Panel hakim Tribunal Awam Tetap (PPT) mengenai Myanmar yakin bahawa pertuduhan jenayah kejam terhadap etnik Rohingya dan Kachin perlu diputuskan oleh mahkamah berdasarkan bukti yang dikemukakan semasa sesi pembukaan pada 6 hingga 7 Mac di London.
"Berdasarkan semua keterangan yang diberikan kepada panel, adalah jelas pihak tentera masih meneruskan malahan meningkatkan penindasan meskipun berlaku peralihan kepada apa yang dikatakan kerajaan demokratik dan awam yang sebilangan besar orang termasuk etnik Kachin dan Rohingya, meletakkan harapan yang tinggi," kata panel tiga anggota itu.
Kenyataan mereka pada sesi penggulungan dimuat naik dalam laman web PPT.
Ketiga-tiga hakim itu ialah Daniel Feierstein, bekas presiden International Association of Genocide Scholars; Denis Halliday, bekas penolong setiausaha Pertubuhan Bangsa Bersatu dan pemenang Hadiah Keamanan Antarabangsa Gandhi pada 2003; dan Helen Jarvis, bekas pegawai hal ehwal awam di Tribunal Khmer Rouge.
Mereka berkata sesi pendengaran diadakan kerana kurangnya respon kepada pencabulan kritikal terhadap hak etnik di Myanmar, serta permintaan yang dikemukakan oleh 19 pertubuhan Rohingya pada 24 Nov, 2016.
"Kerajaan Myanmar telah dimaklumkan mengenai Sesi Pembukaan ini dan dijemput untuk menyertai tetapi malangnya ia tidak hadir. Bagaimanapun, kenyataan ini akan diserahkan kepada mereka bersama Pertuduhan Awal dan kami sekali lagi menegaskan bahawa mereka kemungkinan perlu membentangkan kes mereka pada sesi penuh yang akan datang," kata para hakim.
Sesi penuh akan diadakan dalam masa enam bulan akan datang dengan tujuan untuk menghasilkan penghakiman yang sewajarnya.
Selama dua hari, panel hakim telah mendengar dakwaan yang dikemukakan oleh kedua-dua kumpulan dan juga mendengar keterangan lisan daripada saksi-saksi dan pakar selain tayangan video dan dokumentasi bertulis berhubung dakwaan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan terhadap masyarakat Kachin dan Rohingya.
"Tribunal itu diberitahu secara terperinci mengenai pencabulan sistematik hak asasi manusia seperti pembunuhan termasuk penyembelihan bayi dan kanak-kanak, rogol, buruh paksa, kemusnahan rumah dan penafian hak asas untuk makanan, pencarian nafkah, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan kewarganegaraan," kata mereka.
Dalam kenyataan, panel hakim melahirkan penghargaan mendalam kepada kebanyakan mangsa yang berani tampil memberi keterangan dan kepada peguam, penyelidik dan aktivis yang mengumpul dokumen untuk dikemukakan sebagai bukti kepada PPT.
Mereka juga menggesa PBB, ASEAN dan badan-badan antarabangsa yang lain supaya bertindak susulan situasi itu dan menggesa media supaya terus memberi liputan dan melaporkan krisis kemanusiaan ini, serta mendedahkan kebenaran tentang apa yang berlaku.
"Kami juga menaruh kepercayaan kepada komitmen berterusan pergerakan sosial di seluruh dunia untuk berdiri teguh atas semangat perpaduan dan memberi bantuan serta bertindak secara berkesan," kata mereka.
Sementara itu, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), yang tampil pada sesi pendengaran PPT sebagai saksi pakar, berpuas hati mereka dapat berkongsi testimoni dengan 35 etnik Rohingya yang ditemuramah di Malaysia.
Ketua Eksekutifnya Azril Mohd Amin berkata CENTHRA telah berjaya mendokumentasi testimoni etnik Rohingya secara terperinci dan, sistematik, dan PPT mengambil perhatian khusus terutama pencabulan hak asasi manusia terhadap etnik tersebut.
PPT menghargai usaha dan sumbangan pasukan peguam CENTHRA. Ia merupakan pengalaman paling bermanfaat untuk bekerjasama dengan wakil dan penyokong PPT yang komited dan kami menaruh harapan kepada sesi seterusnya," kata beliau kepada Bernama dari London melalui aplikasi WhatsApp Messenger.
PPT yang ditubuhkan pada 1979, adalah tribunal pendapat umum diiktiraf antarabangsa yang berfungsi secara bebas dan setakat ini telah mengadakan 43 sesi pendengaran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2017
Panel hakim PPT mengenai Myanmar yakin bahawa pertuduhan jenayah kejam terhadap etnik Rohingya dan Kachin perlu diputuskan oleh mahkamah. - Gambar fail
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
PM Anwar selamat tiba di tanah air selepas lawatan ke empat negara
Dalam lawatan empat negara tersebut, Anwar turut bertemu pemimpin dunia serta menyatakan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30
Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam usaha ASEAN menyatakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi tindakan iklim di COP30 di Brazil tahun hadapan.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.