SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak orang Melayu khususnya bersatu dalam menentang musuh yang mempunyai agenda tersembunyi.
Perkara itu dinyatakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui hantaran di Instagram miliknya ketika beliau dan isteri, Datin Seri Shamsidar Taharin menziarahi Dr Mahathir dan isteri, Tun Siti Dr Hasmah Mohamad Ali pada petang Ahad.
Ujar Mohamed Azmin, pendapat itu disuarakan selepas membincangkan mengenai pelbagai isu semasa.
“Tun turut memberi pandangan kepada saya mengenai situasi politik semasa di tanah air.
“Selain isu ekonomi dan kos sara hidup, Tun secara tuntas mengajak umat Melayu untuk bersatu melawan musuh yang mempunyai agenda yang tersirat.
“Lebih satu jam saya dan Shida dirai mesra dengan pelbagai juadah raya, ketupat, nasi impit, rendang ayam, rojak buah, bihun tauchu, pengat pisang dan minuman lai chi kang.
“Alhamdulillah, minggu depan Tun akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-98 dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ke-97.
“Syukur ALLAH SWT mengurniakan nikmat kesihatan kepada Tun berdua dan moga mereka akan terus dilindungi dan dirahmati oleh ALLAH SWT,” katanya.
Azmin turut menambah, Dr Mahathir hakikatnya mempunyai kewibaan yang tinggi di peringkat antarabangsa memandangkan beliau telah menerima pelbagai jemputan program di luar negara.
Tambahnya, ia dibuktikan menerusi lawatan kerja bekas Ahli Parlimen Langkawi itu ke Bosnia, United Kingdom dan Turkiye.
“Turkiye telah meminta nasihat Tun dan ingin bekerjasama dengan Tun untuk menjayakan Istanbul Summit berdasarkan pengalaman dan kejayaan memimpin KL Summit.
“Sambutan yang hebat kepada Tun ketika lawatan ini membuktikan dunia masih menghormati pandangan beliau dalam pelbagai cabaran masyarakat dunia hari ini,” ujar beliau.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 02 2023

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamsidar Taharin menziarahi Dr Mahathir dan isteri, Tun Siti Dr Hasmah Mohamad Ali pada petang Ahad. - Foto Sinar Harian/Instagram

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mengenang Tun Daim: Allahyarham selamat disemadi
Jenazah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur.

'Nama saya hanya Hasmah, bukan Siti Hasmah'
'Gelaran' tersebut diberikan selepas beliau dan Dr Mahathir berpindah dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur.

Tun M dibenar keluar IJN
Dr Mahathir yang berusia 99 tahun dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara disebabkan batuk.

SPRM beri Mirzan tempoh 30 hari lagi untuk isytihar harta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan selama 30 hari kepada Tan Sri Mirzan Mahathir untuk mengisytiharkan harta.

Kes saman saham Renong: Dr Mahathir, kerajaan mohon batal saman ahli perniagaan
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon untuk membatalkan saman ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad yang menuntut pampasan selepas pengambilalihan saham Renong Bhd dan United Engineers Ma

Tun M ajak Melayu bersatu lawan musuh ada agenda tersirat - Azmin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak orang Melayu khususnya bersatu dalam menentang musuh yang mempunyai agenda tersembunyi.

PRN: MUDA tanding solo sia-sia jika tidak berjaya tubuh kerajaan - Tun Mahathir
Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Keputusan MUDA untuk bertanding secara solo dalam PRN akan datang tidak akan mempunyai erti jika parti itu tidak dapat menubuhkan kerajaan.

Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M
Beliau turut berdoa agar usaha mencari pesawat itu membuahkan hasil, namun jika yang sebaliknya berlaku, ia pastinya sesuatu yang sukar namun tetap perlu diterima.

"Pada usia sekarang saya mahu melindungi suami" - Dr Siti Hasmah
"Kami berdua sudah berusia 96 tahun sudah tentu perlu menjaga kesihatan di tahap terbaik." - Dr Siti Hasmah

Saman fitnah Ismail Sabri, Lokman Adam diarah fail pernyataan
Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan Datuk Lokman Noor Adam menjawab saman yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadapnya, hari ini.