PAS akan kehilangan peluang berdakwah di Selangor sekiranya kemelut politik di negeri itu berlarutan sehingga membawa kepada pilihan raya negeri.
Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa berkata PAS mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi sembilan daripadanya menang dengan majoriti tipis.
“Yang menjadi persoalan, 15 kerusi kita menang dengan undi yang tipis. Kita bimbang takut-takut kita hilang kerusi itu.
“Dan kalau kita kehilangan kerajaan negeri Selangor, kita kehilangan peluang dakwah, bukan kehilangan pangkat dan jawatan, yang telah dibukakan oleh Allah,” kata Husam.
Tambahnya, adalah penting untuk menjaga harapan dan kepercayaan pengundi bukan Islam yang telah memberikan kepercayaan kepada parti dan perlu didokong untuk jangka masa panjang.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli PAS agar lebih bijak dalam menyuarakan pendapat mereka dengan menggunakan saluran yang betul.
Tindakan itu bagi memelihara hubungan ukhwah sesama jemaah di dalam parti.
“Teguran kita mungkin niat baik. Kalau nak tegur Presiden tak apa, guna saluran yang ada supaya jemaah dapat pelihara.
“Tak banyak program yang bersifat informal (tidak formal), perlu ada hubungan yg informal, ukhwah akan terjalin,” kata Tuan Ibrahim.
Beliau berkata demikian pada penggulungan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini.
Astro Awani
Sat Sep 20 2014

HUSAM: PAS akan kehilangan peluang berdakwah di Selangor sekiranya kemelut politik di negeri itu berlarutan kepada pilihan raya negeri. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

SPNB perkenal cat insulasi guna sekam padi pada RMR
SPNB memperkenalkan cat insulasi panas menggunakan sekam padi pada Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah seliaan agensi itu.

SPNB adakan perbincangan dengan kerajaan negeri bina RMR generasi kedua
SPNB melakukan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak bagi melaksanakan projek pembinaan Rumah Mesra Rakyat khusus untuk generasi kedua.

Projek sakit, Aspire Residence Cyberjaya siap September 2023 - Husam Musa
Projek kediaman Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) Aspire Residence Cyberjaya di Cyber 10 di sini yang dikategorikan sebagai 'projek sakit' akan siap September ini.

Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu
Husam dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd Nizar Zakaria.

PRU15: Husam 'dipinang'; Johari Abdul, Sivarasa digugurkan, ini senarai penuh calon PKR
Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu, Datuk Husam Musa diumumkan akan bertanding mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-15.

PRU15: Husam sah tidak bertanding di Kelantan
Tindakan tersebut adalah salah satu strategi parti yang telah ditentukan pimpinan di peringkat pusat.

Pas tidak tergugat dengan tuduhan Husam
Pendedahan dilakukan Husam yang juga Ketua Amanah Kota Bharu didakwa lebih terarah kepada tuduhan terhadap pentadbiran kerajaan negeri itu.

Saman RM60 juta: "Cubaan untuk menghalang pendedahan saya" - Husam Musa
"Insya-Allah saya bertanggung jawab di atas dakwaan dan pertanyaan saya berkaitan kes kecurian balak di kompartmen terbabit." - Husam Musa

Syarikat pembalakan, pemilik fail saman RM60 juta terhadap Husam
Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM60 juta di atas dakwaan berbaur fitnah berkaitan isu pembalakan di hutan simpan kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.

'Ambil tindakan tegas terhadap pencuri balak' - Husam
Terdapat kira-kira 43 longgokan balak yang terletak di sebelah matau Daulah Najah Sdn. Bhd kini telah disita oleh JPSM.