Kegembiraan sebuah keluarga untuk pulang beraya di kampung bertukar tragedi apabila kenderaan mereka terbabit kemalangan dekat Gurun, Kedah menyebabkan seorang anggota keluarga meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata dalam kejadian jam 1.45 petang itu, kereta jenis Toyota Wish dinaiki enam sekeluarga terbabit dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor ke Anak Bukit, Alor Setar.
Menurut Adzli, ketika di Kilometer 81.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran kawasan Rehat Dan Rawat (R&R) Gurun, kereta mereka hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri sebelum merempuh penghadang besi di tepi lebuh raya.
Akibat kemalangan, mangsa Azli Jaafar, 54, yang duduk di sebelah pemandu cedera parah dan meninggal dunia setelah tersepit.
Isteri mangsa, Norpisah Ahmad, 50, serta dua anak perempuan mereka, Nurafiqah Azli, 20, dan Nuraqila Azli, 25, cedera parah.
Anak mangsa, Muhammad Asyraf Azli, 28, dan Mohamad Aqil, 26, hanya mengalami cedera ringan.
Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat dan rawatan.
Punca kejadian sedang dikenal pasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jun 02 2019
Keadaan kereta yang dinaiki enam sekeluarga itu selepas kemalangan. -Astro AWANI
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Motif pembunuhan dua beranak dipercayai akibat keganasan rumah tangga - Polis
Motif pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar semalam dipercayai akibat keganasan rumah tangga.
Adzli Abu Shah dilantik Timbalan Ketua Polis Kedah baharu
Lantikan Adzli bagi menggantikan DCP Datuk Abu Samah Mohd Noor yang menjadi Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Tukang kebun meninggal dunia selepas baca Al-Quran
Abdul Wahab yang bertugas di SK Darulaman dikatakan sedang membaca Al-Quran di bahagian belakang ruang solat sebelum tiba-tiba rebah.
Polis buru enam lelaki pecah masuk kedai peralatan elektrik
Polis memburu enam lelaki yang dipercayai memecah masuk sebuah kedai peralatan elektrik dan melarikan 24 gulung wayar tembaga serta beberapa peralatan lain di Taman Beringin Indah awal pagi tadi.
Lelaki maut dilanggar lori selepas kelar leher ibu
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6 hingga 7 pagi di mana suspek turut memotong cuping telinga mangsa sebelum bertindak melarikan diri.
Fenomena air pasang: Tujuh lokasi berisiko dikenal pasti di Kuala Muda
Air sedalam 0.1 meter mula memasuki rumah pada jam 12 tengah malam dan mula surut beberapa jam kemudian.
Polis kenal pasti identiti lelaki bertongkat
Polis sudah mengenal pasti lelaki misteri yang muncul di pekarangan sebuah rumah awal pagi Khamis lalu.
Polis tahan dua lelaki keluar kata kesat, ugut rempuh SJR
Lelaki berusia 44 tahun yang menunggang sebuah motosikal ini kemudiannya mengeluarkan kata-kata kesat termasuk berkata 'arahan bodoh semua ini'.
Majikan perlu bawa pekerja guna pengangkutan bersesuaian - KSM
Pemandu lori berkenaan disaman kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan kerana menggunakan Lesen Kenderaan Memandu (LKM) bagi tujuan lain.
Nelayan hilang selepas bot dipanah petir ditemui mati
Mayat Mohd Nasir ditemui nelayan tempatan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh di muara Sungai Merbok pada pukul 12.30 tengah malam.