KUCHING:“Saya berjanji nak hadiahkan al-Quran baharu kerana al-Quran Shuhada sudah koyak dan usang," luah Fera Indah Febriyani, tenaga pengajar di Madrasah Tarbiyatul Islamiyah Lil Banat Attoyibah, Samariang, Kuching.
Impian Fera Indah itu tidak kesampaian apabila Shuhada Mohamad Hamzah, 16, dan adiknya Khairunnisa Mohamad Hamzah, 14, bersama lima lagi ahli keluarga mereka meninggal dunia dalam tragedi kereta terjunam ke sungai Batang Lupar dekat Sebuyau pada Jumaat lalu.
Perasaan ralat sudah pasti menghantui Fera Indah yang telah bersama-sama kedua-dua mangsa selama tiga tahun mereka menjalani pengajian agama dan tahfiz di madrasah tersebut.
Mengimbau kembali momen-momen indah sepanjang mengajar dan membimbing mereka, akui Fera Indah kedua-dua mereka mempunyai perwatakan menyenangkan, tertib dan tidak bermasalah.
Malah, katanya, mereka juga telah menghafaz lapan juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun.
"Alhamdulillah, kedua-dua mereka berjaya menghafaz masing-masing lapan dan lima juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun dan mereka menghafaz dengan cepat sekali," jelasnya ketika ditemui Astro AWANI.
Menceritakan lanjut, Fera Indah berkata, kesemua pelajar di madrasah itu baru sahaja selesai menjalani ujian akhir penggal kedua.
Sementara, dia tidak sempat menyampaikan khabar gembira kepada allahyarham Khairunnisa yang memperoleh kedudukan pertama daripada 19 pelajar kelas 1.
"Khairunnisa mendapat kedudukan pertama dan keputusan yang memberangsangkan manakala Shuhada pula mendapat kedudukan keenam," tambahnya.
Kehilangan dua insan turut dirasai salah seorang sahabat karib mereka, Nur Azizah Buang, 21.
Allayarham Shuhada dan Khairunnisa merupakan juga pintar dalam pelajaran sementelah menjadi ketua kumpulan ketika sesi mengulang kaji.
"Mereka adalah ketua kumpulan kami ketika belajar. Kami sentiasa merujuk subjek tertentu kepada Khairunnisa manakala Shuhada pula untuk teknik hafazan," ujarnya.
Dibuka pada 1 April 2016, madrasah yang bekerjasama dengan Pondok Pesantren Al-Fatah Temboro, Magetan Jawa Timur Indonesia dan telah diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).
Nuzuluddin Abdul Razak
Mon Jan 04 2021
![Tragedi Feri Triso: Ustazah tak sempat hadiahkan al-Quran Tragedi Feri Triso: Ustazah tak sempat hadiahkan al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609760138_MADRASAHKESELAMATAN.jpg)
Akui Fera Indah kedua-dua mereka mempunyai perwatakan menyenangkan, tertib dan tidak bermasalah. - Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Tragedi Feri Triso: PBB bantu keluarga mendiang Lorna Ting Tragedi Feri Triso: PBB bantu keluarga mendiang Lorna Ting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609770163_MANGSAFERITRISO.jpg)
Tragedi Feri Triso: PBB bantu keluarga mendiang Lorna Ting
Keluarga mendiang mangsa tragedi kereta terjunam ke sungai Batang Lupar dekat Sebuyau menerima bantuan kewangan daripada Parti Pesaka Bumiputera (PBB) bagi melaksanakan urusan pengebumian.
![Pegawai JKR ditempatkan di pangkalan feri di Sarawak bermula esok Pegawai JKR ditempatkan di pangkalan feri di Sarawak bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609759976_JULAIHIFERI.jpg)
Pegawai JKR ditempatkan di pangkalan feri di Sarawak bermula esok
Kerajaan Sarawak memutuskan untuk menempatkan seorang pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) di setiap pangkalan feri di negeri itu berkuat kuasa serta-merta.
![Tragedi Feri Triso: Ustazah tak sempat hadiahkan al-Quran Tragedi Feri Triso: Ustazah tak sempat hadiahkan al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609760138_MADRASAHKESELAMATAN.jpg)
Tragedi Feri Triso: Ustazah tak sempat hadiahkan al-Quran
Impian Fera Indah itu tidak kesampaian apabila Shuhada Mohamad Hamzah, 16, dan adiknya Khairunnisa Mohamad Hamzah, 14, bersama lima lagi ahli keluarga mereka meninggal dunia
![Tragedi Feri Triso: Gadis tular mendakap bayi tak bernyawa luah rasa pilu Tragedi Feri Triso: Gadis tular mendakap bayi tak bernyawa luah rasa pilu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51609670290_Lemas.jpg)
Tragedi Feri Triso: Gadis tular mendakap bayi tak bernyawa luah rasa pilu
Christina berkongsi kesedihan yang dirasai apabila dua ibu saudara dan tujuh sepupu yang cukup rapat sejak mereka kecil kini meninggal dunia di depan matanya sendiri.
![Tragedi Feri Triso: Polis tunggu laporan kimia Tragedi Feri Triso: Polis tunggu laporan kimia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609667838_DSPBingkokJohn.jpg)
Tragedi Feri Triso: Polis tunggu laporan kimia
Polis Daerah Sri Aman masih menunggu laporan kimia sebelum melengkapkan laporan kes kemalangan maut melibatkan sembilan sekeluarga di Pangkalan Feri Triso dekat Sebuyau pada Jumaat.
![Tragedi Feri Triso: Berat hati tapi kena terima hakikat mereka tiada - Suami Lorna Tragedi Feri Triso: Berat hati tapi kena terima hakikat mereka tiada - Suami Lorna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51609663712_SuamiLorna.jpg)
Tragedi Feri Triso: Berat hati tapi kena terima hakikat mereka tiada - Suami Lorna
Namun, susuk tubuh Phang Wei Bing perlu cekal menerima ketentuan itu. Walaupun perit dan terseksa semuanya sudah terjadi.
![Tragedi Feri Triso: Pengebumian tiga lagi mangsa ditunda Tragedi Feri Triso: Pengebumian tiga lagi mangsa ditunda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609639267_pengebumiansibu.jpg)
Tragedi Feri Triso: Pengebumian tiga lagi mangsa ditunda
Pengebumian tiga mangsa kemalangan kenderaan terjunam ke sungai di Pangkalan Jeti Triso di Batang Lupar akan disempurnakan pada Selasa, 5 Januari ini.
![Tragedi Feri Triso: Shahril tak fikir tentang buaya, hanya mahu selamatkan mangsa Tragedi Feri Triso: Shahril tak fikir tentang buaya, hanya mahu selamatkan mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61609588462_Saksitriso.jpg)
Tragedi Feri Triso: Shahril tak fikir tentang buaya, hanya mahu selamatkan mangsa
Saksi sanggup terjun menyelamatkan mangsa walaupun tahu sungai Batang Lupar banyak buaya.
![Tragedi Feri Triso: Enam beranak disemadi dalam satu liang lahad Tragedi Feri Triso: Enam beranak disemadi dalam satu liang lahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51609582102_pengebumian.jpg)
Tragedi Feri Triso: Enam beranak disemadi dalam satu liang lahad
Enam daripada sembilan mangsa insiden kereta terjunam ke sungai di Batang Lupar dekat Sebuyau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, Simanggang.
![Tragedi feri Triso: Kita datang dari Allah, kita pergi kepada Allah - Suami mangsa Tragedi feri Triso: Kita datang dari Allah, kita pergi kepada Allah - Suami mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71609578845_lelaki.jpg)
Tragedi feri Triso: Kita datang dari Allah, kita pergi kepada Allah - Suami mangsa
Ketika ditemui di Hospital Sri Aman, Mohd Hamzah nampak cekal dan penuh tertib menjawab semua pertanyaan pemberita.