KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin memohon kepada Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, untuk memindahkan kes gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu akaun bank, dipindahkan dan didengar hakim mahkamah lain.
Ketika sebutan kes di hadapan Hakim, Azura Alwi, Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How berkata, susulan permohonan bekas Menteri Kewangan tersebut, pendakwaan akan memfailkan afidavit hujahan.
“Bagaimanapun, pihak pendakwaan memerlukan masa untuk menyediakan afidavit tersebut.
“Kami harap permohonan tersebut didengar terlebih dahulu,” katanya yang kemudiannya tidak dibantah oleh peguam, M Puravalen yang mewakili veteran UMNO itu.
Azura kemudian mengarahkan kedua-dua pihak mengemukakan afidavit dan hujahan sebelum 4 Julai depan.
Pada prosiding sama, pendakwaan memohon supaya pendengaran permohonan Daim dan isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid untuk merujuk isu perlembagaan kes terbabit di Mahkamah Tinggi didengar bersama.
Bagaimanapun, Azura memutuskan supaya permohonan Daim untuk memindahkan kes ke Mahkamah Sesyen lain didengar terlebih dahulu pada 4 Julai dan menetapkan tarikh sama untuk pengurusan kes pasangan itu.
Pada 7 Mei lalu, Daim memfailkan permohonan itu atas alasan antaranya terdapat kemungkinan berlaku ketidakadilan dan prejudis terhadapnya.
Ini kerana kes isterinya, Na'imah, iaitu tidak mematuhi terma notis bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009, didengar di hadapan Azura.
Pada prosiding ini, Na'imah hadir ke mahkamah dengan memakai baju kurung berwarna hijau, namun mahkamah membenarkan kehadiran Daim dikecualikan.
Pada 29 Januari lepas, Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin didakwa atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 70 harta dan satu akaun bank antaranya kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah, pada Disember tahun lalu.
Na'imah pula didakwa pada 23 Januari atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.
Pada 10 Januari lalu, Daim memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini, untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dan mengarahkan SPRM menghentikan penyiasatan terhadapnya, isteri serta empat anak termasuk Ilham Tower Sdn Bhd mengaitkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Selain Daim, isterinya, Na’imah dan empat anak, Asnida, 63, Md Wira Dani, 46, Muhammed Amir Zainuddin, 29, Muhammed Amin Zainuddin, 26, serta lham Tower selaku pemohon pertama hingga ketujuh turut memfailkan permohonan sama.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 09 2024
Tun Daim didakwa atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 70 harta dan satu akaun bank. - Gambar fail/Astro AWANI
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.
Kes isytihar harta Tun Daim: Pertuduhan tidak boleh dibiar tergantung - Peguam
Wan Shaharuddin berkata, kuasa untuk meneruskan kes terletak pada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta
Pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan prosiding kerana Daim telah meninggal dunia pada 13 November lalu.
Nama Allahyarham Tun Daim dalam ingatan jemaah masjid di Gold Coast
Nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, tokoh negarawan Malaysia, terus hidup dalam ingatan, biarpun berada lebih 6,000 kilometer dari tanah air.
Mengenang Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham
Suasana hiba menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku, di ibu negara.
Mengenang Tun Daim: "Beliau mentor bagi usahawan muda Melayu' - Tun Mahathir
Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak muda berbakat dalam perniagaan kata Tun Mahathir Mohamad.
Mengenang Tun Daim: Ahli Parlimen ucap takziah
Ahli-ahli Parlimen menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi ini.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham tokoh besar yang rendah diri' - Tun Mahathir
Tun Mahathir mengenang Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini, sebagai seorang tokoh besar yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara.
Mengenang Tun Daim: Pemimpin negara ucap takziah
Pemimpin negara menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Daim dan mendoakan agar roh beliau bersama orang-orang beriman.
Mengenang Tun Daim: “Seorang sahabat dan pejuang bersama" - Tun Mahathir
Dr Mahathir menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh yang jarang ditemui, berjaya dalam bidang perniagaan dan setia menyumbang kepada negara.