KUALA LUMPUR: Ekonomi digital memainkan peranan penting dalam konteks kerangka Ekonomi Madani dan hala tuju masa depan ekonomi negara yang boleh mewujudkan pasaran lebih luas kepada rakyat Malaysia, tanpa terikat dengan hanya pasaran tempatan.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata sektor berkenaan bukan hanya menyediakan pasaran lebih luas, malah boleh diusahakan mana-mana rakyat Malaysia di mana jua lokasi dengan syarat mempunyai akses internet yang stabil.
Justeru, katanya adalah menjadi tumpuan utama pihaknya di Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menyediakan infrastruktur yang lengkap bagi mengurangkan kesenjangan digital, pakej internet yang stabil dan murah, selain memberi pemahaman dari segi literasi digital kepada rakyat.
"Saya bagi contoh, dua hari lepas saya di Felda Soeharto, di sini ramai anak muda berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan, tetapi dengan internet dan ekonomi digital, sebenarnya ada cara mereka untuk dapat pendapatan tinggi tanpa meninggalkan kampung halaman.
"Jadi dengan ekonomi digital ada cara untuk kita kurangkan migrasi ke bandar tetapi tak mengurangkan peluang mereka memajukan diri dan keluarga serta mendapatkan pendapatan yang baik," katanya dalam program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di RTM1, pagi ini.
Beliau berkata kerajaan menjangkakan sektor ekonomi digital yang setakat hari ini menyumbang 23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar mampu meningkat kepada 25.5 peratus pada 2025.
Fahmi percaya dengan kerangka Ekonomi Madani yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 27 Julai lepas, kebolehpasaran produk tempatan di bawah inisiatif dirancang kerajaan bagi sektor ekonomi digital boleh menjangkau sekurang-kurangnya 652 juta rakyat di Asia Tenggara.
Mengenai akses internet seluruh negara pula, beliau berkata setakat 31 Julai lepas, sejumlah 5,515 daripada 7,509 tapak 5G yang dirancang telah disiapkan meliputi 66.8 peratus liputan di kawasan berpenduduk (CoPA), manakala liputan 4G, meliputi 96.2 peratus CoPA seluruh negara.
Menurutnya bagi kawasan yang tidak diliputi akses internet, ada sejumlah daripadanya boleh dipasang dengan menara telekomunikasi dan gentian fiber, namun bagi tempat yang terlalu jauh atau berbukit bukau boleh gunakan internet satelit, setakat ini terdapat empat penyedia internet satelit dalam negara termasuk Starlink.
Katanya, selain pemasangan peranti Starlink di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Kuala Pilah baru-baru ini, pihak kementerian turut akan memasang satu lagi peranti yang sama di sebuah kampung Orang Asli, hari ini sebagai pembuktian konsep.
Selain itu pihak kementerian turut akan bekerjasama dengan beberapa kementerian lain untuk mendapatkan lokasi atau kawasan yang jauh dan belum ada menara telekomunikasi untuk menilai keperluan peranti satelit Starlink.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023

Fahmi berkata sektor berkenaan bukan hanya menyediakan pasaran lebih luas, malah boleh diusahakan mana-mana rakyat Malaysia di mana jua lokasi dengan syarat mempunyai akses Internet yang stabil. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.