KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) meminta supaya Proklamasi Darurat ditamatkan segera lantaran dilihat tidak memberi nilai tambah kepada pengurusan kerajaan.
Hasrat itu disampaikan Presidennya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, secara maya pada Isnin.
Menurutnya, Proklamasi Darurat tidak memberikan nilai tambah kepada usaha membendung pandemik COVID-19, malah terbukti gagal sepenuhnya apabila kes melonjak naik berbanding pada awal pelaksanaan darurat.
"Ini bererti bahawa pelaksanaan darurat telah gagal untuk menangani COVID-19 kerana tidak ada beza sama ada wujud darurat atau tidak untuk mengani COVID-19 ini.
"Darurat tidak memberi nilai tambah kepada usaha kerajaan untuk tangani COVID-19. Oleh sebab itu, UPKO meminta supaya darurat ini ditamatkan dengan segera," katanya dalam sidang media selepas sesi menghadap Al-Sultan Abdullah.
Selain itu, parti itu juga menolak penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ini kerana MAGERAN ini tidak melibatklan rakyat dan Parlimen, sebaliknya, MAGERAN hanya bergantung kepada kebijaksaan ahli-ahli dalam majlis itu.
"Dengan kata lain, ahli majlis itu hendaklah seolah-olah macam malaikat... maknanya mereka tidak mampu membuat kesilapan, kerana apabila satu kesilapan, rakyat akan memberontak," ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau khuatir sekiranya kesilapan berlaku oleh pentadbiran MAGERAN, ia akan turut menjejaskan nama dan imej Yang di-Pertuan Agong.
Dua perkara tersebut menjadi antara sembilan perkara yang disembah maklum pada sesi menghadap yang bermula 2.15 petang tadi dan berkahir 20 minit kemudian.
Berikut sembilan perkara yang disembah maklum oleh UPKO:
1. Darurat perlu ditamatkan dengan segera
2. Parlimen perlu dibuka semula dan kembali bersidang
3. Tubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang mencukupi
4. Wujudkan kestabilan politik melalui Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA)
5. Tolak cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
6. Segerakan inisiatif vaksinasi dan dilakukan secara inklusif
7. Utamakan bantuan kepada rakyat diperkemas dan disegerakan
8. Pemberian peranti komputer riba dipercepat dan capaian jalur lebar diperluas
9. Penyelarasan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan secara menyeluruh
Astro Awani
Mon Jun 14 2021
UPKO menolak penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto UPKO
Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini. dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang.
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.
Lawatan Negara Prabowo ke Malaysia penting bagi hubungan dua hala, ASEAN
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkunjung ke Malaysia minggu depan atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri
Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.
Kuasa pengampunan Agong tiada had - Haniff Khatri
Kuasa mutlak pengampunan sudah wujud di tangan Sultan dan Raja-Raja Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi, kata peguam Haniff Khatri.
YDP Agong santuni mangsa banjir di Kota Tinggi
Seri Paduka Baginda berkenan melawat PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.
Tahanan rumah timbulkan isu hak kesamarataan banduan - Peguam
Membenarkan Najib Razak menjalani tahanan rumah akan menimbulkan pertikaian mengenai hak layanan undang-undang sama-rata.
Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam...
Titah Adendum tidak wajar mengikat kerajaan untuk dilaksanakan sekiranya ia tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea dan 'baby' beliau.