Video tindakannya menangkap peragut yang tular di media sosial mendatangkan tuah buat Shazrin Hafeez Fadzlan apabila perniagaan burger yang dilakukan secara sambilan 'diserbu' orang ramai.
Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berusia 26 tahun itu berkata sepanjang menjalankan perniagaan di Jalan Anggerik 40, Taman Johor Jaya di sini, sejak tiga tahun lepas, belum pernah gerai burgernya mendapat sambutan hangat seperti malam, semalam.
"Saya berniaga burger sebagai pendapatan sampingan, bermula pada pukul 7 petang hingga 11.30 malam. Kebiasaannya, boleh jual antara 60 hingga 70 biji burger sehari namun semalam saya menjual lebih 200 biji burger.
"Saya tidak sangka video kejadian itu tular dengan pantas di media sosial dan saya amat berterima kasih dengan sokongan ditunjukkan orang ramai.
"Sekiranya saya berpeluang melakukan perkara sama pada masa depan, saya tidak akan teragak-agak untuk membantu masyarakat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Selasa lepas tular di media sosial mengenai video memperlihatkan tindakan berani Shazrin Hafeez bergelut dengan seorang peragut di tempat meletak kenderaan di Jalan Austin Height 8/9, Taman Mount Austin.
Mengulas mengenai kejadian itu, Shazrin Hafeez berkata ketika itu dia sedang menjalankan tugas memeriksa petak letak kenderaan berkupon sebelum terdengar jeritan seorang wanita meminta tolong.
"Sebaik menoleh ke arah jeritan itu, saya ternampak peragut tersebut terjatuh daripada motosikalnya ketika cuba melarikan diri.
"Tanpa berfikir panjang, saya terus meluru ke arah peragut tersebut dan berusaha untuk menahannya. Tindakan itu adalah automatik tanpa mengambil kira risiko yang mungkin berlaku.
"Mujur orang awam yang berada di sekitar turut datang membantu menahan peragut tersebut," katanya yang mengalami kecederaan kecil pada tangan kanan akibat pergelutan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020
Selasa lepas tular di media sosial mengenai video memperlihatkan tindakan berani Shazrin Hafeez bergelut dengan seorang peragut di tempat meletak kenderaan di Jalan Austin Height 8/9, Taman Mount Austin.
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Seorang maut, 49 lagi jatuh sakit di AS akibat jangkitan E.Coli
Semua individu ditemu bual melaporkan makan di McDonald's sebelum penyakit mereka bermula.
Burger McDonald's dijual di pasaran gelap Rusia
McDonald's pada Selasa mengumumkan bahawa ia akan menghentikan operasi di Rusia.
Bermula sebagai peniaga burger, kini miliki 70 rangkaian hotel
Pengasas Hotel Zamburger berjaya mengambil alih 67 hotel butik termasuk tiga hotel di Indonesia dalam masa 15 bulan.
Sebab bukan hanya 23 burger laku di DoplohTiga
Peniaga burger di tepi jalan mendedahkan ada sebabnya kenapa lebih 23 biji burger laku di restoran burger DoplohTiga setiap hari sekali pun semasa makan di dalam restoran tidak dibenarkan semasa PKP.
Isu kompaun: Perlu ada budi bicara, perikemanusiaan dalam mengambil tindakan - PM
Perdana Menteri meminta agar pihak berkuasa mengamalkan budi bicara dan perikemanusiaan dalam mengambil sebarang tindakan.
Neelofa bantu bayar kompaun? 'Rasa mudah sikitlah' - Peniaga burger
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menerusi muat naik status Instagram Story beliau memaklumkan telah berhubung dengan peniaga burger itu menerusi peguamnya.
Tuah tangkap peragut, burger hero MBJB laris
Video tindakannya menangkap peragut yang tular di media sosial mendatangkan tuah buat Shazrin Hafeez Fadzlan apabila perniagaan burger yang dilakukan secara sambilan 'diserbu' orang ramai.
Hina PDRM, ATM: Asri Janggut akan dipanggil Bukit Aman
DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata Mohd Asri akan dipanggil untuk diambil keterangannya dalam minggu ini oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ.
Lindungi premis haram: Empat penguat kuasa MBSA direman tujuh hari
Mereka ditahan SPRM semalam kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan tanpa lesen.
Seorang lagi anggota penguatkuasa MBSA ditahan terima rasuah - SPRM
Suspek keempat itu merupakan anggota penguatkuasa MBSA dari Cawangan Sungai Buloh.