IPOH: Sebuah treler yang membawa muatan besi terbakar sebanyak 20 peratus di kilometer (km) 276.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kebakaran itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada pemandu atau melibatkan mangsa.
Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.41 malam, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dengan dibantu lori tangki dari Simpang Pulai bergegas ke lokasi.
"Anggota bomba menggunakan satu aliran hose reel dengan sumber air dari tangki jentera sehingga kebakaran tersebut berjaya dipadam sepenuhnya," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Kosaidi Mohd Saad itu tamat pada jam 11.38 malam.
Aida Aziz
Fri Jan 06 2023

Sebuah treler yang membawa muatan besi terbakar sebanyak 20 peratus di kilometer (km) 276.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan. - Foto JBPM Perak
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Treler muatan besi terbakar di lebuh raya
Sebuah treler yang membawa muatan besi terbakar sebanyak 20 peratus di kilometer (km) 276.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.

Treler alami masalah brek rempuh kenderaan lain di Lebuhraya KLK
Sebuah treler muatan besi yang mengalami masalah brek antara lima kenderaan terlibat dalam kemalangan di kilometer (KM) 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur hari ini.

Pembonceng motosikal maut digilis tayar treler, suami cedera
Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan iaitu treler dan motosikal datang dari arah sama, Bagan Serai menuju ke Semanggol.

Seorang maut, treler terbalik hempap lapan kenderaan, 21 basikal
Treler yang membawa muatan besi terbalik dan menghempap mangsa, enam buah kenderaan, dua buah motosikal dan 21 buah basikal.

Dua maut, treler muatan besi terbabas
Pemandu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala manakala kelindan pula tercampak ke luar kenderaan.