Nelayan tempatan menemukan satu mayat wanita yang tersangkut pada pukat tunda mereka di perairan antara Pulau Mengalum dan Pulau Tiga pagi tadi, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Pengarah APMM Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata mayat wanita berbaju merah dan berseluar hitam itu ditemukan kira-kira 9.25 pagi.
"Mayat itu ditemukan di kedudukan lapan batu nautika barat daya Pulau Mengalum dan 13 batu nautika timur laut daripada tempat bot karam serta 20 batu nautika barat laut Pulau Tiga," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Adam berkata mayat terbabit telah diserahkan kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang dihantar ke lokasi dan kini dalam perjalanan ke jeti Pasukan Polis Marin.
"Pasukan itu dijangka tiba di jeti pada 12.30 tengah hari dan mayat akan dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat," katanya.
Adam berkata identiti mayat akan disahkan selepas itu bagi menentukan sama ada ia ada kaitan dengan tragedi bot katamaran yang karam Sabtu lalu ataupun tidak.
Mengulas lanjut, beliau berkata penemuan mayat itu turut dijadikan petunjuk bagi pasukan SAR untuk mencari mangsa bot karam yang masih hilang di perairan berkenaan.
"Sehubungan itu, saya sudah menghubungi persatuan nelayan bagi membantu dalam operasi ini dengan memasang pukat tunda di kawasan sekitar lapan batu nautika dari Pulau Mengalum," katanya.
Mengenai operasi SAR yang masuk hari kelapan hari ini, Adam berkata usaha mencari enam mangsa yang masih hilang dilakukan di kawasan seluas 1,900 batu nautika persegi.
Pencarian membabitkan perairan Sabah dan Miri, Sarawak serta Brunei Darussalam itu melibatkan 16 aset masing-masing empat kapal, tujuh bot dan lima pesawat udara.
Dalam tragedi 10 pagi Sabtu lepas, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum, 56 km di barat laut Kota Kinabalu.
Setakat ini 25 mangsa dijumpai termasuk tiga yang maut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2017
![Tragedi katamaran: Nelayan temukan satu mayat - APMM Tragedi katamaran: Nelayan temukan satu mayat - APMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61485928888_SARbotkaramSabah.jpg)
Operasi SAR masuk hari kelapan hari ini. - Foto APMM
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
![2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju 2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731053581_jejunelayan.jpg)
2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.
![Bot regata karam masih belum ditemukan - Pengarah UKPS Bot regata karam masih belum ditemukan - Pengarah UKPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729430971_SungaiSarawak.jpg)
Bot regata karam masih belum ditemukan - Pengarah UKPS
Bot regata yang karam di Sungai Sarawak hingga meragut nyawa lima kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), masih belum ditemukan.
![Bot karam: Operasi SAR hari kedua ditangguh, tiada petunjuk baharu Bot karam: Operasi SAR hari kedua ditangguh, tiada petunjuk baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729345509_TBsar.jpg)
Bot karam: Operasi SAR hari kedua ditangguh, tiada petunjuk baharu
JBPM telah melakukan 10 selaman setelah mengesan objek di dasar sungai, namun kesemuanya menunjukkan keputusan negatif dengan penglihatan sifar.
![Bot lalui lokasi latihan regata perlu perlahankan pergerakan - Polis Bot lalui lokasi latihan regata perlu perlahankan pergerakan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729328515_botkaram.jpg)
Bot lalui lokasi latihan regata perlu perlahankan pergerakan - Polis
Peserta regata turut disaran memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan selain penganjur pertandingan perlu menyediakan bot pengiring.
![Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716641409_DrownGeneric.jpg)
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
![Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723808841_pangkor.jpg)
Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.
![Bapa mangsa harap bangkai bot dijumpai, yakin anak terperangkap Bapa mangsa harap bangkai bot dijumpai, yakin anak terperangkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723590373_bapamangsabotkara.jpg)
Bapa mangsa harap bangkai bot dijumpai, yakin anak terperangkap
Dia percaya anak perempuannya terperangkap di dalam satu ruang tertutup di dalam bot berkenaan.
![Operasi carilamat mangsa bot karam ditamatkan Operasi carilamat mangsa bot karam ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723553923_TBmaritim.jpg)
Operasi carilamat mangsa bot karam ditamatkan
Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua mangsa bot karam di perairan Kemaman ditamatkan pada 7 malam ini.
![Operasi mencari mangsa bot karam diteruskan pagi ini Operasi mencari mangsa bot karam diteruskan pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723515780_MaritimMalaysia.jpg)
Operasi mencari mangsa bot karam diteruskan pagi ini
Operasi yang memasuki hari ketiga akan melibatkan sektor pencarian seluas 407.8 batu nautika termasuk di laut dan udara.
!['Pertama kali Aina sertai rombongan, tak sangka bertukar tragedi'- Bapa 'Pertama kali Aina sertai rombongan, tak sangka bertukar tragedi'- Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723503791_bapamangsabotkara.jpg)
'Pertama kali Aina sertai rombongan, tak sangka bertukar tragedi'- Bapa
Kali terakhir Muhamad Husaini bertemu anaknya, Aina Husna ialah pada Khamis lalu, ketika menemani untuk membeli barangan keperluan mencandat sotong.