Perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek solar hibrid berlangsung dalam suasana yang agak tegang hari ini.
Ia berlaku apabila pihak pembelaan menggasak saksi dengan mendakwa bekas pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin memberi keterangan bercanggah berhubung pengeluaran wang RM1.5 juta yang dikatakan diberi kepada isteri bekas perdana menteri itu.
Ketika pemeriksaan balas, peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili Rosmah, mendakwa keterangan Saidi di Mahkamah Tinggi hari ini adalah bercanggah dengan keterangan yang diberikan saksi itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menjawab soalan Azrul, Saidi mengakui terdapat transaksi pengeluaran wang sebanyak RM1.5 juta daripada akaun miliknya pada 7 Sept 2016 dan wang berkenaan telah diberikan kepada Rosmah sebagai balasan membantu syarikat itu mendapatkan projek solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak.
Azrul: Bagaimana kamu boleh menyatakan wang RM1.5 juta untuk Rosmah sedangkan kamu tidak nampak beliau membawa beg mengandungi wang itu naik ke atas (merujuk kepada rumah Rosmah di Langgak Duta)
Saidi: Saya memang tidak nampak Rosmah bawa naik beg itu ke atas tetapi wang tersebut diletakkan oleh pemandu peribadi saya (Shamsul Rizal Sharbini) di tepi sofa berwarna hijau di ruang tamu rumah Rosmah.
Saksi pendakwaan ke-17 itu juga tidak bersetuju bahawa wang RM1.5 juta tersebut dikeluarkan untuk kegunaan lain, bukan diberikan kepada Rosmah.
Azrul: Saya cadangkan bahawa daripada wang RM1.5 juta itu, kamu gunakan untuk membayar perbelanjaan diesel sebanyak RM400,000 dan Saidi menjawab: “Saya memang ada bayar, tetapi bukan melalui duit RM1.5 juta, saya ada duit lain.”
Saidi juga bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau membayar RM300,000 untuk adiknya membina rumah, membayar antara RM200,000 dan RM250,000 bagi membeli tanah di Kuching, memberi RM200,000 kepada sebuah syarikat teknologi dan sumbangan RM150,000 kepada ibunya.
Disoal Azrul bahawa kalau dicampurkan kesemua wang yang saksi itu belanjakan, anggaran berjumlah RM1.5 juta, dan Saidi menjawab: “Tidak, saya tidak bersetuju.”
Saksi penting pendakwaan itu berkata beliau pernah diminta menjelaskan kepada SPRM mengenai butiran perbelanjaan yang dicadangkan oleh peguam tersebut namun tetapi tidak dapat mengingati sama ada beliau ada menjelaskan kepada SPRM setiap perbelanjaan bagi wang berkenaan.
Ini menyebabkan peguam itu memohon supaya pihak pendakwaan mengemukakan rakaman percakapan Saidi yang diberikan kepada SPRM mengikut Seksyen 113 Kanun Tatacara Jenayah, bagaimanapun saksi itu kemudiannya mencelah: "Saya cakap saya beri RM1.5 juta kepada Datin Seri Rosmah.”
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib turut membantah permohonan pembelaan untuk mendapatkan rakaman percakapan Saidi atas alasan saksi itu berkali-kali menegaskan bahawa wang RM1.5 juta tersebut diberikan kepada tertuduh (Rosmah) dan bukan dibelanjakan untuk kegunaan lain.
"Dua atau tiga kali saksi cakap duit RM1.5 juta untuk Rosmah, pihak pembelaan cuba mengelirukan saksi dan cuba membuatkan saksi tertekan. Pihak kami menghujahkan tiada sebab untuk saksi ini merujuk semula kepada kenyataan yang diberi kepada SPRM.
“Kalau dirujuk dengan rakaman percakapan itu, ia bukan membabitkan RM1.5 juta (yang dibayar kepada tertuduh," kata Ahmad Akram.
Semasa mengemukakan hujahnya, Ahmad Akram beberapa kali menghentak meja menyebabkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan mencelah: “You watched too much Parliament sessions (Anda terlalu banyak menonton sesi Parlimen)” yang disambut deraian ketawa mereka yang berada di dalam mahkamah.
Sementara itu, seorang lagi peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata peruntukan undang-undang membenarkan saksi dirujuk dengan dokumen tersebut bagi mengembalikan ingatan.
Hakim kemudiannya memberi masa kepada pihak pembelaaan untuk memilih sama ada ingin mendapatkan dokumen berhubung percakapan saksi itu atau memasukkan isu berkenaan dalam hujahan mereka.
Prosiding kemudiannya bersambung dengan Azrul terus menyoal saksi mengenai sumber wang yang digunakan bagi perbelanjaan yang dicadangkan peguam.
Saidi menegaskan yang beliau mempunya wang tunai di rumah dan wang RM1.5 juta yang dikeluarkannya pada tarikh yang berkenaan adalah untuk diberikan kepada Rosmah.
“Saya seorang ahli perniagaan, saya banyak duit dan semua perbelanjaan dalam tunai … Duit juga ada saya simpan di rumah sehingga SPRM datang dan sita, sama macam duit orang lain,” katanya.
Turut memberi keterangan pada prosiding hari ini ialah saksi pendakwaan ke-18, Penolong Pendaftar Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Rafidah Yahaya dan saksi pendakwaan ke-19, Penguasa Kanan SPRM Moses Anak Lawrence.
Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi berhubung projek tenaga solar itu.
Suapan itu didakwa diterima menerusi bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan (KPM).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
Perbicaraan kes itu bersambung 7 Sept depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 19 2020
![Kes rasuah Rosmah: Pembelaan dakwa saksi beri keterangan bercanggah Kes rasuah Rosmah: Pembelaan dakwa saksi beri keterangan bercanggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71597833696_RosmahMansor.jpg)
Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi berhubung projek tenaga solar itu. -Gambar fail
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![PRU15: Doa saya semoga suami dapat terus berbakti kepada rakyat - Muhaini PRU15: Doa saya semoga suami dapat terus berbakti kepada rakyat - Muhaini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667618940_isteriPerdanaMente.jpg)
PRU15: "Doa saya semoga suami dapat terus berbakti kepada rakyat" - Muhaini
Muhaini harap Perdana Menteri akan kekal di Bera pada PRU15.
![Pada usia sekarang saya mahu melindungi suami - Dr Siti Hasmah Pada usia sekarang saya mahu melindungi suami - Dr Siti Hasmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666002583_Permatahatinegara.jpg)
"Pada usia sekarang saya mahu melindungi suami" - Dr Siti Hasmah
"Kami berdua sudah berusia 96 tahun sudah tentu perlu menjaga kesihatan di tahap terbaik." - Dr Siti Hasmah
![Terima kasih Ni sebab sentiasa ada di sisi Sabri - Nota penghargaan PM buat isteri Terima kasih Ni sebab sentiasa ada di sisi Sabri - Nota penghargaan PM buat isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629609641_TBPMjpg.jpg)
"Terima kasih Ni sebab sentiasa ada di sisi Sabri" - Nota penghargaan PM buat isteri
Muhaini disifatkan Ismail Sabri sebagai seorang wanita yang sangat sederhana dan kurang gemar menjadi perhatian lensa kamera.
![Kes rasuah Rosmah: Pembelaan dakwa saksi beri keterangan bercanggah Kes rasuah Rosmah: Pembelaan dakwa saksi beri keterangan bercanggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71597833696_RosmahMansor.jpg)
Kes rasuah Rosmah: Pembelaan dakwa saksi beri keterangan bercanggah
Saidi mengakui terdapat transaksi pengeluaran wang sebanyak RM1.5 juta daripada akaun miliknya pada 7 Sept 2016 dan wang berkenaan telah diberikan kepada Rosmah.
![Dr Siti Hasmah sudah pulih, masih di hospital - Tun M Dr Siti Hasmah sudah pulih, masih di hospital - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566980042_SitiHasmah.jpg)
Dr Siti Hasmah sudah pulih, masih di hospital - Tun M
Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang menerima rawatan di Prince Court Medical Centre akibat keracunan makanan yang ringan sudah semakin pulih.
![Gesekan biola Siti Hasmah khas buat Muhammad Adib Gesekan biola Siti Hasmah khas buat Muhammad Adib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71545497450_TUNSITIHASMAH.jpg)
Gesekan biola Siti Hasmah khas buat Muhammad Adib
Gesekan biola Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang ditujukan khas buat anggota bomba yang terkorban semasa bertugas, Muhammad Adib Mohd Kassim, ternyata memukau para penonton konsert "Duo Lagenda".