Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sebagai demokrat hebat yang tidak pernah menggunakan kuasa yang diberi kepadanya sebagai Pengarah Operasi Majlis Gerakan Negara (Mageran).
"Beliau tidak pernah berhasrat menggunakan kuasa yang diberi kepadanya itu - malah, beliau kelihatan bimbang mengenainya - dan sedapat mungkin, beliau berusaha untuk melepaskan kuasa itu," kata Perdana Menteri ketika merasmikan Seminar Khas bagi Memperingati Abdul Razak, yang meninggal dunia 40 tahun lepas ketika menyandang jawatan perdana menteri kedua Malaysia di sini, hari ini.
Najib berkata kebanyakan orang yang berada dalam keadaan Allahyarham Tun Abdul Razak mungkin tidak akan melepaskan kuasa yang diberi kepada mereka.
"Sesungguhnya, tindakan beliau itu bertentangan dengan sikap kebanyakan pemimpin di dunia dan di rantau ini ketika itu," kata beliau.
BACA: Air mata Najib gugur cerita mengenai bapa
Abdul Razak memegang jawatan perdana menteri dari 1970 hingga 1976. Beliau meninggal dunia akibat leukemia pada 14 Jan 1976 semasa berusia 53 tahun.
Najib, anak sulung Allahyarham Tun Abdul Razak, berkata menjelang 1971 selepas berakhirnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 dan negara kembali aman dan tenteram, pemimpin itu dengan rela hati mengembalikan pemerintahan berParlimen di negara ini.
"Itu merupakan peralihan yang cukup pantas. Ia menyelamatkan Malaysia dan ia menyelamatkan demokrasi Malaysia daripada mengalami nasib seperti yang menimpa banyak negara membangun lain," katanya.
Beliau berkata tindakan itu menyebabkan Allahyarham Tun Abdul Razak dikenang sebagai seorang daripada pemimpin Malaysia yang paling hebat.
"Sebenarnya, pencapaian beliau adalah lebih jauh daripada itu dan telah membawa perubahan ke arah yang lebih baik, yang tidak terhitung banyaknya kepada negara kita dan rantau ini," kata beliau.
Najib berkata legasi kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak sentiasa terpahat dalam ingatannya sepanjang beliau bergiat dalam politik, "daripada waktu saya menjadi seorang Anggota Parlimen muda, sebagai Menteri Besar Pahang, sebagai menteri dan kemudian sebagai perdana menteri."
"Ia memberi inspirasi kepada saya dan sebagai pemimpin negara ini, saya berusaha meneruskan tugas beliau," katanya.
Najib berkata Allahyarham Tun Abdul Razak telah meletakkan asasnya, dan "adalah menjadi tugas kita dan generasi akan datang untuk terus membinanya dengan cara yang boleh membanggakan beliau."
Beliau berkata Model Ekonomi Baru (NEM) meneruskan dan memperluas prinsip-prinsip berasaskan merit yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan Allahyarham Tun Abdul Razak.
Beliau berkata tindakan afirmatif DEB, yang bertujuan memastikan Bumiputera tidak tercicir, memerlukan kerajaan berusaha memasukkannya ke dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), "dan ia diterima, yang merupakan suatu pencapaian penting."
"Kita menyertai perjanjian ini (TPPA) berdasarkan syarat kita dan dengan dasar tindakan afirmatif yang termaktub dalam satu perjanjian antarabangsa," kata beliau.
Mengenai dasar 1Malaysia, beliau berkata ia digubal dengan berpandukan prinsip Rukun Negara, (manakala) hubungan dengan China yang dijalinkan Allahyarham Tun Abdul Razak kini bekembang pesat hinggakan negara itu kini menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia.
Najib berkata ayahanda beliau juga adalah seorang daripada pengasas ASEAN, dan tahun lepas, ketika Malaysia menjadi pengerusi ASEAN, beliau menikmati keistimewaan untuk menandatangani dokumen yang mengubah pertubuhan 10 negara itu menjadi sebuah komuniti.
Dalam ucapannya selama 30 minit itu, Najib mengalirkan air mata kerana katanya ia menyentuh tentang komitmen ayahandanya kepada negara ini.
"Beliau menggadai nyawa untuk negara ini. Hari ini, 40 tahun selepas pemergiannya, saya berdiri di hadapan anda untuk mengatakan bahawa saya bangga menjadi puteranya dan setaip hari, saya berusaha untuk menepati warisan itu.
"Beliau menjadi contoh bagi saya dan sebagai inspirasi bagi semua rakyat Malaysia," kata Najib sambil mengesat air mata.
Najib berkata tempoh 40 tahun pemerian ayahandanya itu juga menandai empat dekad beliau bergiat dalam politik.
"Sebulan selepas pemergian beliau, sememangnya kerana pemergian beliau itulah, saya bertanding di Pekan, kawasan yang pernah beliau wakili.
"Pencapaian cemerlang Tun Razak adalah antara sebab amat sukar bagi saya untuk membuat keputusan itu. Saya baru berusia 22 tahun dan baru sahaja pulang dari universiti di England," katanya.
Pada majlis itu juga, Najib melancarkan buku mengenai ayahandanya bertajuk My Recollections of Tun Abdul Razak tulisan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, canselor universiti UNIRAZAK.
Turut hadir bonda Najib, Tun Rahah Noah dan adik-adik beliau Datuk Mohamed Nizam, Datuk Ahmad Johari, Datuk Seri Mohamad Nazir dan Datuk Nazim.
Bernama
Thu Jan 14 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama ibunya Tun Rahah serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor melihat pelbagai gambar yang dipamerkan pada Seminar Khas Memperingati Tun Abdul Razak. - Foto Bernama
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Majlis Pemulihan Negara bantu struktur semula politik - Mukhriz
Mukhriz berkata, beliau impikan suasana politik yang tidak toksik, dengan parti yang memerintah dan yang membangkang tidak bertelagah seolah hilang kewarasan.
9 cadangan kepada Agong: Segera tamatkan darurat, tolak MAGERAN - UPKO
UPKO menolak penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
MAGERAN: Majlis Pemulihan Negara bukan untuk ganti kerajaan sedia ada - Tun Mahathir
Tun Mahathir berkata, nama-nama calon Majlis akan dipersembahkan jika Agong dan Raja-raja Melayu perkenan terhadap penubuhannya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Jun 2021.
Amanah tolak penubuhan MAGERAN - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berpendapat Mageran seperti satu lagi siri darurat yang jelas tidak berkesan dalam memerangi pandemik.
Agong tanya bila waktu sesuai adakan PRU15 - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bertanya kepadanya mengenai waktu yang sesuai bagi negara mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dr Mahathir usul tubuh MAGERAN semasa menghadap Agong
Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Tidak pernah tuntut MAGERAN, bertentangan desakan UMNO - Asyraf Wajdi
Sekiranya benar tuntutan itu dibuat UMNO, ia secara jelas bertentangan dengan pendirian yang diputuskan iaitu untuk menamatkan darurat.
Tubuh MAGERAN? 'Keadaan sekarang jauh berbeza dengan Darurat Keselamatan 1969' - Ketua Setiausaha Sulit PM
Malaysia perlu tubuh Mageran? Darurat sekarang jauh berbeza dengan Darurat Keselamatan 1969 - Ketua Setiausaha Sulit PM