KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tulisan jawi adalah sebahagian daripada identiti negara yang bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi diperkasakan kembali sebagai pemangkin kepada perpaduan melalui seni dan warisan.
Sehubungan itu, beliau berkata Pameran Jawi Jiwa Bangsa, Seni Tonggak Budaya anjuran Yayasan Budi merupakan suatu langkah yang tepat dan perlu diperluaskan ke seluruh negara.
"Tentunya sebagai sebuah negara bangsa, kita tidak mahu kehilangan identiti dan dalam hal ini, semangat, roh serta perkembangan tulisan jawi ini mesti sentiasa dihidupkan.
"Istilah adat istiadat di situ adalah budaya Melayu. Usaha penganjur pada hari ini merupakan langkah mulia dalam memperjuangkan hak-hak asasi budaya dan warisan Melayu sebagai jati diri dan warisan nasional.
"Saya yakin apabila pameran ini dan usaha-usaha promosi lainnya digembleng kemudian di kawasan-kawasan negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, potensi untuk memupuk skrip jawi ke tahap dan penerimaan semula masyarakat amat diyakini sifat positifnya," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran buku Budi Asas Tamadun dan Pameran Jawi Jiwa Bangsa, Seni Tonggak Budaya di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), hari ini yang turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.
Muhyiddin berkata ia bertepatan dengan Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan yang mentakrifkan Melayu hendaklah beragama Islam, bertutur secara lazim dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Perdana Menteri turut berharap institusi utama seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kerajaan negeri serta badan bukan kerajaan (NGO) akan bersama mempromosi aspek budaya dan warisan melalui aksara jawi.
Muhyiddin juga menyeru syarikat korporat terutamanya syarikat milik kerajaan (GLC), agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta kerajaan negeri agar memperbanyakkan penggunaan tulisan jawi sama ada dalam segmen papan tanda, acara festival dan sebagainya.
Beliau berpandangan bahawa setiap bangsa tidak harus mengabaikan elemen atau unsur-unsur warisan bangsanya.
Dalam konteks masyarakat majmuk, Muhyiddin berkata individu yang mempunyai minat dan keinginan untuk melibatkan diri dengan aspek seni, budaya dan warisannya, adalah amat wajar dan adil jika kerajaan memberi galakan setimpal.
Mengenai Buku Budi Asas Tamadun karya bersama Rais dan 13 penulis lain, perdana menteri berkata karya berkenaan amat sesuai untuk digarap dan digilap sebagai pembidang pemikiran.
Muhyiddin berkata dalam usaha menuju negara maju, budi seharusnya menjadi sebahagian inti jati diri serta batu asas kepada ketamadunan Malaysia yang tidak boleh dibiarkan hanyut lantaran pengaruh budaya luar.
Beliau berkata rakyat memiliki beberapa lunas tanggungjawab untuk bersama-sama membina masyarakat sopan-santun dan anak-anak bersahsiah.
"Kita juga sedar, seperti yang diutarakan dalam buku ini, budi adalah perisai kemuliaan hidup dan jika ia dijadikan sendi atau amalan masyarakat, saya penuh yakin dan percaya Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara yang punyai tamadun hebat dan akan dihormati oleh semua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 12 2021
Aksi persembahan tarian yang mempersonakan dipertontonkan pada Pelancaran Buku 'Budi Asas Tamadun' dan Jawi Jiwa Bangsa di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) hari ini. - BERNAMA
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Tulisan Jawi untuk seluruh rakyat Malaysia - Cikgu Lorenica
Lorenica Frenila Masundim, seorang guru berketurunan Rungus menyifatkan tulisan berkenaan adalah tulisan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Video ajar tulisan jawi, Cikgu Lorenica Frenila raih pujian
Kemahiran dalam penulisan jawi itu diperoleh Lorenica Frenila Masundim ketika menuntut di IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu pada 2010.
Mengukir Warisan: Kisah pembuat batu nisan Islam berbangsa Cina
Kuah Leong Chuan yang membuka perniagaannya di Kuala Selangor, mempunyai pelanggan yang datang dari sejauh Kelantan, Terengganu dan Johor.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Perlis wajib papan tanda tulisan jawi bermula 1 Februari
Kerajaan Perlis mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada setiap papan tanda premis perniagaan di seluruh negeri itu bermula 1 Februari hadapan.
[KOLUMNIS] Kisah Jawi: Anak tiri atau anak jati?
Di Malaysia usaha memartabatkan tulisan Jawi bermula pada era 50-an apabila kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi pada surat beranak.
Kurang mahir Jawi punca pengambilan calon peguam syarie Johor sedikit
Kurang mahir membaca tulisan Jawi menjadi antara punca jumlah pengambilan calon peguam syarie di Johor sedikit pada setiap tahun, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.
Jakim laksana polisi 30 peratus tulisan Jawi dalam penerbitan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melaksanakan polisi 30 peratus penggunaan tulisan Jawi dalam bahan promosi dan penerbitannya sebagai langkah memartabatkan semula tulisan itu.
Tulisan jawi identiti negara, perlu dipertahan dan diperkasa - PM Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tulisan jawi adalah sebahagian daripada identiti negara yang bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi diperkasakan kembali.
Dewan Rakyat: Pembelajaran tulisan jawi tetap diteruskan
Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi di SJK dan SK seperti yang diputuskan.