Isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini berkongsi pengalamannya sebagai seorang 'survivor' kanser payudara dan telah menjalani rawatan penyakit berkenaan pada Mac lepas.
Beliau berkata doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan kecil pada kiri payudaranya setelah menjalani pemeriksaan mammogram dan rawatan biopsi di sebuah hospital di ibu negara.
"Doktor menasihatkan saya supaya buang ketumbuhan itu dalam seminggu, mula-mula saya tak beritahu suami saya (Tun Dr Mahathir Mohamad), tak mahu kacau dia sebab sibuk baru balik dari luar negara... setelah keputusan itu keluar dan doktor sahkan ada (ketumbuhan) di situ, baru beritahu dan dia terkejut.
"Saya ingat lagi hari Isnin dapat keputusan, selepas itu tunggu sampai hari Jumaat masuk wad, petang periksa lagi sekali nak sahkan betul-betul ada ketumbuhan di situ, Sabtu pagi saya masuk bilik bedah, petang selesai pembedahan dan keesokannya saya dibenarkan pulang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL Pink October) 2019 di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.
Dr Siti Hasmah berkata rata-rata wanita takut untuk menjalani ujian saringan mengesan kanser payudara kerana stigma takut dan malu masih menebal selain kurang pengetahuan.
"Kanser payudara boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira umur daripada muda sehinggalah umur 90-an seperti saya.
"Jangan gadaikan nyawa kita kepada jenis kanser yang boleh dicegah sekiranya dapat dikesan dari awal, kerana lebih cepat dapat rawatan lagi cepat kita boleh sembuh.
"Pemeriksaan kesihatan itu merupakan satu tanggungjawab yang perlu diberi kepada diri kita yang masih sihat sebelum mahu menjaga orang lain," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa KL Pink October 2019, Dr Ros Suzanna Ahmad Bustamam berkata kempen yang bermula sejak semalam sehingga Sabtu ini menyasarkan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam di 10 kawasan Parlimen sekitar ibu kota.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu seramai 913 wanita disaring, 104 wanita masih mendapat pemeriksaan lanjut, sebahagian mereka masih dalam temu janji dan 27 rumah pesakit kanser telah dilawati.
"Bagaimanapun daripada jumlah itu, kurang 30 peratus wanita yang telah diberikan temu janji hadir ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut walaupun ditawarkan pengangkutan percuma dan ini sangat membimbangkan kami kerana mereka adalah berpotensi menghidap kanser," katanya.
Beliau berkata bilangan kes pesakit kanser payudara meningkat setiap tahun dan 18 peratus daripada keseluruhan penyakit kanser adalah kanser payudara.
"Lebih malang apabila lebih 40 peratus daripada pesakit yang datang mendapatkan rawatan adalah pesakit pada peringkat ketiga dan keempat.
"Justeru, kempen ini bukan sahaja memastikan golongan sasar membuat saringan dan pemeriksaan tetapi juga menerapkan maklumat penting tentang penjagaan kesihatan, bantuan dan peranan agensi terlibat dalam membantu mereka meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 15 2019

Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menyampaikan ucapan perasmian Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Hospital Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Pelancongan, mahu tarik minat generasi muda
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.

PRU15: "Doa saya semoga suami dapat terus berbakti kepada rakyat" - Muhaini
Muhaini harap Perdana Menteri akan kekal di Bera pada PRU15.

"Pada usia sekarang saya mahu melindungi suami" - Dr Siti Hasmah
"Kami berdua sudah berusia 96 tahun sudah tentu perlu menjaga kesihatan di tahap terbaik." - Dr Siti Hasmah

"Terima kasih Ni sebab sentiasa ada di sisi Sabri" - Nota penghargaan PM buat isteri
Muhaini disifatkan Ismail Sabri sebagai seorang wanita yang sangat sederhana dan kurang gemar menjadi perhatian lensa kamera.

Kes rasuah Rosmah: Pembelaan dakwa saksi beri keterangan bercanggah
Saidi mengakui terdapat transaksi pengeluaran wang sebanyak RM1.5 juta daripada akaun miliknya pada 7 Sept 2016 dan wang berkenaan telah diberikan kepada Rosmah.

Dr Siti Hasmah sudah pulih, masih di hospital - Tun M
Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang menerima rawatan di Prince Court Medical Centre akibat keracunan makanan yang ringan sudah semakin pulih.

Gesekan biola Siti Hasmah khas buat Muhammad Adib
Gesekan biola Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang ditujukan khas buat anggota bomba yang terkorban semasa bertugas, Muhammad Adib Mohd Kassim, ternyata memukau para penonton konsert "Duo Lagenda".