KUALA LUMPUR: Seramai tujuh ahli panel badan pemantau bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima surat cara pelantikan hari ini.
Kesemua mereka dilantik sebagai Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) yang merupakan lantikan semula dan baharu.
Surat cara pelantikan itu disampaikan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tan Sri Abu Zahar Ujang diiringi Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mereka dilantik secara pentadbiran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ahli panel badan pemantau bebas SPRM bagi tempoh dua tahun.
"Kesemua individu yang dilantik tersebut terdiri daripada golongan profesional serta pakar daripada pelbagai bidang yang diyakini dapat membantu SPRM dalam mencapai matlamat mewujudkan masyarakat yang membenci rasuah di pelbagai sektor.
Tempoh pelantikan ahli PPPR lantikan semula dan baharu ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022 hingga 30 Jun 2024," menurut kenyataan itu.
Ahli-ahli PPPR terdiri daripada bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Borhan Dolah yang dilantik sebagai pengerusi dan merupakan lantikan semula.
Turut dilantik semula Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin manakala Naib Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik pada 1 April lepas.
Empat ahli PPPR yang baharu adalah bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Prof Emerita Datuk Dr Asma Ismail, Gabenor Institut Tabdir Urus Korporat Malaysia Datin Yasmin Tan Sri Ahmad Merican, Penasihat Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod serta Pengasas dan Pengerusi Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd Ali Hassan Mohd Hassan.
Menurut SPRM, antara peranan ahli PPPR ialah menasihati SPRM bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pemeriksaan dan perundingan terhadap amalan, sistem dan tatacara kerja di sektor awam dan swasta yang membuka ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah.
"PPPR juga berperanan membantu SPRM sebagai komunikator utama dalam meraih sokongan masyarakat, pihak media dan sektor-sektor yang dikenal pasti terhadap usaha-usaha pencegahan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mereka dilantik secara pentadbiran oleh Perdana Menteri sebagai ahli panel badan pemantau bebas SPRM bagi tempoh dua tahun. - Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rundingan Selatan Thailand catat kemajuan, PEDP dan BRN terima pelan tindakan perdamaian
Kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional Melayu Pattani (BRN) pada dasarnya menerima Pelan Komprehensif Bersama ke arah Keamanan (JCPP) yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Tujuh ahli panel badan pemantau bebas SPRM terima surat cara pelantikan
Kesemua mereka dilantik sebagai Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) yang merupakan lantikan semula dan baharu.