GEORGE TOWN: Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kelapan di Dewan Sri Pinang, di sini, hari ini.
Istiadat angkat sumpah jawatan bermula pukul 10 pagi Sabtu.
Bekas diplomat itu menerima watikah pelantikan Yang DiPertua Pulau Pinang daripada Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Jumaat bagi menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang telah berkhidmat selama 20 tahun.
Ahmad Fuzi mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah itu dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Razak Jaafar
Majlis angkat sumpah itu diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Pulau Pinang, Dato Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Ahmad Fuzi kemudian beredar meninggalkan majlis dan dijadual menghadiri majlis serah tugas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di Sri Mutiara.
Terdahulu, Ahmad Fuzi memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mejar Muhammad Farhan Abdul Razak.
Sebanyak 17 das tembakan dilepaskan semasa upacara Kawalan Kehormatan Utama (KKU) menyambut ketibaan Yang Dipertua Negeri oleh Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja
Turut hadir isteri Ahmad Fuzi, Toh Puan Khadijah Mohd Nor.
Hadir sama pada majlis itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan barisan kepimpinan negeri.
Ahmad Fuzi, 72, yang juga anak jati Sungai Bakap, Pulau Pinang, menyertai perkhidmatan diplomatik dan pentadbiran negara pada 1972 dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti termasuk Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri sehingga tahun 2009.
Beliau pernah mengetuai delegasi pegawai kanan Malaysia dalam rundingan pelbagai persidangan dua hala, serantau dan antarabangsa selain terlibat dalam penganjuran sidang kemuncak seperti Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Sidang Kemuncak ASEAN.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat May 01 2021

Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kelapan di Dewan Sri Pinang, Georgetown pada Sabtu. - Gambar BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Tun Ahmad Fuzi gesa tindakan keganasan ke atas penduduk Palestin ditamatkan
Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa bersama menyokong segala usaha diplomatik untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif.

DUN Pulau Pinang bubar esok - Chow
Tarikh itu telah dicadangkan dan telah mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pagi tadi.

PRN: Ketua Menteri Pulau Pinang menghadap TYT mohon perkenan bubar DUN Pulau Pinang
Kenderaan rasmi membawa Kon Yeow tiba di pintu utama Sri Mutiara tersebut pada jam 7.53 pagi.

Agong, Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Pulau Pinang untuk lawatan tiga hari
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 1.00 tengah hari dan disambut meriah.

Pulau Pinang jangkakan pemulihan ekonomi pantas pasca-pandemik - TYT
Pulau Pinang merupakan antara negeri paling maju di Malaysia, dan asas ekonominya kekal kukuh walaupun pandemik melanda.

TYT P. Pinang akan rasmi persidangan DUN secara fizikal Isnin depan
Persidangan kali ini akan berlangsung secara fizikal selama sembilan hari, melibatkan kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ahmad Fuzi angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang
Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kelapan.

Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT P. Pinang kelapan kepada Ahmad Fuzi
Pelantikan bekas diplomat itu berkuat kuasa esok sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang telah berkhidmat selama 20 tahun.

Tan Sri Ahmad Fuzi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8
Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas.