ALOR SETAR: Dua lelaki ditahan selepas menghalang tugas penjawat awam termasuk ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) daerah Kuala Muda dalam dua kejadian berasingan di Sungai Petani pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian pertama, seorang lelaki telah mengeluarkan kata-kata kesat semasa diarahkan berpatah balik oleh anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) PKPD Jalan Bakar Arang, dekat sini pada jam 1.35 petang.
Menurutnya, lelaki yang bekerja sebagai pemandu bas kilang itu telah dimaklumkan bahawa dalam tempoh PKPD tiada sebarang pergerakan keluar dari kawasan itu dibenarkan dan anggota polis telah mengarahkan untuknya berpatah balik, namun dia enggan melakukannya.
"Lelaki berusia 44 tahun yang menunggang sebuah motosikal ini kemudiannya mengeluarkan kata-kata kesat termasuk berkata 'arahan bodoh semua ini'.
Dia mendakwa hendak mengambil makanan daripada mak ciknya di kawasan berdekatan lampu isyarat Bakar Arang.
"Anggota yang bertugas bertindak meminta dokumen pengenalan diri daripada lelaki itu sebanyak tiga kali untuk diperiksa, namun dia terus berkeras untuk tidak memberi kerjasama.
Lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sementara itu, dalam lagi satu kejadian berasingan, seorang lelaki berusia 47 tahun telah melakukan ugutan jenayah di SJR PKPD Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, Bedong, dekat sini kira-kira jam 1.15 petang.
Adzli berkata, lelaki yang tidak bekerja tersebut enggan beri kerjasama dan telah mengugut anggota bertugas dengan berkata akan merempuh SJR.
Menurutnya, lelaki berkenaan terus memecut laju melepasi sekatan jalan raya selain cuba merempuh anggota yang cuba menghalang kenderaannya.
"Kejadian tersebut dimaklumkan kepada bilik gerakan daerah Covid-19 Kuala Muda dan anggota Unit Rondaan Bermotosikal serta unit Task Force Bedong berjaya menahan lelaki tersebut di rumahnya di Taman Bandar Baru dan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan lanjut,"ujarnya.
Jelas Adzli, hasil siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan adalah pemegang kad OKU (sakit mental) dan didapati baru selesai menghantar jirannya seorang wanita untuk dialisis di sebuah hospital swasta, dekat sini.
"Selepas selesai menghantar perempuan berkenaan, lelaki itu hendak masuk ke kawasan PKPD kerana rumahnya berada di dalam kawasan ini.
Dia mahu pulang ke rumah dan hendak keluar semula menghantar makanan kepada jirannya namun tidak dibenarkan," katanya.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan 506 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16(1) Pencegahan serta Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) Pelan Pemulihan Negara 2021.
"Kedua-dua lelaki ini telah ditahan pada Rabu dan polis akan mendapatkan perintah reman pada Khamis," ujarnya lagi.
Artikel asal di Sinar Harian: Polis tahan dua lelaki keluar kata kesat, ugut rempuh SJR
Sinar Harian
Wed Jul 07 2021

Seorang lelaki yang tidak bekerja enggan beri kerjasama dan telah mengugut anggota bertugas dengan berkata akan merempuh SJR. -Gambar hiasan

Warga emas tampar lelaki bukan Islam dituduh semula
Warga emas yang dipercayai menampar seorang pemuda kerana tidak berpuasa di sebuah pasar raya di bandar raya ini akan dituduh semula di Mahkamah Majistret pada petang Rabu.
Trump dedah dokumen rahsia pembunuhan JFK
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendedahkan dokumen sulit berkaitan pembunuhan John F. Kennedy pada 1963.
Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM untuk beri keterangan hari keempat
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya sekitar pukul 9.57 pagi Rabu.
RUU PSB: lindungi hak pemilik, pampasan lebih adil - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) menyebabkan orang melayu dan bumiputera kehilangan tempat di bandar.
Insiden Tampar: PM Anwar tegur insiden Pemuda Cina ditampar
Insiden seorang pemuda Cina yang ditampar seorang lelaki warga emas kerana makan di khalayak ramai di sebuah pusat beli-belah mendapat perhatian Perdana Menteri.

Trump dedah 80,000 halaman dokumen berkaitan pembunuhan JFK
Arkib Negara Amerika Syarikat (AS) mendedahkan kira-kira 80,000 halaman dokumen rasmi yang diubah status berkaitan pembunuhan Presiden John F Kennedy (JFK) pada 1963.
Empat R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan, empat hentian Rehat dan Rawat (R&R) sementara di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dijangka siap dibina beberapa hari sebelum Aidilfitri tahun ini
[TERKINI] Trafik lebuh raya cecah 2 juta kenderaan sempena Aidilfitri
PLUS menjangkakan lebih 2 juta kenderaan sehari di lebuh raya menjelang Aidilfitri, dengan langkah pengurusan trafik termasuk SmartLane, larangan kenderaan berat, dan peningkatan kemudahan di R&R.

Nora fail permohonan cerai
Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin memaklumkan telah mengemukakan permohonan perceraian dengan suami, Dr Rushdi Ramli.

Padang SNBJ cantik, sedia untuk aksi final Piala Malaysia April ini
Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dilihat berada dalam keadaan cukup baik dan bersedia untuk dijadikan sebagai pentas aksi final Piala Malaysia 2024-2025 pada 12 April ini.

Bekas ratu cantik didakwa tumbuk polis, guna dadah
Seorang bekas ratu cantik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menumbuk anggota polis dan menggunakan dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC), semalam.

Polis tahan dua lelaki keluar kata kesat, ugut rempuh SJR
Lelaki berusia 44 tahun yang menunggang sebuah motosikal ini kemudiannya mengeluarkan kata-kata kesat termasuk berkata 'arahan bodoh semua ini'.