KUALA LUMPUR: Perdana Menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn sangat mengambil berat aspek pemeliharaan alam sekitar, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Berkongsi kisah mengenai datuknya, Onn Hafiz berkata, Allahyarham berpendapat manusia adalah penjaga bumi justeru adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memastikan flora dan fauna sentiasa dilindungi.
“Saya percaya sekiranya Tun berada di sini, hari ini bersama kita, beliau akan menggesa kita untuk menjaga alam sekitar. Bukan untuk keuntungan tetapi untuk kepentingan alam sekitar itu sendiri.
“Kita adalah penjaga yang bertanggungjawab untuk melindungi flora dan fauna yang kita lihat hari ini. Seperti yang disebutkan, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
“Kita mesti memastikan bahawa tangan kita bukanlah tangan yang menyebabkan kematian mana-mana harimau, atau flora dan fauna lain.
“Tidakkah kita sedar bahawa nama kita, warisan kita seolah-olah berkait rapat dengan cara kita berinteraksi dengan dunia di sekeliling kita? Ayuh kita pelihara alam semula jadi agar kita mempunyai masa depan yang lebih baik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis anjuran Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa Malaysia (ISIS Malaysia) yang turut menjemput Pemegang Kelima Kursi Tun Hussein Onn ISIS Malaysia, Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid.
Onn Hafiz diberi penghormatan untuk berucap dalam majlis itu sebagai wakil keluarga Tun Hussein dalam program pada Khamis yang mana Zakri memberi syarahan bertajuk The Politics Of Biodiversity Loss: International Responses & Malaysia.
Dalam syarahan hampir sejam itu, Zakri menyentuh pelbagai isu berkaitan alam sekitar membabitkan Malaysia dan negara jiran.
Antara isu disuarakan ialah berkaitan menyelamatkan harimau Malaya daripada pupus dengan beliau mengambil contoh India sebagai negara yang boleh dijadikan panduan bagi Malaysia untuk memulihara spesies itu yang diancam kepupusan.
Ridauddin Daud
Thu Sep 08 2022
Onn Hafiz berkata, Allahyarham Tun Hussein berpendapat manusia adalah penjaga bumi justeru adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memastikan flora dan fauna sentiasa dilindungi. - Gambar fail
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Tun Hussein ambil berat aspek pemeliharaan alam sekitar - Onn Hafiz
Perdana Menteri Ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn sangat mengambil berat aspek pemeliharaan alam sekitar, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Tun Suhailah, isteri perdana menteri ketiga meninggal dunia
Ibu kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tun Suhailah Tan Sri Mohd Noah kembali ke rahmatullah awal pagi Sabtu.