Kuala Lumpur: BUKAN setakat 23 biji burger yang laku, malah jualannya senang-senang kutip RM8,000 sehari.
Hanya berniaga burger, kemudiannya menambah nasi lemak pada menu, tetapi juga menggunakan burger sebagai lauk sampingan.
Itu strategi pemasaran Restoran DoplohTiga, letaknya di tepi jalan masuk menuju ke Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
"Asalnya menu di restoran cuma burger, macam-macam burger ada, ayam dan daging, jualan memang memberangsangkan. Patti burger dihasilkan sendiri, begitu juga roti. Tetapi ramai bertanyakan nasi lemak, jadi kita hasilkan Nasi Lemak berlaukkan burger ayam dan daging,'' kata pengasas dan pemilik DoplohTiga, Ahmad Zaidi Masri.
Setiap hari katanya, lebih 23 burger bertukar tangan dengan pelanggan. Begitu juga Nasi Lemak Ayam dan Daging, lebih 23 bungkus laris dijual.
"Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini, ramai yang mengeluh hilang punca pendapatan, kami begitu juga, walaupun ramai yang gemar burger, jualan merosot sehinggakan sukar untuk mendapatkan jualan cecah walaupun RM1,000 sekali pun.
"Tetapi, kami tidak mengalah dan berserah. Apa yang dibuat, inovasi dan adaptasi mengikut kesesuaian dan perintah sekatan yang dilaksanakan. Sebagai jurutera yang mendapat ilmu dari Jepun, saya gemarkan buat pembangunan dan penyelidikan, R&D.Paling saya suka, R&D bidang makanan termasuk burger,'' tambah Ahmad Zaidi semasa ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
Kata beliau, prinsip "Ikigai" asalnya dari Jepun digunapakai dalam ilmu perniagaan yang diusahakannya. Antara lain katanya, "Ikigai" menanamkan apa yang gemar dibuat, pandai hasilkan, apa kehendak dunia mahukan dan sesuatu perkara mendatangkan wang.
"Saya suka makan burger, saya pandai hasilkan burger selepas R&D dibuat. Saya juga tahu penduduk dunia tetap mahu makan dan minum untuk hidup dan peniagaan burger yang lain daripada yang lain semestinya mendatangkan wang. Prinsip ini saya amalkan. Kerana itu, walaupun peraturan dine-in tidak dibenarkan, paling tidak 23 biji burger akan laku di DoplohTiga," ujar beliau.
Strategi pemasaran berdasarkan prinsip "Ikigai" ditambah baik dengan menguasai media sosial bagi memastikan restoran burger yang letaknya di kaki lima bangkit dan seterusnya kekal bertapak dalam industri penyediaan makanan dan minuman F& B di sebalik pelbagai sekatan akibat pandemik Covid-19 yang menipiskan poket usahawan serta peniaga.
Antara platform yang digunakan termasuk Instagram dan Google.
"Kedua-dua platform media sosial ini banyak membantu DoplohTiga mencipta jenama seterusnya viral, sehinggakan setiap hari ada sebabnya bukan hanya 23 biji burger laku di DoplohTiga. Malah, sejak menggunakan Google, restoran burger ini tersenarai antara yang paling banyak dicari peminat burger. Sudah tentu, ia memudahkan lebih ramai pelanggan tahu dan membeli burger yang dihasilkan," kata beliau yang juga menyimpan hasrat menembusi pasaran burger halal di Fukuoka, Jepun dalam tempoh dua tahun lagi.
Keistimewaan DoplohTiga yang sudah enam tahun usianya, ialah penggunaan patti dihasilkan sendiri sama ada daging dan ayam. Bukan itu sahaja, kilang khas turut menghasilkan roti khusus untuk burger DoplohTiga.
Manakala sos yang dihasilkan juga eksklusif dan hanya ada di Doploh Tiga berdasarkan kepada R&D yang dijalankan, kata Ahmad Zaidi.
Bergerak ke hadapan, DoplohTiga bukan sahaja mahu membuka restoran burger dan melebarkan sayapnya di Jepun, tetapi mahu melatih sebanyak mana usahawan makanan berdasarkan kepada prinsip "Ikigai" yang diamalkannya.
Pada masa ini, selain di Titiwangsa, DoplohTiga mempunyai cawangan di Setiawan dan Melaka.
Kini DoplohTiga turut memiliki pengangkutan sendiri untuk memudahkan penghantaran kepada para pelanggan yang menjadi peminat burger serta nasi lemak.
Burger yang dijual di DoplohTiga adalah berharga antara RM12 hingga RM40.
Azlinariah Abdullah
Tue Jul 20 2021
Ahmad Zaidi Masri, pemilik dan pengasas DoplohTiga, restoran yang menawarkan burger unik, menggunakan patti, roti dan sos dihasilkan sendiri selepas R&D dilakukan. - Gambar Astro AWANI
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
[TERKINI] A.S mahu ambil alih Gaza, apa kesannya?
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Kemalangan parkiran bertingkat hospital tiada unsur sabotaj
Insiden membabitkan kereta Honda WRV yang melanggar tembok penghalang di aras 3B parkiran pada 1.15 tengah hari itu berlaku akibat kecuaian.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4285/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 semalam.
AWANI Pagi: Projek Singgah Kopi
Diskusi #AWANIpagi mengenai kerjasama MyFundAction dan INTEC Education College untuk membina usahawan belia melalui projek Singgah Kopi.
Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah - MetMalaysia
Kawasan yang dijangka terlibat ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah.
[TERKINI] Konflik Gaza: A.S akan ambil alih gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
China lancar siasatan 'antitrust' ke atas Google
China melancarkan siasatan antitrust terhadap syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik Pentadbiran Negara China untuk Peraturan Pasaran pada Selasa.
Google Search kini ada permainan mini 'Block Breaker'
Buka sahaja Google Search dan cari Block Breaker, akan ada kad memaparkan permainan ini bersama-sama dengan koleksi permainan yang lain.
Teluk Mexico ditukar kepada Teluk Amerika dalam peta Google
Perubahan itu hanya akan dapat dilihat di AS, tetapi masih kekal sebagai Teluk Mexico di Mexico.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
Gemini akan tiba ke Google TV untuk rumus berita siaran langsung
Ciri AI baharu yang dijana Gemini, News Brief, akan mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber berita sahih.
Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.