SHAH ALAM: Polis menahan tujuh lelaki berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an, bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan yang berlaku di sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang dekat sini semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua suspek terbabit, ditahan pada hari yang sama dan hasil siasatan mendapati, punca pergaduhan tersebut disebabkan oleh perselisihan faham melibatkan kumpulan motosikal.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Terdahulu tular sebuah video berdurasi 30 saat, memaparkan pergaduhan membabitkan lebih daripada 10 orang lelaki yang berbalas pukulan, dan membaling kerusi kepada individu lain.
Sementara itu, mengulas berhubung mogok lapar yang memasuki hari ketiga di luar penjara Sungai Buloh, Hussein berkata seramai 44 ahli keluarga termasuk lapan kanak-kanak, masih berada di kawasan tersebut setakat 2 petang tadi.
"Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 4 (2)(f) dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, serta Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan polis nasihatkan mereka yang terlibat supaya bersurai," katanya.
Media melaporkan kira-kira 100 ahli keluarga kepada 69 tahanan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), melancarkan mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh sejak Isnin lalu (31 Julai).
Dalam pada itu, Hussein berkata sebanyak 272 laporan diterima polis setakat ini sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dan daripada jumlah itu, tujuh kertas siasatan dibuka dengan kebanyakan kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023

Tangkap layar video tular yang memaparkan pergaduhan membabitkan lebih daripada 10 orang lelaki yang berbalas pukulan, dan membaling kerusi kepada individu lain. - Ihsan pembaca
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Lima lelaki ditahan insiden merusuh di kedai makan
Polis menahan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden merusuh di sebuah premis makan di Jalan Bunga Raya, Layang-Layang, di sini, 6 November lalu.

Tujuh ditahan berhubung insiden gaduh di restoran Pandan Indah
Polis menahan tujuh lelaki berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an, bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan yang berlaku di sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang.

Dua kumpulan lelaki bergaduh baling kerusi di restoran
Tular di media sosial rakaman dua kumpulan lelaki bergaduh di sebuah restoran di Pandan Indah pada Selasa.