KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu pastikan dasar cukai yang dilaksanakan adalah konsisten.

Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Dr Chris Daniel Wong berkata pengenalan cukai baharu seperti cukai keatas barangan mewah dan cukai keuntungan modal mengganggu emosi pelabur.

“Dalam jangka masa pendek, jika kita mahu negara berdaya saing diperingkat dunia dan serantau, kita perlu pastikan dasar cukai adalah konsisten.

“Kita nampak baru-baru ini ada yang menyatakan mengenai cukai baharu seperti cukai keatas barangan mewah dan cukai keuntungan modal. Apabila diuar-uarkan cukai ini akan diperkenalkan dalam Belanjawan 2024, ini mengganggu emosi pelabur,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.


Chris juga berpandangan usaha kerajaan mengupayakan sektor industri supaya ia beralih kepada digital dan inovasi, tidak membuahkan sebagai tindakan yang jelas.

Oleh itu, beliau mahu pentadbiran Perdana Menteri untuk melaksanakan program transformasi berkaitan dalam masa yang singkat untuk membolehkan kedudukan negara diposisikan sebagai jaguh serantau.