KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas mentaliti pihak yang menganggap wang adalah segala-galanya dalam mencapai keinginan.
Sindiran itu disampaikan oleh Tun Dr Mahathir menerusi satu muat naik di laman blog miliknya, chedet.cc.
Walau bagaimanapun, tiada nama yang dinyatakan dalam posting tersebut mahupun mengaitkan penglibatan mana-mana pihak secara terus.
Akan tetapi, posting itu jelas menyentuh mengenai isu politik dan rasuah yang dilihat semakin parah di negara ini.
"Kenapa cash (tunai) itu king (raja). Cash is King kerana cash berkuasa.
"Kalau bagi cash, bunuh orang pun boleh. Apatah lagi cuma lompat parti.
"Dinding tinggi pun lepas. Kalau bertanding dalam PRU (pilihan raya umum), guna cash tetap menang," katanya dalam postingan tersebut.
Selain itu, hantaran sinis berkenaan juga turut menyentuh mengenai isu rasuah yang melibatkan kes-kes jenayah dalam negara.
"Kata IGP, penjenayah ditolong oleh orang termasuk polis supaya (dapat) lari. Menyelamatkan diri.
"Itu adalah kuasa tunai. Ada tunai, semua boleh. Malaysia boleh. Boleh apa? Boleh buat apa sahaja jika ada wang tunai, termasuk menyamun," perli beliau.
Sindiran berkenaan menggambarkan sifat tamak individu yang mengutamakan wang dan kekayaan yang sanggup mengorbankan maruah serta kehormatan negara.
"Tidak cukup tunai, dengan kuasa yang dikurnia oleh rakyat, tubuhkan syarikat, pinjam wang, curi duit cukup untuk menyelamatkan diri dan menang PRU.
"Fikirlah. Tidak pernah ada duit tiba-tiba diberi lima million.
"Bodohlah kalau tak balas. Hilang negara pun tidak mengapa. Bangsa diperlekeh juga tidak mengapa," sindir beliau menerusi posting yang sama.
Astro Awani
Thu Apr 01 2021
![Tun Mahathir bidas mentaliti pihak yang anggap 'cash is king' Tun Mahathir bidas mentaliti pihak yang anggap 'cash is king'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/41574785296_TunMBusan.jpg)
Kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, jenayah rasuah dilihat semakin parah apabila ia turut dikuasai oleh oleh rang atasan'. -Gambar fail/BERNAMA
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
Kim Pan-gon, bakal menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![SPRM beri Mirzan tempoh 30 hari lagi untuk isytihar harta SPRM beri Mirzan tempoh 30 hari lagi untuk isytihar harta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708160610_MirzanMahathir.jpg)
SPRM beri Mirzan tempoh 30 hari lagi untuk isytihar harta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan selama 30 hari kepada Tan Sri Mirzan Mahathir untuk mengisytiharkan harta.
![Kes saman saham Renong: Dr Mahathir, kerajaan mohon batal saman ahli perniagaan Kes saman saham Renong: Dr Mahathir, kerajaan mohon batal saman ahli perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691793136_HalimSaadTunM.jpg)
Kes saman saham Renong: Dr Mahathir, kerajaan mohon batal saman ahli perniagaan
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon untuk membatalkan saman ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad yang menuntut pampasan selepas pengambilalihan saham Renong Bhd dan United Engineers Ma
![Tun M ajak Melayu bersatu lawan musuh ada agenda tersirat - Azmin Tun M ajak Melayu bersatu lawan musuh ada agenda tersirat - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688311092_TBTUNMAZMIN.jpg)
Tun M ajak Melayu bersatu lawan musuh ada agenda tersirat - Azmin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak orang Melayu khususnya bersatu dalam menentang musuh yang mempunyai agenda tersembunyi.
![PRN: MUDA tanding solo sia-sia jika tidak berjaya tubuh kerajaan - Tun Mahathir PRN: MUDA tanding solo sia-sia jika tidak berjaya tubuh kerajaan - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687933416_MahathirMohamad.jpg)
PRN: MUDA tanding solo sia-sia jika tidak berjaya tubuh kerajaan - Tun Mahathir
Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Keputusan MUDA untuk bertanding secara solo dalam PRN akan datang tidak akan mempunyai erti jika parti itu tidak dapat menubuhkan kerajaan.
![Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658659732_TunM.jpg)
Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M
Beliau turut berdoa agar usaha mencari pesawat itu membuahkan hasil, namun jika yang sebaliknya berlaku, ia pastinya sesuatu yang sukar namun tetap perlu diterima.
![Pada usia sekarang saya mahu melindungi suami - Dr Siti Hasmah Pada usia sekarang saya mahu melindungi suami - Dr Siti Hasmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666002583_Permatahatinegara.jpg)
"Pada usia sekarang saya mahu melindungi suami" - Dr Siti Hasmah
"Kami berdua sudah berusia 96 tahun sudah tentu perlu menjaga kesihatan di tahap terbaik." - Dr Siti Hasmah
![Saman fitnah Ismail Sabri, Lokman Adam diarah fail pernyataan Saman fitnah Ismail Sabri, Lokman Adam diarah fail pernyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664186382_MashUp.jpg)
Saman fitnah Ismail Sabri, Lokman Adam diarah fail pernyataan
Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan Datuk Lokman Noor Adam menjawab saman yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadapnya, hari ini.
![Dr Mahathir positif COVID-19, dirawat di IJN Dr Mahathir positif COVID-19, dirawat di IJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647611247_TBTUNM.jpg)
Dr Mahathir positif COVID-19, dirawat di IJN
Ahli Parlimen Langkawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi tujuan pemantauan selama beberapa hari.
![UMNO sekarang berjuang untuk duit, untuk jadi Perdana Menteri - Tun Mahathir UMNO sekarang berjuang untuk duit, untuk jadi Perdana Menteri - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661792522_TunM.jpg)
UMNO sekarang berjuang untuk duit, untuk jadi Perdana Menteri - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan UMNO pada masa sekarang hanya berjuang untuk wang dan jawatan Perdana Menteri.
![RoS diharapkan 'murah hati' luluskan nama, prinsip perlembagaan Gerakan Tanah Air - Dr Mahathir RoS diharapkan 'murah hati' luluskan nama, prinsip perlembagaan Gerakan Tanah Air - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659608244_TBtunm.jpg)
RoS diharapkan 'murah hati' luluskan nama, prinsip perlembagaan Gerakan Tanah Air - Dr Mahathir
"Kita harap RoS juga bertimbang rasa kepada kita dengan nama, prinsip dan perlembagaan kita dengan secepat mungkin."