KUALA LUMPUR: Jemaah menteri bersetuju supaya Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) di Glasgow, Scotland.
Menurut kenyataan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada Jumaat, beliau akan menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi dan menyampaikan kenyataan negara di persidangan tersebut pada 9 hingga 10 November.
Sebelum ini, delegasi negara ke COP26 diketuai Ketua Setiausaha KASA Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.
Tuan Ibrahim bakal memeterai kedua-dua deklarasi dan ikrar yang dilancarkan di COP26 bagi melindungi alam sekitar dan menangani perubahan iklim.
“Jemaah menteri juga telah bersetuju supaya Malaysia menandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah dan Ikrar Metana Global bagi menunjukkan komitmen dan usaha progresif negara untuk melaksanakan tindakan perubahan iklim yang akan menyumbang kepada matlamat global,” menurut kenyataan itu.
“Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah bertujuan memperkukuh komitmen negara-negara terhadap penggunaan tanah, pemuliharaan dan pengurusan hutan serta ekosistem yang lain secara mampan.
“Penyertaan Malaysia bersama-sama dengan 131 negara lain dalam deklarasi ini adalah selaras dengan komitmen negara untuk terus mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai hutan dan litupan pokok.”
Manakala bagi Ikrar Metana Global, Malaysia akan menyertai 103 negara lain untuk bersama “mengurangkan pelepasan metana global sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2030 berbanding tahapnya pada tahun 2020”.
Tambah kenyataan itu lagi, Malaysia komited untuk bersama negara-negara ahli Perjanjian Paris dalam usaha mengekalkan purata peningkatan suhu global abad ini supaya tidak melebihi 2 darjah Celcius serta meneruskan tindakan mitigasi bagi mengehadkan suhu supaya tidak melebihi 1.5 darjah Celcius.
Pada masa yang sama, Tuan Ibrahim pada Jumaat memaklumkan melalui Facebook bahawa jemaah menteri telah meluluskan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (2021-2030) LCMB pada 29 Oktober lalu.
“Pelaksanaan LCMB berpotensi mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 165 juta tan menjelang tahun 2030 bersamaan dengan pengurangan 3 juta kenderaan di atas jalan raya atau penanaman sebanyak 410 juta pokok yang dapat bertindak sebagai 'carbon sink' bagi penyerapan karbon.”
Astro Awani
Fri Nov 05 2021
Menurut kenyataan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man akan menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi dan menyampaikan kenyataan negara di persidangan tersebut pada 9 hingga 10 November. - Gambar fail
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Kes Zahid: Tuan Ibrahim nafi keluar kenyataan
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan mengeluarkan kenyataan membabitkan keputusan kes mahkamah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
PRU15: Kes projek tebatan banjir dirujuk SPRM - Polis
Kes isu fitnah membabitkan Rafizi terhadap Tuan Ibrahim berkaitan projek tebatan banjir dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut, kata PDRM.
PRN Johor: Pas, Bersatu dijangka tanding lebih 40 kerusi - Tuan Ibrahim
Pembahagian kerusi antara Pas dan Bersatu masih di peringkat perbincangan dan ia hanya akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Perikatan Nasional PRN negeri Johor nanti.
PRN Melaka jadi kayu ukur hala tuju Pas-PN dalam PRU15 - Tuan Ibrahim
PRN Melaka yang dijangka menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PN, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) itu, amat penting dalam menentukan masa depan Pas dalam PN.
Pas tidak berhasrat undur diri daripada Muafakat Nasional - Tuan Ibrahim
Pas tidak berhasrat untuk mengundur diri daripada Muafakat Nasional (MN) meskipun berlaku pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Tuan Ibrahim ketuai delegasi ke COP26, meterai Deklarasi Pemimpin
Malaysia menandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah dan Ikrar Metana Global.
Abdul Hadi, Tuan Ibrahim menang tanpa bertanding
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu tahun ini.
Ahli PAS mempromosi pembentukan parti lain akan digugur keahlian - Tuan Ibrahim
Mana-mana ahli PAS yang bertindak mempromosi pembentukan parti lain atau berusaha untuk menarik ahli PAS lain untuk keluar dari parti akan digugurkan keahliannya secara automatik.
'PAS tidak akan sesekali bergabung dengan UMNO', kata Tuan Ibrahim
PAS tidak akan sesekali bergabung dengan UMNO sebagaimana yang kecoh dibicarakan dalam media sosial sekarang, kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.
'Jika hilang Selangor, PAS hilang peluang berdakwah' - Husam
PAS akan kehilangan peluang berdakwah di Selangor sekiranya kemelut politik di negeri itu berlarutan sehingga membawa kepada pilihan raya negeri.