SIBU:Tidak sampai 24 jam sebelum upacara pembakaran mayat berlangsung di Taman Peringatan Nirvana, ahli keluarga mangsa tragedi jeti feri Triso kini amat memerlukan bantuan orang ramai untuk menampung sebahagian daripada kos upacara itu.
Abang mendiang Lorna Ting, Hing Ping berkata keluarga mereka memerlukan lebih RM20,000 untuk menampung kos lebih RM60,000 bagi upacara itu.
"Kami sudah mempunyai lebih RM40,000 setakat ini. Sudah empat hari adik saya dan anak-anaknya meninggal dunia. Upacara pembakaran mayat perlu dilakukan esok," katanya kepada Bernama hari ini.
Hing Ping berkata derma orang ramai boleh disalurkan melalui akaun Public Bank Berhad miliknya, nombor akaun 6836868234 atau berjumpa beliau secara peribadi di Rumah Mayat Sibu.
BACA: Tragedi Feri Triso: Berat hati tapi kena terima hakikat mereka tiada - Suami Lorna
BACA: Tragedi Feri Triso: Gadis tular mendakap bayi tak bernyawa luah rasa pilu
Beliau berkata ada beberapa individu telah berjanji untuk membantu setekat ini masih belum menyerahkannya.
"Kami dengan rasa rendah diri meminta orang ramai membantu kami supaya dapat meneruskan upacara itu," katanya.
Lorna Ting, 33, serta dua anak lelakinya, Alvin, 12 dan Wallace, 7, meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya bersama enam ahli keluarga lain terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di jeti Feri Triso, Sebuyau pada Jumaat lepas.
Turut terkorban dalam tragedi itu ialah kakaknya, Siti Aishah Abdullah, 36, dan lima anaknya, Mohd Aiman Mohd Hamzah, 7, Muhd Mustaqin, 5, Khairunnisa, 14, Nor Shuhada, 16 dan Mohd Ahmad berumur empat bulan. Mereka dalam perjalanan ke Kuching untuk menghantar anak perempuan Siti Aishah ke sekolah madrasah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021
-Saya tak tunggu-tunggu, saya terus pergi. Tiada guna untuk saya tunggu di rumah saja. Saya terus saja memasuki kereta dan pergi ke Hospital Sri Aman seperti dimaklumkan oleh abang ipar saya." - Gambar fail
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.
Tragedi Feri Triso: PBB bantu keluarga mendiang Lorna Ting
Keluarga mendiang mangsa tragedi kereta terjunam ke sungai Batang Lupar dekat Sebuyau menerima bantuan kewangan daripada Parti Pesaka Bumiputera (PBB) bagi melaksanakan urusan pengebumian.
Pegawai JKR ditempatkan di pangkalan feri di Sarawak bermula esok
Kerajaan Sarawak memutuskan untuk menempatkan seorang pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) di setiap pangkalan feri di negeri itu berkuat kuasa serta-merta.
Tragedi Feri Triso: Ustazah tak sempat hadiahkan al-Quran
Impian Fera Indah itu tidak kesampaian apabila Shuhada Mohamad Hamzah, 16, dan adiknya Khairunnisa Mohamad Hamzah, 14, bersama lima lagi ahli keluarga mereka meninggal dunia
Tragedi Feri Triso: Gadis tular mendakap bayi tak bernyawa luah rasa pilu
Christina berkongsi kesedihan yang dirasai apabila dua ibu saudara dan tujuh sepupu yang cukup rapat sejak mereka kecil kini meninggal dunia di depan matanya sendiri.
Tragedi Feri Triso: Polis tunggu laporan kimia
Polis Daerah Sri Aman masih menunggu laporan kimia sebelum melengkapkan laporan kes kemalangan maut melibatkan sembilan sekeluarga di Pangkalan Feri Triso dekat Sebuyau pada Jumaat.
Tragedi Feri Triso: Berat hati tapi kena terima hakikat mereka tiada - Suami Lorna
Namun, susuk tubuh Phang Wei Bing perlu cekal menerima ketentuan itu. Walaupun perit dan terseksa semuanya sudah terjadi.
Tragedi Feri Triso: Pengebumian tiga lagi mangsa ditunda
Pengebumian tiga mangsa kemalangan kenderaan terjunam ke sungai di Pangkalan Jeti Triso di Batang Lupar akan disempurnakan pada Selasa, 5 Januari ini.
Tragedi Feri Triso: Shahril tak fikir tentang buaya, hanya mahu selamatkan mangsa
Saksi sanggup terjun menyelamatkan mangsa walaupun tahu sungai Batang Lupar banyak buaya.
Tragedi Feri Triso: Enam beranak disemadi dalam satu liang lahad
Enam daripada sembilan mangsa insiden kereta terjunam ke sungai di Batang Lupar dekat Sebuyau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, Simanggang.
Tragedi feri Triso: Kita datang dari Allah, kita pergi kepada Allah - Suami mangsa
Ketika ditemui di Hospital Sri Aman, Mohd Hamzah nampak cekal dan penuh tertib menjawab semua pertanyaan pemberita.