Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji semangat ketekunan masyarakat Cina negara ini dalam usaha mereka meningkatkan taraf kehidupan masing-masing.
Beliau berkata semangat itu mampu menjadikan masyarakat Cina sebagai kumpulan utama yang akan memacu Malaysia ke peringkat lebih tinggi.
"Saya mengagumi semangat 'tidak pernah mengatakan tidak' kepada cabaran dan pelbagai usaha untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik. "Dengan sumber yang minimum, mereka boleh mengubah kepada keadaan sebaliknya seperti yang ditunjukkan (kapitan Cina) Yap Ah Loy yang telah membuktikan kejayaannya...saya percaya, orang lain juga boleh lakukannya,"katanya pada majlis makan malam ulang tahun ke-13 Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH) di sini, malam ini.
Teks ucapan Ahmad Zahid dibacakan Presiden Persatuan Kontraktor Tenaga Malaysia Datuk Seri Erwan Tahir.
Turut hadir Presiden KLCAH Datuk Dr Chai Kee Kan dan lebih 500 tetamu daripada pelbagai pertubuhan perniagaan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Ahmad Zahid turut memuji aktiviti kemasyarakatan KLCAH yang menyampaikan bantuan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.
"Saya difahamkan pada awal Januari ini, KLCAH akan mengadakan program amal di Bukit Bintang bagi mengagihkan bantuan kepada lebih 1,500 golongan memerlukan seperti gelandangan, orang tua dan anak yatim pelbagai bangsa dan agama.
"Ini mencerminkan semangat 1Malaysia yang sebenar, dan saya sangat kagum dengan usaha KLCAH," katanya.
Justeru itu, timbalan perdana menteri mahu KLCAH menjadi 'persatuan untuk semua' dengan melebarkan skop bantuan kemasyarakatan bagi mengeratkan hubungan pelbagai kaum di negara ini.
Pada majlis berkenaan, Ahmad Zahid turut menyumbangkan RM100,000 kepada KLCAH sebagai sumbangan peribadi bagi membantu aktiviti kemasyarakatan pertubuhan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2016

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji semangat ketekunan masyarakat Cina dalam usaha mereka meningkatkan taraf kehidupan masing-masing. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

KKDW akan manfaat dana RM11 bilion untuk teliti kesan mobiliti sosial
Perpindahan penduduk ke kawasan berbeza mempunyai kesan sosialnya tersendiri.

Hala tuju kerjasama UMNO akan dibincang dalam MT parti - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, ini soal penting dan tidak sesuai untuk bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama.

Zahid nafi serah dokumen mahkamah kepada Tun M
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya beliau menyerahkan dokumen mahkamah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pertemuan Isnin, 23 Mac lal

Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan doktor sebabkan kematian menantu Zahid
Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Ting Teck Chin atas pertuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

Kemenangan BN di Kimanis bukti kesinambungan kepercayaan pengundi - Zahid
Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin adalah kesinambungan kepercayaan pengundi di parlimen itu terhadap parti ini.

UMNO mahu tawan semula Sabah - Zahid Hamidi
UMNO akan membuat tawaran baharu dengan mana-mana parti yang mahu bekerjasama sebagai persiapan menawan semula negeri Sabah.

Zahid didakwa atas pertuduhan rasuah pagi ini
Zahid akan didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan.

'You're still my president' - KJ doa kesejahteraan Zahid
Khairy menerusi perkongsian di Instagram berkata, "I know Im hard on you, but youre still my President, sir."

PAU2017: Saya tidak campur tangan soal usul jawatan presiden, timbalan presiden - PM Najib
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak langsung tidak campur tangan dalam soal usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Anggota Rela disogok diminta lapor SPRM - TPM
Tiga anggota Rela diminta membuat laporan kepada SPRM selepas didakwa disogok oleh lelaki bergelar Datuk Seri.