuk persidangan yang dijadual pada 22 dan 23 April dan 150 untuk bengkel pada 24 April.
Mereka yang berminat menyertai persidangan atau bengkel sila layari www.socialmediaweek.com.my untuk butir lanjut.
Bernama
Thu Apr 16 2015
Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ceramah khas mengenai media sosial dan masa depan bersempena Minggu Media Sosial 2015
Kelindan lori tersepit disahkan maut
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali, berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kemalangan.
[TERKINI] 28 maut akibat pesawat Jeju Air terhempas
Sekurang-kurangnya 28 orang maut selepas sebuah pesawat terbang keluar dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan.
RUU588: Mengekang atau melindungi?
RUU 588 tidak bertujuan menyekat kebebasan media atau kreativiti pengamal media, tetapi lebih kepada melindungi rakyat daripada penyalahgunaan platform digital.
'Titah Adendum memang wujud' - Anak sulung Najib
Muhammad Nizar berkata kewujudan Titah Adendum bukan karut, dan beliau telah menerima salinan titah tersebut.
Kereta api bertembung trak bomba, 15 cedera
Satu kemalangan melibatkan kereta api Brightline dengan sebuah trak bomba dilaporkan berlaku di Delray Beach, Florida pada Sabtu.
Rusia hadkan bekalan gas ke Moldova mulai Rabu
Gazprom menuduh pengendali gas Moldova, Moldovagaz gagal memenuhi kewajipan pembayaran secara berulang kali.
Peragut maut rempuh pagar kem PGA Batu Kawa
Selepas meragut beg mangsa, suspek kemudian bertindak melarikan diri dan merempuh pagar besi di Briged PGA Batu Kawa.
Presiden FAM: Tokoh korporat Syaf Ismail sedia jadi calon 'wild card'
Sayf berkata beliau sedia bertanding sebagai pilihan 'wild card' dan menawarkan kepakarannya bagi menerajui badan induk bola sepak negara.
#AWANIRingkas 29 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Disember 2024
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan undang-undang bencana
Ikuti diskusi bersama Penasihat Undang-Undang Bencana IFRC, Padmini Nayagam mengenai kesiapsiagaan undang-undang bencana, 20 tahun selepas Tsunami terburuk melanda dunia.
Ekonomi MADANI: Dasar cukai perlu dipastikan konsisten atau pelabur lari - DPDM
Kerajaan perlu pastikan dasar cukai yang dilaksanakan adalah konsisten.
Harga barang tidak akan turun, bantu rakyat dengan naikkan gaji - Penganalisis politik
Usah hanya melihat kepada cara menurunkan harga barang sebaliknya naikkan pendapatan rakyat setara dengan kenaikan kos makanan, perubatan dan pendidikan.
Online scam: DPDM sambut baik kerjasama Malaysia, Singapura tangani isu
Chris Daniel Wong berkata pihaknya menyambut Kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran dalam menangani isu 'online scam'.
Pembukaan pintu sempadan: Rancakkan pertumbuhan ekonomi, buka ruang pelabur asing ke Malaysia
Ratusan ribu pekerja Malaysia akan kembali bekerja di sektor ekonomi Singapura, sekali gus menyuntik kepada KDNK negara.
KDNK: Galak PKS ke luar negara, permudah tapisan bantuan - Dewan Perniagaan Digital
Peningkatan KDNK memberi ruang kepada sektor perniagaan, terutama PKS, kembali bangkit selepas dua tahun terjejas.
Syarikat korporat harus ada kebergantungjawaban sosial terhadap pengguna, pekerja
Ketidakseimbangan pengagihan pendapatan dalam syarikat korporat secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi.
2022 penuh kesamaran, kerajaan perlu ambil peranan yakinkan rakyat
Kerajaan perlu cari jalan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi rakyat terutama peniaga, supaya mereka boleh terus berniaga.
Keluarga Malaysia: Terapkan nilai-nilai ketimuran
Nilai-nilai ketimuran perlu diperkukuhkan oleh semua pihak dalam menyahut seruan konsep Keluarga Malaysia.
Kerajaan baharu perlu kembalikan keyakinan pelabur terhadap Malaysia
Pelabur juga akan yakin terhadap negara jika kerajaan baharu mampu membuktikan pentadbiran yang stabil dan kekal sehingga PRU nanti.
MITI digesa turun padang pantau syarikat sebelum beri kelulusan beroperasi - DPDM
Wong menyuarakan kebimbangan sekiranya terdapat syarikat bukan perkhidmatan penting telah memperoleh kelulusan untuk beroperasi.