KUALA LUMPUR:Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) seperti yang diputuskan oleh Jemaah Menteri pada tahun lalu.
Timbalan Menteri Pendidikan, Muslimin Yahaya berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019 dan kementeriannya akur kepada arahan itu.
Elemen pengukuhan tulisan jawi dalam kalangan murid itu katanya, dilaksanakan melalui aktiviti pengayaan seperti membina modul pemulihan tulisan jawi dengan lebih mudah dan menarik untuk murid yang kurang menguasai tulisan jawi.
"Untuk maklumat seperti yang dimomokkan, kita bukan mengajar pelajar-pelajar kita menulis, bukan mengajar membaca berkaitan tulisan jawi.
"Sebaliknya, kita hanya dalam proses pengecaman, contohnya dalam duit kertas kita, ada tulisan jawi di belakang yang ada ditulis Bank Negara Malaysia dan Ringgit Malaysia," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Sabri Azit (PN-Jerai) yang bertanya sama ada kerajaan akan meneruskan pembelajaran tulisan jawi di SJK dan SK atau sebaliknya.
Menjawab soalan asal yang dikemukakan oleh Sabri berhubung kesinambungan tulisan jawi yang ditiadakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedangkan kursus-kursus berkaitan tulisan jawi disediakan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi, Muslimin berkata, kemahiran membaca dan menulis jawi masih lagi diuji dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) menerusi mata pelajaran Pendidikan Islam.
Selain mata pelajaran Pendidikan Islam, katanya, mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah menggunakan tulisan jawi sepenuhnya, termasuk dalam soalan peperiksaan.
"Ada sekolah yang melaksanakan kem pemulihan jawi bagi murid sekolah menengah. Selain itu, terdapat juga sekolah yang menganjurkan aktiviti kokurikulum bagi menanam minat murid dalam jawi.
"Justeru Kementerian Pendidikan yakin bahawa pendekatan yang digunakan setakat ini mampu mengekalkan kesinambungan tulisan jawi pada peringkat sekolah menengah," jelasnya lagi.
Umavathi Ramayah
Mon Dec 07 2020
Elemen pengukuhan tulisan jawi dalam kalangan murid dilaksanakan melalui aktiviti pengayaan seperti membina modul pemulihan tulisan jawi dengan lebih mudah. - Gambar hiasan/BERNAMA
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
Tulisan Jawi untuk seluruh rakyat Malaysia - Cikgu Lorenica
Lorenica Frenila Masundim, seorang guru berketurunan Rungus menyifatkan tulisan berkenaan adalah tulisan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Video ajar tulisan jawi, Cikgu Lorenica Frenila raih pujian
Kemahiran dalam penulisan jawi itu diperoleh Lorenica Frenila Masundim ketika menuntut di IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu pada 2010.
Mengukir Warisan: Kisah pembuat batu nisan Islam berbangsa Cina
Kuah Leong Chuan yang membuka perniagaannya di Kuala Selangor, mempunyai pelanggan yang datang dari sejauh Kelantan, Terengganu dan Johor.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Perlis wajib papan tanda tulisan jawi bermula 1 Februari
Kerajaan Perlis mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada setiap papan tanda premis perniagaan di seluruh negeri itu bermula 1 Februari hadapan.
[KOLUMNIS] Kisah Jawi: Anak tiri atau anak jati?
Di Malaysia usaha memartabatkan tulisan Jawi bermula pada era 50-an apabila kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi pada surat beranak.
Kurang mahir Jawi punca pengambilan calon peguam syarie Johor sedikit
Kurang mahir membaca tulisan Jawi menjadi antara punca jumlah pengambilan calon peguam syarie di Johor sedikit pada setiap tahun, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.
Jakim laksana polisi 30 peratus tulisan Jawi dalam penerbitan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melaksanakan polisi 30 peratus penggunaan tulisan Jawi dalam bahan promosi dan penerbitannya sebagai langkah memartabatkan semula tulisan itu.
Tulisan jawi identiti negara, perlu dipertahan dan diperkasa - PM Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tulisan jawi adalah sebahagian daripada identiti negara yang bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi diperkasakan kembali.
Dewan Rakyat: Pembelajaran tulisan jawi tetap diteruskan
Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi di SJK dan SK seperti yang diputuskan.