GEORGE TOWN: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak akan merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang dijadualkan bersidang secara fizikal bermula Isnin depan.
Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, persidangan kali ini akan berlangsung secara fizikal selama sembilan hari, melibatkan kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bangunan DUN yang baru siap dinaik taraf.
"Kita akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu semua ADUN diminta mengambil ujian saringan COVID-19 sebelum dibenarkan menghadiri persidangan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, persidangan dewan yang dijadualkan bermula dengan ucapan perasmian oleh Ahmad Fuzi pada 30 Ogos dan akan berlangsung sehingga 8 Sept itu, akan diadakan di Bangunan Dewan Undangan Negeri di Jalan Light.
Bagaimanapun, Law berkata, media tidak dibenarkan menghadiri persidangan kali ini dan hanya wakil dari Buletin Mutiara, buletin bulanan dan laman web rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sahaja dibenarkan menghadiri persidangan itu secara fizikal.
"Demi mengurangkan risiko, cuma Buletin Mutiara sahaja bantu buat liputan dan edar. Media lain macam biasa, boleh pantau melalui live streaming," katanya.
Kali terakhir Pulau Pinang mengadakan sidang DUN secara fizikal adalah pada 12 Okt 2020 yang berlangsung selama enam hari namun awal tahun ini, kerajaan negeri telah menggantikan sidang DUN yang tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh darurat, dengan sesi libat urus tidak formal pada Mac lepas selama dua hari di sebuah hotel di sini. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak akan merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang dijadualkan bersidang secara fizikal bermula Isnin depan. - Gambar BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.

PRK DUN Pelangai: 16,456 pengundi tunai tanggungjawab esok
Parti-parti bertanding memanfaatkan minit akhir sehingga 11.59 malam ini dengan menganjurkan ceramah dan kempen kemuncak dalam usaha mempengaruhi pola pengundian.

ADUN Bersatu jadi Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan
ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang mewakili blok Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.
![[KOLUMNIS] PRN15: Kenapa perlu keluar mengundi? [KOLUMNIS] PRN15: Kenapa perlu keluar mengundi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615566030_TBVOTINGxj.jpg)
[KOLUMNIS] PRN15: Kenapa perlu keluar mengundi?
Keluar mengundi demi UNDI - Usaha, Negara, Demokrasi dan Impian kita semua.

PRN: Gelanggang untuk rebut 245 kerusi DUN bermula hari ini
'Gelanggang' Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menyaksikan pertandingan di 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri membuka tirai secara rasmi hari ini.

Rayuan bekas ADUN cabar undang-undang lompat parti P.Pinang didengar 8 Nov
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Nov depan untuk mendengar rayuan empat bekas ADUN Pulau Pinang bagi mencabar kesahan usul yang diluluskan oleh DUN agar mereka mengosongkan kerusi mereka.

DUN Selangor lulus Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025.

Empat ADUN PN di P.Pinang tetap hadir persidangan DUN Isnin ini
ADUN Seberang Jaya Afif Bahardin berkata mereka sedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan, termasuk jika diminta meninggalkan bangunan DUN, sekiranya usul berkenaan diluluskan.

PRN: Enam negeri sepakat bubar DUN dua minggu terakhir Jun
Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu sepakat membubarkan DUN pada dua minggu terakhir Jun.

PRU15: Kedah, Terengganu akur pendirian tidak bubar DUN, P. Pinang masih menanti
Pimpinan Pas Kedah dan Terengganu akur dengan pendirian Pas Pusat untuk kekal tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).