GEORGE TOWN: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak mengecam sekeras-kerasnya dan menggesa agar semua tindakan keganasan, pembunuhan dan kezaliman yang berlaku ke atas penduduk Palestin ditamatkan dengan segera.
Beliau berkata konflik dan peperangan yang masih berterusan telah menglakibatkan penderitaan yang besar kepada rakyat Palestin, dengan orang awam khususnya golongan kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa terbunuh serta ramai yang kehilangan nyawa dan rumah kediaman mereka.
"Titisan air mata, gelodak rasa kesedihan di jiwa, tidak dapat dibendung, melihat kesakitan dan kehilangan nyawa yang dialami oleh sebahagian besar penduduk Palestin.
"Sebagai ahli komuniti global yang bertanggungjawab, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meningkatkan kesedaran tentang apa yang sedang berlaku dan membantu meringankan keperitan yang sedang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat," katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15 di sini hari ini.
Sesi persidangan hari ini ialah yang pertama diadakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung pada 12 Ogos 2023.
Atas prinsip perikemanusiaan, beliau turut menggesa agar masyarakat antarabangsa bersama-sama menyokong segala usaha diplomatik untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif dan tuntas dengan segera, adil dan saksama demi kebaikan manusia sejagat.
Selain itu, Tun Ahmad Fuzi turut mengucapkan tahniah atas kecemerlangan kerajaan negeri yang berjaya mengekalkan pengurusan kewangan yang berintegriti apabila menerima Sijil Bersih iaitu Sijil Pendapat Tanpa Teguran (Dengan Perenggan Hal-Hal Lain) daripada Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Tahun 2022.
"Saya dimaklumkan, prestasi kewangan kerajaan negeri kekal teguh, dengan baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun semasa berjumlah RM1.859 bilion.
"Hutang awam kerajaan negeri yang terdiri daripada hutang kepada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek pembangunan menunjukkan baki berjumlah RM41.11 juta pada akhir tahun 2022, iaitu 9.5 peratus lebih rendah berbanding RM45.41 juta pada tahun 2021," katanya.
Mesyuarat ditangguhkan dan akan bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
![Tun Ahmad Fuzi gesa tindakan keganasan ke atas penduduk Palestin ditamatkan Tun Ahmad Fuzi gesa tindakan keganasan ke atas penduduk Palestin ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700201654_SidangDUN.jpg)
Ahmad Fuzi menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Sidang DUN Pulau Pinang ke-15 di Bangunan DUN Pulau Pinang pada Jumaat. - Gambar/ Sinar Harian
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Tun Ahmad Fuzi gesa tindakan keganasan ke atas penduduk Palestin ditamatkan Tun Ahmad Fuzi gesa tindakan keganasan ke atas penduduk Palestin ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700201654_SidangDUN.jpg)
Tun Ahmad Fuzi gesa tindakan keganasan ke atas penduduk Palestin ditamatkan
Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa bersama menyokong segala usaha diplomatik untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif.
![DUN Pulau Pinang bubar esok - Chow DUN Pulau Pinang bubar esok - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687828742_bubarDUN.jpg)
DUN Pulau Pinang bubar esok - Chow
Tarikh itu telah dicadangkan dan telah mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pagi tadi.
![PRN: Ketua Menteri Pulau Pinang menghadap TYT mohon perkenan bubar DUN Pulau Pinang PRN: Ketua Menteri Pulau Pinang menghadap TYT mohon perkenan bubar DUN Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687827635_Dun.jpg)
PRN: Ketua Menteri Pulau Pinang menghadap TYT mohon perkenan bubar DUN Pulau Pinang
Kenderaan rasmi membawa Kon Yeow tiba di pintu utama Sri Mutiara tersebut pada jam 7.53 pagi.
![Agong, Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Pulau Pinang untuk lawatan tiga hari Agong, Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Pulau Pinang untuk lawatan tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680770147_YangdiPertuanAgon.jpg)
Agong, Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Pulau Pinang untuk lawatan tiga hari
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 1.00 tengah hari dan disambut meriah.
![Pulau Pinang jangkakan pemulihan ekonomi pantas pasca-pandemik - TYT Pulau Pinang jangkakan pemulihan ekonomi pantas pasca-pandemik - TYT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/81589992303_komtar.jpg)
Pulau Pinang jangkakan pemulihan ekonomi pantas pasca-pandemik - TYT
Pulau Pinang merupakan antara negeri paling maju di Malaysia, dan asas ekonominya kekal kukuh walaupun pandemik melanda.
![TYT P. Pinang akan rasmi persidangan DUN secara fizikal Isnin depan TYT P. Pinang akan rasmi persidangan DUN secara fizikal Isnin depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71629959949_YangDipertuaNegeri.jpg)
TYT P. Pinang akan rasmi persidangan DUN secara fizikal Isnin depan
Persidangan kali ini akan berlangsung secara fizikal selama sembilan hari, melibatkan kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
![Ahmad Fuzi angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Ahmad Fuzi angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619849286_TunAhmadFuzi.jpg)
Ahmad Fuzi angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang
Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kelapan.
![Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT P. Pinang kelapan kepada Ahmad Fuzi Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT P. Pinang kelapan kepada Ahmad Fuzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619764267_YDPA.jpg)
Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT P. Pinang kelapan kepada Ahmad Fuzi
Pelantikan bekas diplomat itu berkuat kuasa esok sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang telah berkhidmat selama 20 tahun.
![Tan Sri Ahmad Fuzi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 Tan Sri Ahmad Fuzi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618211576_TanSriAhmadFuziA.jpg)
Tan Sri Ahmad Fuzi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8
Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas.