Tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mudah apabila berdepan dengan pelbagai situasi dan cabaran keselamatan negara, bahkan ia lebih kompleks dalam dunia digital sekarang ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata berdasarkan perkembangan dan cabaran semasa, PDRM bukan sahaja berhadapan dengan jenayah konvensional malah ancaman pengganas yang adakalanya amat luar biasa.
"Oleh itu, PDRM perlu menanganinya secara strategik, tegas dan berkesan. Kerajaan amat berpuas hati dengan tahap profesionalisme dan keupayaan yang diperlihatkan oleh anggota PDRM dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan demi memastikan negara kekal selamat dan terjamin.
"Memandangkan negara di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka pada tahun ini tiada sambutan Peringatan Hari Polis ke-213 diadakan. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh anggota PDRM dan keluarga atas pengorbanan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Hari Polis ke-213 yang disambut hari ini (25 Mac).
Hamzah mengharapkan agar anggota PDRM akan terus memberikan khidmat terbaik kepada negara sebagai petugas barisan hadapan yang diamanahkan untuk menguatkuasakan PKP ini.
"Saya berdoa semoga usaha kerajaan dan kita semua dapat membendung penularan COVID-19 dengan jayanya, insyaAllah.
"Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bersama-sama dengan PDRM iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan kesemua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya.
Hamzah juga mengucapkan syukur kerana rakyat memahami arahan PKP dan secara keseluruhan tahap kepatuhan sudah bertambah baik bahkan jumlah kes ketidakpatuhan juga semakin berkurangan.
Beliau turut menzahirkan rasa simpati kepada anggota PDRM dan keluarga yang terdedah dan dijangkiti COVID-19.
"Dalam waktu yang getir ini, saya berdoa agar mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi cabaran ini dan kembali sembuh secepat mungkin, KDN akan memastikan kebajikan mereka dan ahli keluarga terbela," katanya.
Hamzah berkata dalam memastikan kedaulatan negara dan ketenteraman awam terus terjamin, beliau memohon agar rakyat memahami bahawa tanggungjawab ini bukan sahaja terletak di bahu PDRM bahkan ia adalah tanggungjawab bersama.
"Sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Polis ke-213. Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat mereka demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan Negara Malaysia. Yakinlah, ia satu khidmat yang mulia dan diberkati Allah.
"Bagi pihak kerajaan, saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PDRM atas segala khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kemakmuran negara yang kita sayangi," katanya.
Hari Polis Ke-213 itu akan disambut secara serentak di seluruh negara pada tarikh baharu dengan mengekalkan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 24 2020
Kerajaan amat berpuas hati dengan tahap profesionalisme dan keupayaan yang diperlihatkan oleh anggota PDRM dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan demi memastikan negara kekal selamat dan terjamin. - Gambar hiasan
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM250,000 untuk tujuan latihan bidang keusahawanan dan digital untuk anak muda Liga Muslim Pulau Pinang.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
TM sokong keputusan rangkaian 5G kedua, komited terhadap pertumbuhan digital
TM percaya langkah itu akan memacu transformasi digital Malaysia, kesalinghubungan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang merentasi sektor.
Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital
Kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman.
'Belanjawan 2025 perlu tumpu pemulihan sistem pendidikan pasca pandemik'
Anuar berkata, antara perkara yang perlu dipertimbang ialah meningkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan digital di sekolah.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
ASEAN lancar inisiatif celik AI disokong geran Google bernilai AS$5 juta
Inisiatif dipimpin Yayasan ASEAN dan disokong geran AS$5 juta daripada Google.org, dilancarkan pada Forum Peluang AI Asia Tenggara pada Rabu.
Jurang digital dirapatkan dengan CONNECTme, inisiatif e-dagang dan telekesihatan – MEASAT
Teknologi satelit telah digunakan untuk merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai infrastruktur ketersambungan asas.
Lebih 3,000 usahawan desa dilatih menerusi program pendigitalan
6,000 produk usahawan desa dimasukkan ke dalam rekod sistem dagang kementerian bagi meningkatkan pendapatan melalui pemasaran dalam talian.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.