Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terserah sepenuhnya kepada Ahli Parlimen jika mereka mahu menukar parti politik, tetapi ia mesti dilakukan atas sebab yang kukuh.
Menurut Perdana Menteri, perbuatan melompat parti boleh diterima jika mereka merasakan mereka tidak boleh menyumbang kepada kerajaan atau parti mereka sekarang.
"Jika anda mengetengahkan diri anda sebagai ahli sesebuah parti dan disebabkan itu mungkin anda menang, dan selepas itu anda lompat (parti), itu bukanlah setia kepada janji anda sendiri.
"Bagaimanapun, sebaliknya, apabila berhadapan dengan kerajaan yang benar-benar lemah dan anda tidak boleh melompat parti serta terpaksa terus kekal dengan kerajaan, saya fikir ia tidak akan menyumbang kepada tadbir urus yang baik.
"Saya berpendapat anda perlu berupaya untuk lompat dan tukar parti," katanya pada sesi soal jawab Persidangan Perlembagaan dan Peraturan Perundangan LAWASIA, di sini hari ini.
Dr Mahathir ditanya sama ada kerajaan mempunyai sebarang cadangan untuk memperkenalkan undang-undang anti melompat parti.
Beliau menegaskan, cita-cita peribadi tidak seharusnya dijadikan sebab untuk melompat parti.
"Bukan sebab anda dapati diri anda rapat dengan perdana menteri, anda bermungkinan menjadi seorang menteri. Jika itulah sebabnya anda melompat parti, itu tidak bagus," katanya.
Kepada soalan lain berkaitan perpaduan nasional, Dr Mahathir berkata, pemupukan perpaduan perlu bermula sejak di peringkat sekolah dan kerajaan pernah mencadangkan supaya sekolah kebangsaan mempunyai tiga kaum utama di bawah satu bumbung tetapi cadangan itu ditolak.
"Adalah penting untuk mempunyai sistem nilai yang baik, terapkannya pada usia yang masih muda (tetapi) ia sukar kerana kita telah menerima bahawa kaum yang berlainan perlu berada di sekolah yang berlainan. Kami telah mencadangkan sebuah sekolah kebangsaan di mana semua kaum pergi ke sekolah yang sama tetapi cadangan itu ditolak.
"Kami cadangkan tiga buah sekolah di kampus yang sama di mana, semasa perhimpunan, mereka (pelajar) akan bermain bersama-sama, bukan mewakili sekolah, sebaliknya bahagian, kelas, rumah tertentu atau apa saja, tetapi ia ditolak," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau percaya sekiranya cadangan itu dilaksanakan, pelajar akan dapat kenal mengenal antara satu sama lain dan melupakan tentang perbezaan mereka, sekali gus mendukung perpaduan nasional. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 04 2019
Terserah kepada Ahli Parlimen jika mereka mahu menukar parti politik, tetapi ia mesti dilakukan atas sebab yang kukuh, kata Dr Mahathir. - Gambar fail BERNAMA
Perlis, destinasi pilihan lapan negara hidupkan budaya, warisan rantau Asia
Negeri Indera Kayangan itu mencipta lembaran pertukaran ilmu pelbagai negara untuk 'memberi nafas' terhadap budaya dan warisan di rantau Asia.
Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain - Exco
Kelantan rancang pindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.
Spotlight on ASEAN business: Charting new frontiers
Minister of Investment, Trade and Industry
Mpox: Rakyat Kelantan pulang dari negara berisiko diminta maklum JKNK
Rakyat Kelantan yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika seperti Republik Demokratik Congo diminta memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Levi’s Buka Semula Kedai Terbesar di Suria KLCC, Malaysia
Levi’s telah membuka semula kedai flagship terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC, seluas 393 meter persegi, dengan konsep NextGen Indigo dan pengalaman membeli-belah moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi unik serta opsyen personalisasi berinspirasi Malaysia.
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Ahli GISBH mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin ringan kerana baru timang anak ke-10
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Riza didakwa mengeluarkan ugutan berbunyi: "Kita tunggu, kita tahu dekat mana rumah, suami, dan keluarga" terhadap wanita berkenaan.
Siasatan ke atas GISBH, 740 rakaman percakapan direkod - KPN
Tindakan ini diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 18 September 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejajar jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah minggu depan, ringgit dijangka terus mengukuh dalam tempoh urus niaga singkat pada minggu ini.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 18 Sept 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi Ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.
Mana-mana wakil rakyat UMNO tinggalkan parti, akan dituntut RM100 juta
Tuntutan itu merupakan tindakan undang-undang yang ditetapkan sekiranya ada mana-mana wakil rakyat yang cuba melakukan perbuatan sedemikian.
Ahmad Zahid yakin tiada ahli Parlimen BN alih sokongan
Tiada keperluan ahli Parlimen BN untuk memberi sokongan terhadap pembangkang meskipun mereka mempunyai alasan politik tersendiri.
6 MP Bersatu nyata pendirian dalam sidang akhbar esok
Enam Ahli Parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian mereka dijadualkan mengadakan sidang akhbar khas pada Ahad.
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.
'Siapa berani lompat, silakan' - Sanusi
Muhammad Sanusi mencabar mana-mana wakil rakyat pembangkang yang berhasrat untuk beralih arah dan berada sebaris dengan kepimpinan blok kerajaan.
'Katak-katak politik tetap melompat, guna istilah lain' - Dr Akmal
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menilai semula tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.
Semua ADUN BN tidak akan 'lompat' - Wan Rosdy
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kesemua ADUN BN kepadanya semalam.
Warisan kekal utuh, tiada wakil rakyat keluar parti - Shafie
Kata Shafie, dakwaan yang ditimbulkan oleh pihak tertentu mengenai perkara itu sebagai berniat jahat dan cuba untuk menjatuhkan Warisan.
Masidi nafi 15 ADUN Bersatu Sabah sertai USNO
Masidi berkata penyebaran berita palsu tersebut adalah satu tindakan tidak bijak dan matang dalam usaha memecahbelahkan kerjasama GRS dan Barisan Nasional (BN).
Shafie Apdal dakwa kejatuhan kerajaan Warisan di Sabah berpunca daripada tawar-menawar
Katanya, budaya tawar-menawar membawa kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri melompat parti.