Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan terima kasih kepada penduduk Permatang Pauh yang turut membantu melakarkan sejarah baharu Malaysia dengan menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Timbalan Perdana Menteri berkata Permatang Pauh merupakan satu titik permulaan sejarah negara dicipta sehingga mencapai kejayaan rakyat Malaysia menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Justeru, katanya, kini adalah masa untuk menaikkan semula nama negara di mata dunia di bawah kerajaan baharu.
"Selepas sekian lama meninggalkan Permatang Pauh, saya teruja dengan sokongan yang masih diberikan oleh penduduk di sini," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, di sini malam tadi.
Lebih 2,000 pengunjung menghadiri majlis itu Dataran Rakyat Guar Perahu dekat Penanti di sini dan antaranya Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta beberapa pemimpin kerajaan negeri.
Terdahulu, Anwar, yang turut berucap, berkata beliau tidak berhasrat bertanding semula sekarang, sebaliknya akan hadiri program-program penerangan mengenai rancangan kerajaan PH membina semula negara.
Ketua Umum PKR itu berkata beliau akan bertolak ke Turki esok untuk menghadiri program bersama Presiden Recep Tayyip Erdogan.
"Saya baru balik dari London sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan semua orang nak tahu semangat perpaduan Malaysia yang berbilang kaum sehingga mampu menjatuhkan kerajaan lama dan membina kerajaan baharu," katanya.
Katanya, beliau ada komitmen untuk berkongsi pengalaman politiknya di Malaysia dengan negara luar.
"Saya tidak fikir lagi untuk bertanding semula dan menyerah kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentukan masa yang sesuai," katanya. - Bernama
Bernama
Sun Jun 17 2018
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan pada hadirin pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Anggota Parlimen Permatang Pauh. Foto: Bernama
Jurutera Keizrul Abdullah sifatkan pembinaan Terowong Smart ‘hadiah’ terbesar buat negara
Pengerusi Wetlands International Malaysia sifatkan sumbangan idea dalam pembinaan projek Terowong SMART, sebagai 'hadiah' terbesar beliau buat negara.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Anwar akui usaha diplomatik hentikan kedegilan, kekejaman Israel tidak berkesan
Keberanian Israel bertindak sesuka hati di Palestin dan Lubnan, mungkin disebabkan sokongan diterima daripada Amerika Syarikat, tegas Perdana Menteri.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Malaysia, Pakistan teruskan hubungan baik dengan AS - PM Anwar
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk meneruskan hubungan baik dengan Amerika Syarikat namun menegaskan kedua-dua negara adalah merdeka serta bebas.
Pakistan, Malaysia komited kukuhkan perkongsian manfaat bersama – PM Anwar
Malaysia dan Pakistan menyatakan komitmen untuk mengukuhkan perkongsian bermanfaat bersama termasuk meningkatkan hubungan perdagangan dua hala.
Anwar terima anugerah tertinggi Pakistan, sampaikan syarahan di NUST
Anwar dijadualkan menerima anugerah Nishan-e-Pakistan atas usaha beliau memupuk hubungan erat dua hala antara Malaysia dan Pakistan.
Konglomerat Indonesia puji tindakan afirmatif Anwar jaga kepentingan Bumiputera
Pendekatan dasar tindakan afirmatif oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjaga kepentingan kaum Bumiputera dilihat sebagai satu langkah positif.
Pakistan jadi pintu masuk Malaysia teroka pasaran Asia Tengah
Malaysia perlu meneroka peluang untuk menjadikan Pakistan sebagai pintu masuk ke pasaran Asia Tengah terutama membabitkan Kyrgyzstan, Tajikistan, Kazakhstan, Uzbekistan dan Turkmenistan.
Pakistan naik taraf lawatan kerja PM Anwar kepada Lawatan Negara
Kerajaan Pakistan menaik taraf status lawatan kerja Perdana Menteri Anwar kepada Lawatan Negara, menandakan persahabatan yang akrab antara kedua-dua negara.