KUALA LUMPUR: Isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengakui bukan mudah bergelar isteri kepada negarawan itu.
Wanita berusia 96 tahun ini ketika ditemu bual menerusi program ‘Mak Untuk Malaysia’ atau MUM anjuran Sinar Harian Online mengakui, di usia sekarang, beliau bersifat lebih melindungi (protective) suami tercinta.
“Sebagai isteri menjadi tanggungjawab saya untuk memantau kesihatan suami sebaik mungkin.
“Kami berdua sudah berusia 96 tahun sudah tentu perlu menjaga kesihatan di tahap terbaik. Jadi bila beliau ke mana-mana, saya akan iringinya.
“Ada kala saya bimbang bila beliau dikerumun orang ramai. Saya minta maaf sekiranya pernah menegur sesiapa yang pernah datang dekat. Apa yang saya buat untuk memastikan beliau tidak jatuh sakit memandangkan di usia sekarang, saya harap masyarakat di luar sana faham,” ujar Dr Siti Hasmah dalam nada lembut.
Berkongsi pengalaman, Dr Siti Hasmah mendedahkan pernah berdepan detik cemas apabila Dr Mahathir hilang dari pandangan ketika sambutan Hari Merdeka pada Ogos lalu.
“Beliau mungkin nampak okey dan bertenaga, kuat berjalan, ketika berada di luar tetapi bila di rumah, saya sahaja yang nampak keadaan beliau sebenar.
“Baru-baru ini ketika sambutan Hari Merdeka saya cemas bila beliau hilang dari pandangan saya. Bukan setiap masa tetapi ada kala saya halang untuk orang ramai datang dekat, jangan peluk dan sebagainya. Semuanya demi menjaga kesihatan beliau.
“Bantu saya untuk jaga suami saya,” pinta Dr Siti Hasmah.
Menjawab soalan sama ada beliau bersetuju sekiranya suaminya sekali lagi bergelar Perdana Menteri dengan tenang Dr Siti Hasmah menjawab: “Sudahlah… untuk menjadi isteri Perdana Menteri, saya sudah puas.”
Beliau juga mengakui bukan mudah mendampingi seorang suami yang bergelar Perdana Menteri Malaysia.
“Waktu muda dulu okey sebab waktu itu penglihatan saya masih baik dan badan juga cergas. Tugas saya sebagai isteri Perdana Menteri juga memerlukan saya turun padang untuk bermesra dengan masyarakat. Tempoh 22 tahun bukan sekejap.
“Lebih penting sekarang, saya mahu menemani dan akan terus menjaga kesihatan beliau agar terus sihat,” ikrar Dr Siti Hasmah lagi.
Faida Rahim
Mon Oct 17 2022

Tun Dr Siti Hasmah mengakui, pada usia sekarang, beliau bersifat lebih melindungi suami tercinta. - Gambar Instagram @sinarharian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

"Pada usia sekarang saya mahu melindungi suami" - Dr Siti Hasmah
"Kami berdua sudah berusia 96 tahun sudah tentu perlu menjaga kesihatan di tahap terbaik." - Dr Siti Hasmah

COVID-19 itu nyata, kerajaan perlu wajibkan pengambilan vaksin - Tun Siti Hasmah
Program vaksinasi ini boleh ditambah baik dengan menyediakan perkhidmatan vaksin dari kampung ke kampung.

Tun Dr Siti Hasmah kongsi pengalaman sebagai 'survivor' kanser payudara
Isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini berkongsi pengalamannya sebagai seorang 'survivor' kanser payudara dan telah menjalani rawatan penyakit berkenaan pada Mac lepas.

Tun Mahathir lancar filem web 'UNI' sempena ulang tahun ke-45 Petronas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lancarkan filem web berjudul 'UNI' sempena ulang tahun ke-45 Petronas pada Sabtu malam.

Agong buat 'surprise' untuk Tun Mahathir
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan membuat kejutan sambutan hari lahir Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya di Istana Negara.

Jangan masih ada diskriminasi terhadap pesakit HIV - Tun Mahathir
Diskriminasi ke atas pesakit HIV merupakan suatu perkara yang salah di sisi undang-undang, dan ia sepatutnya tidak boleh lagi diterima pada masa zaman ini.

Adakah awak cemburu? - Tun Dr Siti Hasmah
Tun Dr Siti Hasmah berkata, apa salahnya bersalaman dengan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan ketika lawatanya di Malaysia baru-baru ini.

Tun Siti Hasmah lancarkan gedung buku BookXcess
BookXcess telah membuka 7 buah kedai buku di sekitar Lembah Klang dan cawangan Tamarind Sqaure merupakan yang terbesar dan yang pertama beroperasi 24 jam sehari.

Tun Mahathir, Tun Siti Hasmah pasangan romantis yang gemar durian, sokong Perancis
Walaupun sudah mendirikan rumah tangga selama 62 tahun, hubungan antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pasangannya, Tun Dr Siti Hasmah disifatkan sebagai pasangan romantis.

Ada apa dengan Maha Klinik?
Nama Maha Klinik sememangnya sudah tidak asing lagi bagi penduduk Alor Setar di Kedah. Klinik tersebut adalah milik Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad.