Trafik penumpang udara Malaysia dijangka berkembang pada kadar lebih pantas iaitu 4.9 peratus tahun ini, meningkat daripada 2.5 peratus tahun lepas.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengunjurkan trafik penumpang domestik akan berkembang 7.6 peratus manakala trafik penumpang antarabangsa sebanyak 2.4 peratus.
"Pertumbuhan domestik lebih tinggi itu adalah pembetulan daripada kapasiti lebih rendah yang dicatatkan pada 2018. Pengumuman yang dibuat baru-baru ini berhubung pengecualian visa selama 15 hari turut ditawarkan kepada pelancong China dan India hingga Disember 2019 akan membantu meningkatkan trafik," menurut syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, pada Khamis.
MAHB berkata, aktiviti sokongan pelancongan diperlukan untuk meningkatkan jumlah trafik matang.
Syarikat itu berkata, harga minyak mentah Brent yang dijangka terus rendah pada 2019 juga merupakan faktor positif bagi industri perjalanan udara.
"Bagaimanapun, pertumbuhan trafik dijangka kekal terjejas dengan perubahan ketara persekitaran makroekonomi walaupun harga minyak mentah dijangka rendah," menurutnya.
MAHB berkata krisis perdagangan antara Amerika Syarikat dan China masih menjadi kebimbangan kepada industri.
Tahun lepas merupakan tempoh mencabar bagi industri penerbangan berikutan situasi tidak menentu.
Pergerakan penumpang Malaysia meningkat 2.5 peratus kepada 99 juta penumpang (2017: 8.5 peratus), dengan pergerakan domestik dan antarabangsa masing-masing meningkat 0.4 peratus dan 4.5 peratus.
Sementara itu, angka penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (Istanbul SGIA) menokok 8.8 peratus kepada 34.1 juta, sekali gus melonjakkan jumlah keseluruhan penumpang yang dikendalikan rangkaian lapangan terbang MAHB kepada 133.1 juta pada 2018 - jumlah tertinggi yang pernah direkodkan.
Bagaimanapun, prospek pertumbuhan penumpang bagi Istanbul SGIA adalah sederhana kepada 4.3 peratus tahun ini disebabkan had kapasiti sementara menunggu pembukaan landasan kedua, kata MAHB.
Pengendali lapangan terbang itu berkata pertumbuhan tahun lepas disokong oleh kekerapan tambahan oleh syarikat penerbangan, kesambungan terus serta laluan baharu yang tidak ditawarkan oleh syarikat penerbangan lain sebelum ini.
Prestasi trafik penumpang Malaysia didorong terutamanya oleh sektor antarabangsa.
60 bandar antarabangsa yang menjadi destinasi penerbangan dari Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua angka berbanding tahun lepas, termasuk Tianjin, Brisbane, Jeju, Cam Ranh, Ningbo, Guiyang, Sihanouk, Nanjing, Honolulu, Jinjiang, Bhubaneswar, Zhengzhou dan Amritsar.
MAHB berkata AirAsia Group Bhd, Malaysia Airlines Bhd dan Malindo Air merupakan penyumbang utama kepada trafik antarabangsa pada 2018.
Tahun itu menyaksikan tiga syarikat penerbangan baharu - Citilink Garuda Indonesia, Condor Flugdienst dan Indigo Airlines - memulakan operasi mereka di Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.
Selain itu, Thai AirAsia juga mula menawarkan operasi penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dari Lapangan Terbang Don Muang manakala Qatar Airways memulakan perkhidmatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Doha.
TUI Airways juga memulakan operasi sewaan dua minggu sekali dari Birmingham ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Keseluruhannya, pergerakan penumpang keseluruhan di KLIA dan klia2 berjumlah 60 juta penumpang.
Daripada jumlah ini, 31.9 juta penumpang terbang dari klia2 dan baki 28.1 juta penumpang dari KLIA.
Sementara itu, pergerakan pesawat meningkat 2.8 peratus didorong pertumbuhan yang dicatatkan pergerakan antarabangsa dan domestik masing-masing 6.0 peratus dan 0.8 peratus.
MAHB berkata faktor muatan keseluruhan berada pada 74.4 peratus pada 2018, 1.9 mata peratusan kurang daripada 2017, manakala pergerakan kargo susut 0.9 peratus kepada 965,149 tan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 10 2019
MAHB berkata, aktiviti sokongan pelancongan diperlukan untuk meningkatkan jumlah trafik matang.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.