SIMANGGANG:Enam daripada sembilan mangsa insiden kereta terjunam ke sungai di Batang Lupar dekat Sebuyau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, Simanggang.

Jenazah allahyarham Siti Aishah Abdullah, 36 tahun bersama lima anaknya dikebumikan dalam satu liang lahad.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu apabila suami mangsa, Mohd Hamzah Razali sendiri membantu menurunkan jenazah ahli keluarganya.

Terdahulu, jenazah Siti Aishah bersama lima anaknya masing-masing Nor Shuhada Mohamad hamzah, 16, Khairunnisa Mohd hamzah,14, Mohd Aiman Mohd Hamzah 7, Muhd Mustaqim Mohd Hamzah 5 dan anak bongsunya, Mohd Ahmad Mohd Hamzah yang berusia empat bulan diuruskan di Hospital Sri Aman.

Kesemua jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Bandar Sri Aman sebelum dibawa ke tanah perkuburan itu. 

Dalam pada itu tiga ahli keluarga yang beragama kristian pula masing-masing Ronany Ting, 33, Wallace Phang, 7, dan Alvin Phang 12, akan dibawa ke Sibu petang Sabtu untuk urusan pengebumian di Nirvana Sibu Memorial Park, Jalan Sibu-Bintulu, pada pagi Ahad.

Jenazah enam beranak dikebumikan dalam satu liang lahad.


BACA: Tragedi Feri Triso: Saya reda, kerana syurga buat mereka - anak mangsa

BACA: Tragedi feri Triso: Kita datang dari Allah, kita pergi kepada Allah - Suami mangsa

BACA: Tragedi Feri Triso: Sembilan maut kenderaan pacuan empat roda terjunam ke sungai