Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah nasib pasangan suami isteri Mahasan Salleh, 44, dan Sulaina Ismail, 38, yang terpaksa mengharungi kehidupan hanya bercahayakan lilin dan pelita selama hampir tujuh tahun tanpa bekalan elektrik.
Lebih menyedihkan apabila rumah yang gelap dan berbumbung bocor itu juga tempat mereka membesarkan lima anak mereka yang berusia antara enam hingga 13 tahun.
Sulaina berkata, disebabkan kedaifan hidup juga, mereka perlu berulang alik sejauh 200 meter bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian yang hanya diperoleh dari telaga tanah tidak jauh dari kawasan rumahnya.
"Bekalan elektrik rumah kami telah dipotong sejak tujuh tahun lepas akibat tunggakan bil elektrik sebanyak RM2,000 yang tidak mampu dilunaskan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Karang di sini, pada Ahad.
Katanya, akibat buntu dengan keadaan hidup yang menakutkan apabila menjelang malam, sejak beberapa bulan lepas Sulaina mengambil inisiatif memasang lampu menggunakan bateri motosikal namun masih dalam cahaya yang malap.
Sulaina berkata, kehidupan dia sekeluarga sangat susah memandangkan dia mengambil upah membuat kerja kampung dengan mendapat upah RM30 sebulan dan pendapatan suami hanya RM700 sebagai pengutip kelapa sawit di Gua Musang.
"Kehidupan kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa yang ada di dapur itulah yang kami makan dan ada ketika kesempitan, anak hanya diberi nasi putih berlaukkan ulam yang dipetik sekitar rumah.
"Malah, dugaan yang lagi berat apabila anak kedua saya Muhammad Syamsul,12, disahkan menghidap sakit jantung sejak enam bulan lepas yang memerlukan dia berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu bagi mendapatkan rawatan susulan," katanya.
Sulaina juga penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan yang digunakan untuk keperluan persekolahan anak.
Terdahulu, Penggerak Thirdforce Rantau Panjang Tuan Zaimah Raja Omar mengunjungi keluarga ini dan menyampaikan sumbangan keperluan asas termasuk beras, susu dan gula.
"Pihak kami berharap sedikit sebanyak dengan sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga ini dan kita akan cuba membantu mendapatkan sumbangan orang ramai jika ada," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini bagi meringankan beban boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Bank Islam bernombor 03-027-02-063690-5 atas nama Sulaina Ismail.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 03 2019
Bekalan elektrik rumah kami dipotong sejak tujuh tahun lepas akibat tunggakan bil elektrik sebanyak RM2,000 yang tidak mampu dilunaskan, kata Sulaina. - Gambar hiasan
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekalan elektrik ke Timur Sabah pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Timur Sabah dari tengah hari tadi, telah pulih sepenuhnya pada 5.24 petang, menurut Sabah Electricity.
Ribuan terputus bekalan elektrik selepas ribut petir landa South Australia
Ribuan penduduk di South Australia (SA) terputus bekalan elektrik selepas ribut petir kuat melanda negeri itu, menyebabkan kerosakan pada talian kuasa.
Malaysia capai penjimatan elektrik RM2.21 bilion setakat Jun 2024
Malaysia mencapai kejayaan penting dalam kecekapan tenaga, yang disifatkan sebagai bahan api pertama peralihan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
SESB bakal laksana pemasangan meter pintar
Sabah Electricity akan laksana projek pemasangan meter pintar dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu.
Korban Taufan Shanshan meningkat kepada enam, 125 cedera di Jepun
Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang.
Taufan Debby: Angka kematian di AS cecah 4, lebih 150,000 tanpa bekalan elektrik
Di seluruh negeri Florida dan Georgia, kira-kira 153,000 orang telah terputus bekalan elektrik oleh taufan itu.
Taufan Debby landa Florida Big Bend, banjir besar dijangka
Taufan Debby tiba di pedalaman di wilayah Florida Big Bend dengan banjir besar dijangka berlaku di tenggara AS.
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
600,000 terputus bekalan elektrik di Rusia akibat panas melampau - Kementerian Tenaga
Suhu luar yang sangat tinggi menjadi punca gangguan besar bekalan elektrik di beberapa kawasan di Rusia.
Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Manchester berjalan seperti biasa susulan gangguan elektrik
Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Manchester di United Kingdom dijangka "berjalan seperti biasa" pada Isnin selepas mengalami gangguan bekalan elektrik pada hujung minggu.